Penyanyi senior, Liza Hanim mendedahkan dirinya reda dengan segala ujian yang harus dilaluinya ketika ini selepas dia telah pun disahkan positif Covid-19.

Selain Liza, ibunya serta lima orang anaknya yang lain turut dilaporkan telah dijangkiti wabak tersebut.

Perkara Paling Ditakuti Terjadi… Liza Hanim, Ibu & 5 Anak Positif Covid-19

Menurut Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abd Halim, meskipun ia merupakan perkara yang paling ditakutinya selama ini, namun, dia sekeluarga akan terus mencari kekuatan untuk pulih daripada wabak ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79)

“Bismillahirrahmanirrahim. Yang ditakuti terjadi, I am part of the statistics now

“Akak mohon doakan akak, mak akak, dan kelima lima anak akak kembali pulih dari Covid 19.

IKLAN

“Alhamdulillah, kami dipilih menerima ujian Allah. Semoga kami kuat. Terima kasih korang,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Egoismu itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Perkara Paling Ditakuti Terjadi… Liza Hanim, Ibu & 5 Anak Positif Covid-19

Perkara Paling Ditakuti Terjadi… Liza Hanim, Ibu & 5 Anak Positif Covid-19

Dikesempatan itu juga, Liza turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga dia sekeluarga dapat kembali pulih daripada wabak Covid-19.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Liza.

“Speedy recovery kakak and family,” respon Aina Abdul.

“Allahuakbar, semoga cepat sembuh my dear. Take care and stay strong dear,” balas Nora Ariffin.

“Kakak, semoga kesembuhan kakak dipermudahkan. Amin ya rab,” kata Misha Omar.

IKLAN

“InsyaAllah, semoga Allah berikan kesembuhan dan permudahkan segala-galanya untuk adik dan family,” titip doa Ziana Zain.

Perkara Paling Ditakuti Terjadi… Liza Hanim, Ibu & 5 Anak Positif Covid-19

Apapun, kami di MH mendoakan agar Liza sekeluarga terus kuat dan tabah bagi menghadapi dugaan berat ini.

Semoga segala urusannya dipermudahkan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Liza Hanim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI