Pelakon Elisya Sandha mendedahkan pada awalnya, dia agak sukar untuk mendekati gandingannya menerusi drama bersiri Oh My Hantaran, Noki K-Clique.

Menurut Elisya, situasi tersebut berlaku kerana sikap bintang berkenaan yang pemalu dan tidak banyak bercakap.

Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Sabah itu semakin selesa pada hari kedua penggambaran, sekali gus memudahkan keserasian di antara mereka untuk menjayakan drama arahan Shuhaimi Lua itu.

Elisya Sandha Dedah Sikap Noki K-Clique Di Lokasi, Pertama Kali Berlakon Sama – “Mungkin Ramai Tak Tahu, Dia Sebenarnya…” Elisya Sandha Dedah Sikap Noki K-Clique Di Lokasi, Pertama Kali Berlakon Sama – “Mungkin Ramai Tak Tahu, Dia Sebenarnya…”

“Bercerita mengenai keserasian bersama Noki, memang pada mulanya kami belum sempat berkenalan rapat lagi. Mungkin ramai yang tidak tahu, Noki sebenarnya pemalu dan tidak banyak bercakap jika belum kenal.

“Namun apabila sudah selesa memang banyak yang dibualkan. Biarpun kali pertama berlakon bersama, namun keserasian itu tidak susah untuk diwujudkan,” katanya.

IKLAN

Dia pada masa sama senang dengan situasi penggambaran drama yang mempunyai 20 episod itu.

Elisya Sandha Dedah Sikap Noki K-Clique Di Lokasi, Pertama Kali Berlakon Sama – “Mungkin Ramai Tak Tahu, Dia Sebenarnya…” Elisya Sandha Dedah Sikap Noki K-Clique Di Lokasi, Pertama Kali Berlakon Sama – “Mungkin Ramai Tak Tahu, Dia Sebenarnya…”

“Sejujurnya saya sukar untuk memahami percakapan Noki kerana bahasa Sabah yang kuat, namun lama-kelamaan saya pula yang semakin mendalaminya.

“Tidaklah terlalu mahir, namun saya boleh faham juga percakapan mereka. Alhamdulillah.

IKLAN

“Apatah lagi, bukan Noki seorang saja, malah rakan baiknya yang juga anggota K-Clique turut sama berlakon dalam drama ini. Jadi saya suka mendengar perbualan mereka, namun sukar untuk faham pada peringkat awal,” katanya lagi.

Elisya berkata demikian pada sidang media drama bersiri Oh My Hantaran yang diadakan secara virtual, baru-baru ini.

Elisya Sandha Dedah Sikap Noki K-Clique Di Lokasi, Pertama Kali Berlakon Sama – “Mungkin Ramai Tak Tahu, Dia Sebenarnya…”

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Terdahulu, drama rantaian arahan Shuhaimi Lua itu bakal bersiaran setiap Isnin hingga Khamis di slot Diandra saluran TV9 jam 8.30 malam.

Oh My Hantaran mengisahkan Mira lakonan Elisya, iaitu gadis idaman kampung yang bercinta dengan Mail (Noki K-Clique) seorang pemuda kampung yang sangat menghormati orang tua.

Namun, hubungan tersebut tidak direstui dan bapa Mira meletakkan wang hantaran tinggi buat Mail.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI