Penyanyi dan usahawan, Lan Solo antara selebriti tanah air yang turut terjejas akibat banjir apabila kediamannya yang di Kampung Sri Aman, Puchong ditenggelami air sehingga paras pinggang.
Menerusi entri yang dimuat naik di akaun Instagram, bapa kepada empat orang cahaya mata ini meluahkan rasa syukur apabila air banjir di sekitar kawasan kini mulai surut.
Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof turut berkongsi beberapa keping foto terkini keadaan kediaman bersama para menerusi entri sama.
Ads
“Alhamdulillah… air keliling rumah dah surut. Tinggal sikit-sikit je yang perlu sedut keluar air terperangkap kat bahagian dalam.
“Dan rasanya dah boleh mula buat kerja2 pembersihan, tapi tak tau nak mula bahagian mana dulu,” tulisnya.
Vokalis band, Oh Chentaku, Myo meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap segelintir pihak didakwa tidak menunjukkan ‘energy’ yang sama terutamanya dalam memberikan sokongan terhadap industri muzik lokal.
Menurut Myo atau nama sebenarnya, Mior Luqman Hakim Mior Mohd Zain, sesetengahnya sering kali dilihat mengajak orang ramai memperjuangkan hak dan karya-karya mereka ke tahap yang lebih tinggi. Namun, usaha yang sama dikatakan tidak kelihatan buat rakan-rakan yang bertungkus lumus di bidang muzik.
Katanya lagi, dia juga jarang melihat golongan itu menghadiri gig atau konsert yang diadakan oleh band-band lokal.
Ajak fight for local films, suruh datang pawagam. Batang hidung lu pon tak nampak kat gig. Sembang sapotlokal taik Lu je ke cane? Gig bersepah sold out takde pon geng filem datang 🤷🏻♂️
“Ajak fight for local films, suruh datang pawagam. Batang hidung lu pon tak nampak kat gig.
“Sembang sapot lokal taik Lu je ke cane? Gig bersepah sold out takde pon geng filem datang,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Seriputeh itu menerusi beberapa ciapan yang dimuat naik di laman Twitter.
Dalam pada itu, Myo turut merasakan sikap seperti ini sebenarnya berlaku disebabkan ada individu yang merasakan industri mereka lebih besar berbanding yang lain.
Malah, dia juga mengakui berasa agak kurang senang apabila ada pihak yang sesuka hati memintanya untuk mencipta lagu runut bunyi secara percuma atas tanda sokongan terhadap industri filem tempatan.
Bila dah terbiasa merasakan industrinya lebih superior dari yang lain ini laa makannya. Tiber OST nak free?
“Bila dah terbiasa merasakan industrinya lebih superior dari yang lain ini laa makannya. Tiber OST nak free?,” kongsinta lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan padangan yang sama selain turut berpendapat setiap pihak harus berganding bahu bagi memartabatkan industri seni tanah air secara keseluruhannya.
Sekadar informasi, selain aktif bersama band Oh Chentaku, Myo juga telah menubuhkan sebuah band baru yang dikenali sebagai Jemson pada 2019.
Jemson telah melancarkan album sulung mereka pada Jun 2021 yang dibiayai oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Twitter & Instagram Myo Oh Chentaku
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Yasmin Hani akhirnya meleraikan spekulasi mengenai perkahwinannya apabila pengacara dan pelakon itu mengesahkan perpisahan bersama suami, Shaarin Razali.
Perkara tersebut dimaklumkan mereka di Instagram, petang Jumaat.
Bagaimanapun ibu kepada dua cahaya mata itu tidak berkongsi butiran lanjut mengenai perpisahan mereka, sebaliknya mendoakan yang baik-baik demi anak-anak.
“Kami berdua bersetuju akan memulakan perjalanan baru secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
“Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi,” jelasnya.
Pelakon drama Hotel itu juga berharap pengertian yang baik daripada semua pihak, sekaligus dapat memberi ruang dan menghormati keputusan dibuat.
“Semua ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak kami. Saya juga mahu ucapkan terima kasih buat semua yang menitipkan kata positif dan doa.
“Walaupun memilih untuk berpisah, kami akan terus menjadi sebuah keluarga penyayang. Malah perpisahan ini buat kami jadi lebih rapat.
“Kami masih rapat kerana Noah dan Eissa, tetap menjadi ibu bapa kepada mereka berdua. Moga ruang privasi ini juga akan terus dihormati.
“Sama sama kita menyebarkan aura positif. Alhamdulillah kami okey dan pandang ke hadapan,” katanya lagi.
Yasmin dan bekas pemain dram Blackrose itu mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Siti Nordiana menolak dakwaan tajuk single baharunya, Amaran yang turut menampilkan Bunga Isme sebagai menyindir mana-mana pihak.
Menurut Siti Nordiana atau Nana, lagu berkenaan sudah diterimanya tahun lalu dan tiada kena mengena mengenai sesiapa.
Malah single tersebut dihasilkan sejak setahun lalu selain judulnya juga sudah ditetapkan lebih awal.
“Jujurnya, tak ada kena-mengena dengan sesiapa. Malah tajuk dan lagu itu senduri pun sudah diterima tahun lalu.
“Saya pun tak sangka ada yang bertanya mengenai perkara itu memandangkan ia tiada kaitan pun dengan apa yang berlaku pada saya,” katanya.
Lagu Amaran ditulis komposer, Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat dan kedua-dua mereka turut terbabit sebagai penulis lirik bersama Bunga.
Mengulas mengenai komen netizen yang diterima sejurus dia memuat naik promosi awal lagu tersebut di Instagram pertengahan November, Nana akui terkejut.
“Sebetulnya, ia sebahagian rangka promosi. Apa yang saya muat naik ke Instagram itu juga adalah material dari pihak Warner Music dan saya cuma jalankan tugas saya,” katanya lagi.
Nana pada masa sama tidak boleh menghalang persepsi orang lain.
“Saya tak boleh nak cakap sebab saya tak tahu apa persepsi orang. Bagi saya, memang tak ada kena mengena dan tajuknya dah tak boleh nak diubah. Ia hanyalah hiburan,” katanya.
Berkongsi mengenai kehidupannya selepas isu berkaitan kes mahkamah membabitkan lima individu lain diperkatakan, Nana memilih untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Saya teruskan hidup saya macam biasa. Saya tak nak ambil tahu apa yang berlaku. Apa yang penting, saya nak fokus kepada karier.
“Semua proses mahkamah, saya ikut sahaja dan biar pihak mahkamah yang tentukan,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama di samping Alif Satar, Sayap Bagimu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara Jihan Muse mengakui terkejut apabila ditawarkan untuk menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang juri bagi program Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026).