Pelakon Ozlynn Wati mengenang memori bersama ‘personal asistant’ (p.a) atau pembantu perinadi ketika fasa awal bergelar selebriti.
Sekian lama tidak bertemu, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan menyifatkan bekas pembantu peribadinya itu sebagai keluarga sendiri mengenangkan pelbagai perkara dilakukan bersama-sama.
“Lama tak jumpa p.a pertama aku dulu. Selalu aku buat dia ponteng keje sampai berhenti terus sebab teman aku shooting. Sahabat yang aku dah anggap keluarga. Sama-sama buat perangai giler, habis shooting 2-3 pagi, boleh lagi merayau tak balik umah naik genting lepak-lepak.
Ads
“Balik rumah kena hamun dengan abah sebab balik lambat… tali pinggang polis atas kerusi standby nak hinggap badan jek. Dua-dua sama naik,” jelas Ozlynn.
Dia bagaimanapun bersukur kerana apa yang dilakukan menjadikan mereka sebagai insan yang lebih matang seiring usia.
Baru-baru ini, penyanyi Norazlina Amir Sharipuddin atau Amelina telah berkesempatan hadir memberikan penghormatan terakhir buat salah seorang ahli kelab peminatnya, Allahyarham Yunos Ali yang telah kembali ke rahmatullah.
Menyifatkan hubungan akrab, Amelina turut menzahirkan rasa sayu atas pemergiaan Allahyarham Yunos atau lebih mesra dengan sapaan Edy.
Penyanyi berusia 47 tahun ini dilihat ada kembali kenangan bersama arwah menerusi beberapa hantaran yang dikongsi di akaun media sosial Instagram miliknya.
Malah, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini berkesempatan membacakan surah Yasin sebelum jenazah arwah Yunos dikebemumikan.
“Dulu awak datang untuk kaklong, hari ini kaklong datang untuk awak.
Hari lahir awak kaklong bg hadiah tp hadiah yg sgt istimewa.
“Tiada senda gurau , tiada lagu , tapi bacaan yasin untuk mu. Semoga di permudahkan perjalananmu.
Penyanyi dan usahawan, Datuk Fazley Yaakob turut tampil menyatakan rasa kagum dan tahniahnya buat rakan artis, Aliff Aziz yang telah berjaya merangkul gelaran juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).
Tambah Fazley, dia juga bangga dengan semangat serta pengorbankan yang ditunjukkan isteri Aliff, pelakon Bella Astillah yang menjadi tulang belakang atas kejayaan suami tersayang.
“Tahniah adikku @iamaliffaziz dan @bellaastillah. Kalian deserve it! Saya sendiri melihat bagaimana seorang isteri mengorbankan segala-galanya demi melihat kejayaan seorang suami di pentas perjuangan.
“Pernikahan yang bergolak hebat dipelihara oleh pegangan agama yang semakin teguh. Abang tumpang bangga with both of you. Allah will always be fair!
“This in your win as a couple! Moga masjid yang dibina kekal teguh hingga ke hujung nyawa!,” tulisnya pada satu entri di Instagram.
Bintang berusia 43 tahun yang juga peserta GV8 menyifatkan kemenangan Aliff adalah satu rezeki yang sudah ditentukan olehNya.
“Buat kalian yang sibuk-sibukan “Kenapa orang #singapore yang menang? Sebab @tokram_ramlims orang singapore maka dia menangkan orang singapore!!”
“Cubalah bersangka baik, just this once! Rezeki semua Allah dah tentukan. Tak kiralah malaysia ke, #Indonesia ke, #Singapore ke, kita dah satu rumpun. Jangan dibawa sentimen kenegaraan ke pentas rezeki @gegarvaganzaofficial
“Rezeki tak pernah salah alamat, namun mereka yang berhati hitam seringkali merasa mereka lebih layak mengutuk dan mengeji tanpa ada rasa segan,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Fazley yang sinonim dengan lagu berjudul Asmara tersingkir dalam saingan minggu keempat GV8 yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap Ahad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai tanda penghargaan buat warga Borneo yang selama ini tidak henti-henti menyokong kerjayanya, penyanyi, Lan Solo tampil dengan buat tangan terbaharu menerusi lagu, 5 Kaki 4 Inci.
Munurut Lan, hatinya nekad untuk menghasilkan lagu ini selepas dia mendapat reaksi positif daripada warga Sabah ketika menyanyikan lagu cover berbahasa Dusun yang berjudul Mohuhobo.
Bagaimanapun, bekas anggota kumpulan Kristal ini memaklumkan, dia tidak mahu mengambil risiko untuk menghasilkan lagu ini sepenuhnya dalam bahasa Dusun kerana menganggap dirinya masih belum bersedia.
“Sebelum ini saya ada buat percubaan untuk mencuit hati orang-orang di Sabah dengan menyayikan sebuah lagu cover berbahasa dusun. Alhamdulillah, penerimaannya juga agak baik dan beri impak positif.
“Lantaran itu, saya pun nekad mencuba untuk mempunyai sebuah lagu baru walaupun bukan sepenuhnya dalam bahasa Dusun. Mereka sebenarnya mengharapkan saya untuk menghasilkan lagu tersebut di dalam bahasa Sabahan cuma saya merasakan diri saya belum bersedia.
“Semasa saya menyanyikan lagu cover dahulu, saya ada menerima komen-komen yang menegur mengenai sebutan saya. Jadi, saya tidak mahu mengambil risiko terlalu besar dan saya hanya menyelitkan beberapa perkataan Bahasa Dusun di dalam lagu ini,” katanya kepada MH.
Bapa kepada tiga orang cahaya mata itu berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya bersama MH baru-baru ini.
Dalam pada itu, Lan turut memberitahu, dia juga mendapat bimbingan daripada rakan artis yang juga merupakan pencipta dan penulis lagu ini iaitu Valvet dan Marsha Milan untuk memperbetulkan sebutannya di dalam lagu ini.
“Memang tak dapat dinafikan, ada juga ketika lidah saya agak tergeliat untuk menyanyikan lagu ini terutamanya bila melibatkan perkataan dusun contonya seperti ‘nokotigog’.
“Bagaimanapun, bila melibatkan bahasa Melayu Sabah, saya sudah terbiasa sebab saya pun berniaga barang-barang Borneo. Saya juga mintak tunjuk ajar daripada pencipta dan penulis lirik lagu ini iaitu Velvet dan Marsha Milan. Mereka betulkan segala sebutan saya,” katanya lagi.
Sementara itu, menerusi muzik video lagu tersebut turut memaparkan adegan mesra Lan bersama seorang wanita yang juga merupakan Ratu Cantik Kota Kinabalu 2017 (Unduk Ngadau), Karinah Mah.
Ketika ditanya mengenai perasaan isterinya, ini reaksi yang diberikan oleh Lan;
“Saya ni setia orangnya. Bagi saya itu hanya melibatkan hal-hal kerja. Isteri saya pun memang sangat memahami. Kami pun dah kenal sejak dari zaman sekolah lagi. Dia sangat faham dengan kerja-kerja saya di dunia industri ini.
Saya sebenarnya tak risau pun mengenai isteri saya. Dia pun tak risaukan fasal saya. Cuma saya hanya risaukan perbuatan saya itu disalah ertikan oleh segelintir netizen sehingga boleh mengganggu gugat rumah tangga kami.
“Dari pihak kami pula, kami okay sahaja. Tiada sebarang masalah,” akhirinya.
Setakat ini, muzik video lagu 5 Kaki 4 Inci ini telah pun meraih hampir 100 ritu jumlah tontonan di laman Youtube dan menghuni tangga ke-22 di carta trending.
Lagu ini juga kini sudah boleh didengari di seluruh platform penstriman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.