Akhirnya penyanyi dari Indonesia, Denden Gonjales, 38, dipilih sebagai penyanyi baru kumpulan Search dalam projek kolaborasi antara dua negara.

Di Indonesia, penyanyi ini tidak asing lagi kerana beliau pernah bekerjasama dengan penyanyi popular negara itu seperti Inka Christie dan Judika.

Malah, Denden juga mencuri tumpuan dunia berikutan aksinya di ‘blind audition’ program The Voice Bulgaria di mana dia membuat juri terpukau ketika menyanyikan lagu She’s Gone nyanyian asal Steelheart.

Pemain gitar Search, Noordin Mohd Taib berkata, kemampuan Denden menyanyikan lagu bernada tinggi amat sesuai dengan genre muzik Search.

Penyanyi Indonesia Dipilih Sebagai Penyanyi Baru Search, Denden Gonjales Namanya – “Dengan Usia 38 tahun, Kami Yakin Dia Boleh…” Penyanyi Indonesia Dipilih Sebagai Penyanyi Baru Search, Denden Gonjales Namanya – “Dengan Usia 38 tahun, Kami Yakin Dia Boleh…”

“Search memilih dia kerana suaranya dan dia boleh menyanyikan lagu bernada tinggi dan amat sesuai dengan Search.

IKLAN

“Dengan usia yang masih muda iaitu 38 tahun kami yakin dia boleh membawakan lagu-lagu search dengan baik. Usia yang cukup sesuai untuk kemuncak prestasi,” katanya.

Selain Noordin dan Kid di posisi gitar serta Denden sebagai penyanyi, Search juga mengumumkan pemuzik berpengalaman luas iaitu Yan sebagai pemain bass mereka.

Yan atau nama sebenarnya, Amran Marsiman bukanlah asing dengan Search. Yan pernah menganggotai Search menerusi album pertama, Cinta Buatan Malaysia pada 1985.

Selain itu, Yan juga bersama Search dalam album Rampage, Double Trouble (bersama Wings) dan Search 10 Tahun.

IKLAN

Noordin berkata, Yan bersetuju untuk menyertai Search kerana keserasian bersama kumpulan itu.

Penyanyi Indonesia Dipilih Sebagai Penyanyi Baru Search, Denden Gonjales Namanya – “Dengan Usia 38 tahun, Kami Yakin Dia Boleh…”Penyanyi Indonesia Dipilih Sebagai Penyanyi Baru Search, Denden Gonjales Namanya – “Dengan Usia 38 tahun, Kami Yakin Dia Boleh…”

“Yan memang serasi dengan Search. Dia sudah bermain dalam banyak konsert Search termasuk ketika Search membuat persembahan di New Music Seminar di New York, Amerika Syarikat pada 1991,” katanya.

Sementara itu, Search masih mengekalkan khidmat Pae sebagai pemain dram. Sebelum ini Pae adalah pemain dram undangan bagi menggantikan Allahyarham Yazit Ahmad ketika beliau mula mengalami masalah kesihatan beberapa tahun lalu.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Search juga mengorak langkah dengan membuka kedai Search Rock Station di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada 31 Disember 2021.

Noordin berkata, Search Rock Station adalah kedai yang menjual barangan cenderahati rasmi Search seperti t-shirt, kasut, topi dan macam-macam lagi.

“Ia juga menjual alat muzik seperti gitar serta menawarkan proses jual beli gitar di situ. Ada juga gitar milik saya dan Kid yang diletakkan di situ sebagai pameran.

“Ini termasuk pelbagai barangan koleksi peribadi saya dan Kid yang turut dijual dan dipamerkan,” katanya lagi yang turut melancarkan laman web rasmi mereka iaitu www.fenomenasearch.com.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI