Persembahan memukau melayakkan Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Aliff yang popular menerusi lagu Sayang Sayang berjaya mengetepikan saingan yang diberikan lima finalis lain.

Kemenangan itu membolehkan Aliff membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Naib juara pula disandang Nikki Palikat, sekali gus melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.

IKLAN

Tempat ketiga disandang Suki Low. Sebagai ganjaran, penyanyi itu memenangi hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.

Adibah Noor dan Azan apabila menduduki tempat keempat dan kelima. Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 dan RM15,000.

Sementara itu, Aweera diumumkan sebagai peserta yang menduduki tempat keenam, membawa pulang wang tunai RM10,000.

IKLAN

Minggu final menyaksikan Aweera meraih Anugerah Digi Betul-Betul Luar Biasa dan Bintang Cuckoo.

Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow.

IKLAN

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).

Program akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan onsert akhir turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada alumni GV8.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI