Pengacara dan penyampai radio, Radin Era menzahirkan rasa syukur kerana kini telah membuka klinik kesihatannya sendiri.

Menurut Radin atau nama sebenarnya, Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, sekiranya arwah ibunya masih lagi ada, perkara itu sudah tentu dapat menggembirakan hatinya.

“Kalau Arwah Masih Ada, Mesti Mama Akan Happy,” – Langkah Berani, Radin Era Kini Buka Klinik Sendiri

Katanya lagi, tujuannya membuka cawangan klinik tersebut adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat mereka yang memerlukan selain mahu melebarkan sayapnya ke dunia bisnes dan keusahawanan dengan lebih serius.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RAA (@radin_era)

“Kalau arwah masih ada, mesti Mama akan happy. Alhamdulillah rezeki untuk saya bagi 2022 dimana diberikan peluang serta ruang oleh @kumpulan_megaklinik_zahran untuk membuka klinik sendiri bersama OYB Dr. Syaiful. MEGAKLINIK ZAHRAN Cawangan Bandar Bukit Raja.

“Satu langkah besar dan berani buat saya dengan pembukaan klinik ini demi membantu insan-insan yang memerlukan serta satu pengalaman yang berharga buat saya sebagai motivasi dalam menjadikan diri sebagai seorang usahawan,” tulisnya.

IKLAN

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh penyampai Era FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.

“Kalau Arwah Masih Ada, Mesti Mama Akan Happy,” – Langkah Berani, Radin Era Kini Buka Klinik Sendiri “Kalau Arwah Masih Ada, Mesti Mama Akan Happy,” – Langkah Berani, Radin Era Kini Buka Klinik Sendiri

Radin turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah memberikannya dorongan dan tunjuk ajar.

“Jutaan terima kasih buat Dato @nafidzrazak Datin @kai_kaklong @muazmahmudm serta @kumpulan_megaklinik_zahran khususnya atas peluang dan didikan ini dalam membantu ekonomi negara.

“Mohon berikan bantu dan ilmu perniagaan kepada saya yang baru ingin bertapak dalam bidang korporat. Nanti jemput datang ke klinik saya, MEGAKLINIK ZAHRAN BANDAR BUKIT RAJA,” kongsinya lagi.

IKLAN

“Kalau Arwah Masih Ada, Mesti Mama Akan Happy,” – Langkah Berani, Radin Era Kini Buka Klinik Sendiri

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Radin akan terus sukses lagi selepas ini.

“Alhamdullillah gee. Syukur. Proud gee. Moga Allah perluaskan lagi rezeki buat mu.

“Congrats dinnn..tahniaaah. Moga terus berjaya bro.

IKLAN

“Tahniah brother, Mesti diorang bangga dengan awak.

“Mesti arwah mak awak bangga din. tahniah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Kalau Arwah Masih Ada, Mesti Mama Akan Happy,” – Langkah Berani, Radin Era Kini Buka Klinik Sendiri

Sebelum ini, Radin telah mula menceburkan diri di dalam dunia bisnes selepas membuka sebuah cawangan syarikat yang menyediakan perkhidmatan kurier.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Radin Era

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI