Pelakon, Yatt Hamzah meluahkan rasa sedih setelah membaca satu coretan kisah seorang isteri yang didakwa telah menerima kata-kata yang tidak baik daripada suaminya.
Yatt atau nama sebenar, Haryati Hamzah berkongsi kisah tersebut bersama para pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
“Pagi-pagi lagi mata dah masuk habuk baca coretan ni. Dah macam drama. Namun ianya realiti harini yang memang berlaku di kalangan masyarakat kita.
“Tergamakkah seorang suami yang sepatutnya Syurga buat isteri, melontarkan kata-kata begini pada isterinya. Seolah menidakkan Syurga buatnya. Syurga menidakkan Syurga?,” tulisnya.
Ads
Yatt berpendapat, tindakan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang suami.
Tambahnya lagi, sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab, harus sentiasa menghormati dan melayani isteri dengan baik.
“Bukankah kewajiban seorang suami utk melindungi isteri, mendidik, berlemah lembut dan melayani dengan baik termasuk berkata hanya yang baik-baik.
Ads
“Jika marah sekalipun, wajarkah seorang suami melontarkan kata-kata begini menafikan Syurga buat si isteri? Adilkah buat si isteri jika si isteri jenis yang taat dan setia.
“Semoga jadi pengajaran buat kita semua. Isteri adalah Amanah Allah untuk DIBIMBING, DILINDUNGI dan DICINTAI,” tulisnya lagi.
Selebriti versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim berasa amat teruja dan bersyukur kerana bakal genap menjangkau usia 50 tahun, Februari depan.
Di samping memuat foto terkini bersama peminat di akaun Instagram, Sarimah turut berkongsi kata nasihat dan pengalaman yang pernah dilaluinya sebelum ini.
“One with my soulmate sayang. Someones gonna be 50(!?) next month!! Where did the last 8 years go???
“Am blessed to have been with you on this journey towards joining the 5 series club sayang! Fuhhh,” tulisnya.
Akui Sarimah, pengalaman yang dilaluinya itu telah membuatkan dirinya kini semakin berfikiran matang dan memiliki kehidupan yang bahagia.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini menasihati kepada orang ramai untuk belajar daripada kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.
“Thing is.. we both feel calmer, healthier and more ourselves than ever..as the years pass…i guess its all about maturity.
“Kematangan datang dengan pengalaman, hidup akan ada times pahit manis, success, failures, tapi GROWTH itu yang penting.
“Belajar dari kesilapan masing-masing. InsyaAllah makin happy dan tenang.
“Here’s to a safe CNY holiday break..stay healthy everyone.. health IS wealth. #mentalhealth #kesihatanmental #kasihsayang #ketenanganhati #bersangkabaik #tanggungjawabbersama #thenadzimuddins #alhmdulillah #growTogether,” tulisnya lagi menerusi entri berkenaan.
Pelakon Elisya Sandha mendedahkan pada awalnya, dia agak sukar untuk mendekati gandingannya menerusi drama bersiri Oh My Hantaran, Noki K-Clique.
Menurut Elisya, situasi tersebut berlaku kerana sikap bintang berkenaan yang pemalu dan tidak banyak bercakap.
Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Sabah itu semakin selesa pada hari kedua penggambaran, sekali gus memudahkan keserasian di antara mereka untuk menjayakan drama arahan Shuhaimi Lua itu.
“Bercerita mengenai keserasian bersama Noki, memang pada mulanya kami belum sempat berkenalan rapat lagi. Mungkin ramai yang tidak tahu, Noki sebenarnya pemalu dan tidak banyak bercakap jika belum kenal.
“Namun apabila sudah selesa memang banyak yang dibualkan. Biarpun kali pertama berlakon bersama, namun keserasian itu tidak susah untuk diwujudkan,” katanya.
Dia pada masa sama senang dengan situasi penggambaran drama yang mempunyai 20 episod itu.
“Sejujurnya saya sukar untuk memahami percakapan Noki kerana bahasa Sabah yang kuat, namun lama-kelamaan saya pula yang semakin mendalaminya.
“Tidaklah terlalu mahir, namun saya boleh faham juga percakapan mereka. Alhamdulillah.
“Apatah lagi, bukan Noki seorang saja, malah rakan baiknya yang juga anggota K-Clique turut sama berlakon dalam drama ini. Jadi saya suka mendengar perbualan mereka, namun sukar untuk faham pada peringkat awal,” katanya lagi.
Elisya berkata demikian pada sidang media drama bersiri Oh My Hantaran yang diadakan secara virtual, baru-baru ini.
Terdahulu, drama rantaian arahan Shuhaimi Lua itu bakal bersiaran setiap Isnin hingga Khamis di slot Diandra saluran TV9 jam 8.30 malam.
Oh My Hantaran mengisahkan Mira lakonan Elisya, iaitu gadis idaman kampung yang bercinta dengan Mail (Noki K-Clique) seorang pemuda kampung yang sangat menghormati orang tua.
Namun, hubungan tersebut tidak direstui dan bapa Mira meletakkan wang hantaran tinggi buat Mail.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi remaja,Vanessa Reynauld mendedahkan dia sebelum ini pernah menjadi mangsa ‘body shaming’ seawal usia kanak-kanak sehingga ada ketikanya dirinya rasa takut untuk ke sekolah.
Vanessa,21, berkongsikan pengalaman tersebut menerusi satu entri di Instagram.
Penyanyi yang popular dengan lagu Rindu Separuh Nyawa di samping Naqiu itu bercerita mengenai situasi yang pernah dilaluinya.
“Saya ternampak situasi yang membuat saya ‘trigged’. Ada seorang perempuan ini berbadan besar, dia nak beli baju.
“Tapi kedai itu tak banyak pilihan baju untuk mereka yang berbadan besar. Pembantu jualan itu pun layan tak layan, pandang atas bawah,” katanya dalam hantaran video.
Bintang muda ini menerusi ruangan kapsyen turut menjelaskan, dia kini cuba sebaik mungkin untuk mengendalikan setiap kritikan berbaur negatif yang diterima.
“Realitinya, kita semua tak sempurna, hanya kita boleh ubah pemikiran terbabit dan mencintai diri sendiri.
“Saya tak selalu berkongsi mengenai perkara ini, tetapi orang selalu nampak saya senyum dan yakin atas pentas. Sebenarnya ada sisi kehidupan yang orang tak tahu.
“Semenjak kecil lagi saya selalu kena ejek sampai pernah rasa takut dan trauma pergi sekolah! Ada yang samakan saya dengan suku kaum dan etnik tertentu hanya kerana rambut afro semulajadi saya yang cantik ni.
“Hey, kalau pergi salun nak buat rambut macam ni mahal tau! Walaubagaimanapun, saya berjaya menghadapi perkara itu.
“Walaupun saya masih lagi terima kecaman tentang penampilan, ia tidak seburuk dahulu kerana saya dah pandai untuk mengendalikannya,” tulisnya.
Tambah Vanessa lagi, dia lebih kuat kerana mahu memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga, terutama kepada abangnya yang menghidap sindrom down.
“Dari program Ceria Popstar sehingga ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 36, walaupun tidak berjaya ke peringkat akhir, perjalanan ini sangat panjang dan mencabar.
“Walaupun saya pernah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, tetapi memang susah nak dapatkan penghargaan orang ramai. Tapi tak mengapa, saya tak pernah kecewa kerana ini apa yang saya impikan. Saya takkan biar komen negatif melemahkan saya.
“Saya kuat kerana keluarga. Saya berjanji untuk memberikan mereka kehidupan yang selesa, terutamanya kepada abang saya, Christopher. Abang saya insan istimewa, dia menghidap sindrom down. Dia memang bergantung harap kepada orang lain jadi sayalah yang menjaganya setiap hari, memberi dia makan dan mandikan dia.
“Christopher adalah cinta sejati kami sekeluarga. Dia buat saya rasa sempurna. Sasaran saya setiap tahun adalah untuk menjadi penyanyi yang disegani, jadi satu hari nanti sata boleh sediakan keperluan abang saya.
“Walau apa halangan yang saya harus hadapi, saya tak pernah menyerah kalah kerana dialah sumber keyakinan dan kesempurnaan saya,” tulisnya lagi.
Dalam hantaran yang sama, Vanessa turut meluahkan rasa teruja kerana wajahnya dipilih untuk dipaparkan di papan iklan digital terkemuka New York Times Square, Amerika Syarikat bersempena kempen Equal-Spotify.
Di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi remaja ini agar Vanessa tidak berputus asa.
Dalam perkembangan lain, Vanessa bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Buat Ku Sempurna pada 28 Januari depan.
Single yang diterbitkan oleh Adib Hussin ini merupakan hasil ciptaan Faizal Tahir bersama Mage dan ia merupakan dedikasi khas Vanessa untuk abangnya, Christopher.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.