Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri menzahirkan rasa terharu selepas berjaya melangkah ke pentas akhir program Maharaja Lawak Mega 2021 bersama kumpulan, Tobat.

Ini merupakan kali pertama Bell berjaya mara pentas akhir sepanjang lapan tahun percubaannya menyertai pertandingan tersebut sebelum ini.

“Terima Kasih Ajak & Ropi…,” – Akhirnya Lolos Ke Final MLM Selepas 8 Tahun, Bell Ngasri Terharu Syukur

Menurut Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, pecapaian tersebut tidak mungkin dapat diraihnya tanpa kerjasama berpasukan daripada dua orang lagi ahli kumpulannya yang juga merupakan pelawak Ajak Shiro dan Ropi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bell Ngasri (@bellngasriofficial)

“Terima kasih buat @ajakshiro dan @ropie_sryn_official kerana sudi berkerjasama dengan saya. Jasa dan kenangan bersama anda berdua tetap dikenang sampai bila-bila.

“Membawa saya hingga peringkat final #maharajalawakmega2021 dan pengalaman juga saya dapat lihat @ropie_sryn_official berkain pelikat je untuk menari idea,” tulisnya.

IKLAN

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Kampung Pisang Bersiri-Siri itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Terima Kasih Ajak & Ropi…,” – Akhirnya Lolos Ke Final MLM Selepas 8 Tahun, Bell Ngasri Terharu Syukur “Terima Kasih Ajak & Ropi…,” – Akhirnya Lolos Ke Final MLM Selepas 8 Tahun, Bell Ngasri Terharu Syukur

Dikesempatan itu juga, Bell turut menyeru kepada semua pihak untuk terus menunjukkan sokongan terhadap kumpulan Tobat sehingga ke akhir program.

“Entah apa-apa entah. Sekarang, anda pun penting untuk mengundi kami. Jasa anda pon dikenang juga. Undian anda adalah penentu segalanye Undi #TOBATMLM21 melalui online,” kongsinya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut berharap agar Tobat dapat memberikan persembahan yang menarik pada malam final nanti.

“Boom sekali Tobat. Ada rezeki MLM tahun ni Tobat punya.

“All the best Encik Bell. Admire your hardwork. Confirm juara.

“Semoga kumpulan Tobat juara. Amin.

IKLAN

“All the best buat Bell and the team,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Terima Kasih Ajak & Ropi…,” – Akhirnya Lolos Ke Final MLM Selepas 8 Tahun, Bell Ngasri Terharu Syukur

“Terima Kasih Ajak & Ropi…,” – Akhirnya Lolos Ke Final MLM Selepas 8 Tahun, Bell Ngasri Terharu SyukurPentas Akhir MLM2021 bakal bersiaran secara langsung pada Jumaat ini pada jam 9 malam di saluran Astro Warna dan Astro Go.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Bell Ngasri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI