Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mengambil keputusan untuk menukar nama anak bongsu mereka, Jibril Ibtisam kepada Muhammad Fahri disebabkan mengalami keadaan bayi kolik hampir setiap hari selepas dilahirkan.

Menurut Wawa, dia dan suami sepakat untuk berbuat demikian memandangkan ketika anak lelakinya itu menangis lebih daripada sejam.

Sebab Kerap Anak Bongsu Menangis, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Sepakat Tukar Nama Bayi Kepada Muhammad Fahri Sebab Kerap Anak Bongsu Menangis, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Sepakat Tukar Nama Bayi Kepada Muhammad Fahri Sebab Kerap Anak Bongsu Menangis, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Sepakat Tukar Nama Bayi Kepada Muhammad Fahri

“Nama anak pertama dan kedua, Aeril yang pilih tapi kedua-duanya asyik nangis. Yang ketiga saya namakan, okey pula anak tu.

“Anak keempat ini, Aeril namakan tapi meragam juga. Bayi asyik menangis ja, sampai dua jam. Orang panggil bayi kolik,” katanya.

Cuba mencari ikhtiar, Wawa mendedahkan Aeril akhirnya menukarkan nama anaknya kepada Muhammad Fahri.

IKLAN

“Saya cakap pada Aeril, kenapa sayang (panggilan Aeril) bagi nama ja mesti jadi macam ini. Terus Aeril merajuk tak nak cakap dengan saya, ada lah dalam sehari begitu.

“Tiba-tiba, saya dapat notifikasi daripada pusat akikah mengatakan Muhammad Fahri sudah selamat diakikahkan.

“Kiranya dua kali kami buat akikah untuk anak keempat ini. Aeril betul-betul ambil serius, dia terus tukar nama,” cerita Wawa lagi.

IKLAN

Sebab Kerap Anak Bongsu Menangis, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Sepakat Tukar Nama Bayi Kepada Muhammad Fahri Sebab Kerap Anak Bongsu Menangis, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Sepakat Tukar Nama Bayi Kepada Muhammad Fahri Sebab Kerap Anak Bongsu Menangis, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Sepakat Tukar Nama Bayi Kepada Muhammad Fahri

Pasangan selebriti itu ditemui pada majlis Wawa Royal Majestic Appreciation Gala Night yang diadakan di Tenera Hotel, Bangi, pada malam Sabtu.

Dalam majlis yang meraikan stokis dan ejen jualan Wawa Cosmetics itu, mereka turut melancarkan siri mandian baharu yang terdiri daripada gel mandian dan scrub pencerah.

IKLAN

Produk terbabit dikeluarkan dalam dua varian iaitu Japanese Rose dan Cherry Blossom.

Sebab Kerap Anak Bongsu Menangis, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Sepakat Tukar Nama Bayi Kepada Muhammad FahriSebab Kerap Anak Bongsu Menangis, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Sepakat Tukar Nama Bayi Kepada Muhammad FahriSebab Kerap Anak Bongsu Menangis, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Sepakat Tukar Nama Bayi Kepada Muhammad Fahri

Terdahulu, Wawa selamat melahirkan anak keempat seminggu lebih awal iaitu pada 30 November lalu.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 sudah dikurniakan tiga cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, kini berusia dua tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI