Peserta paling muda dalam Hero Remaja 2020, Hariz Hamdan menyifatkan penglibatannya menerusi pertandingan pencarian bakat baru itu adalah suatu proses yang mematangkan diri, sekali gus membentuk personaliti yang lebih meyakinkan.
Turut mendapat nasihat dari kalangan finalis lain yang lebih berusia, anak jati Selangor ini juga gembira kerana mulai mengumpul peminat sejak menyertai program realiti itu pada awal Februari lalu.
Kian mendekati dunia glamor, pemilik nama lengkap Muhammad Hariz Muhammad Hamdan ini juga tidak menafikan dirinya mula didekati, khasnya dari kalangan warga maya yang mahu berkenalan.
Malahan, ada di antara mereka yang menghantar mesej seumpamanya menerusi media sosial.
Ditanya dirinya ada menerima teks yang bersifat nakal, ini jawapan tuan badan;
Ads
“Bagi saya, ia sesuatu yang normal. Rasanya bukan saya sahaja tetapi finalis lainnya juga sudah ada peminat sendiri yang turut berikan sokongan sepanjang pertandingan ini.
“Cuma setakat ini saya belum kena kacau. Kalau setakat ucap ‘good luck’ atau ‘hye’ itu, boleh dikatakan banyak… dalam beratus jugalah.
“Kalau ada masa, saya akan cuba untuk balas satu persatu. Golongan perempuan yang paling banyak hantar mesej dan ada juga yang mahu berkenalan sebenarnya. Terima kasih kerana sudi menyokong.
Ads
“Jika ada yang hantar mesej nakal pula, saya pilih untuk tidak membalas. Saya takut… Bimbang andai ada yang ingin berkenalan hanya kerana mahu ambil kesempatan semata-mata.
“Kalau di peringkat awal macam ada yang tidak kena, saya akan cuba jauhkan,” jelasnya yang baru saja mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu lalu.
Usahawan, Vivy Yusof menerusi laman Instagram memaklumkan syarikat miliknya telah memulakan polisi bekerja dari rumah untuk tempoh dua minggu ke hadapan sebagai reaksi kepada penularan wabak COVID-19.
Jelasnya lagi, walaupun ia bukan keputusan yang mudah kerana banyak aktiviti yang telah dirancang, namun soal kesihatan dan keselamatan tidak harus dipandang enteng.
Malah tambahnya lagi, jangan melakukan pembelian panik. Hanya beli keperluan asas sahaja supaya individu lain turut punya peluang untuk membeli.
“Today we announced a work from home policy for the next 2 weeks.
“Was not a simple decision because we have to adjust all of the activities that have been planned but above all, the health and safety of our teams cannot be measured.
“Instead of seeing the team happy about this, a lot were concerned and expressed how much they’ll miss the face to face interaction and the office culture. I honestly felt kind of sad too.
“It’s so ironic that social distancing is making us care for each other even more – I’ve never felt more love for my team than today.
“As we care for ourselves (usual wash hands, no handshakes, sanitise etc) please please please check in with your parents/grandparents/elderly neighbours and offer help so they can limit outings.
“Also when buying grocery, please do not panic buy. Just buy what is necessary so that others have the opportunity to feed their own families too. Also WASH YOUR HANDS. @fashionvaletcom #covid19,” kongsinya panjang lebar.
Baru-baru ini, pengacara Hazeman Huzir mengumumkan pengunduran dirinya sebagai pengacara program hiburan, Motif Viral.
Kongsinya, dia kini mahu lebih mendalami ilmu agama dan memperlahankan kariernya dalam industri hiburan, khususnya bidang pengacaraan berbentuk hiburan.
Hazeman baru-baru ini diundang sebagai tetamu jemputan dalam program Borak Kopitiam yang dihoskan oleh Zack Merican dan Dayah Bakar, mengupas mengenai pengundurannya sebagai pengacara Motif Viral.
“Seperti yang diberitahu, sekarang ini saya ingin mendekati agama.
“Antara beberapa proses yang saya perlu lalui adalah melebihi akhirat dan mengurangkan sedikit keduniaan.
“Bukanlah nak cakap “aku tak keluar TV langsung, saya masih lagi dalam karier, saya bukan bersara”
“Kadang-kadang apabila kita masuk dalam kerja sebagai pengacara ini, niat kita adalah untuk menjadi popular dan dikenali.
“Tapi kadang-kadang saya ingin perbetulkan niat itu terlebih dahulu untuk mmeberi manfaat sebelum orang mengenali saya kerana rancangan tersebut saya buat dengan niat sebegitu dan saya tak mahu niat tersebut terbawa-bawa sampai sekarang,” kata Hazeman.
Terdahulu, pengacara itu mengumumkan pengundurannya sebagai pengacara Motif Viral telah memberi 1001 kenangan baginya dalam mengendalikan program hiburan sedemikian.
“Selamat Tinggal Motif Viral. Banyak yang rancangan ni ajar aku. Dari walhal dunia. Ke walhal akhirat.
“Di sini aku alpa dalam kemahsyuran. Di sini aku kejarkan pengiktirafan manusia. Di sini lah aku berambut putih.
“Jatuh aku, naik aku sebagai manusia. Punca stres aku yang merehatkan aku. Rehat yang berhikmah untuk kembali belajar berTuhan.
“Di sini lah. Namun dalam kecelaruan aku menggapai ranting Iman yang menipis. Muncul beberapa tetamu beragama.
“Seperti Ustaz @dr_kamilinjamilin_official @putahaofficial @puazmanofficial dan beberapa tetamu agamawan dan ahli kitab.
“Tidak sesekali mereka melabelkan aku munafik. Walau fizikal ku nyata sebegitu.
“Tidak sesekali mereka menegur tatacaraku. Walau cara ku nyata tidak berfitrah.
“Tapi dakwah mereka kepada aku adalah semata-mata melalui keperibadian mereka. Dan sebagai manusia yang dikurnia akal untuk berfikir, itu sudah memadai.
“Jadi terima kasih kepada mereka yang disebutkan tadi. Semoga syurga untuk kalian,” tulisnya sambil disertakan foto bersama barisan pengacara Motif Viral.
Pelakon, Nur Risteena Munim mendedahkan dirinya ada ditanya mengenai bagaimana detik awal pertemuan dengan tunang tersayang, Isa Khan dan siapa terlebih dulu yang memulakan detik cinta di antara mereka.
Menerusi Instagram, bintang cantik yang juga kakak kepada pelakon, Ruhainies itu turut membayangkan dia bakal berkongsikan semuanya suatu hari nanti.
“Ramai yang tanya saya, macam mana pertemuan saya dan Isa Khan. Siapa mengorat siapa. Macam mana hubungan tu bermula. Insyaallah one day saya akan share betul-betul dengan semua.
“Tapi harini saya nak share sikit satu kenangan indah dimana hubungan ini baru nak bermula. Satu kenangan yang akan sentiasa diingati. Sehingga sekarang Isa Khan masih orang yang sama saya kenal dulu. Semoga terus kekal orang yang sama.
“Hargai FAMILY dan orang-orang yang rapat dengan kita seperti hari ini hari terakhir kita dapat melihat mereka. Kerana kita tidak tahu bila mereka akan pergi selamanya.
“Tunjukkan kasih sayang korang pada orang yang korang sayang. Spread love. Show love before it’s too late. Saya juga mendoakan kalian mendapat kebahagiaan dunia akhirat. Amin,” tulisnya jujur lalu disambut dengan pelbagai reaksi di kalangan para peminatnya.
Malah menerusi entri sama, pelakon filem Blok 404 itu juga mendedahkan perbualan bersama Isa yang cukup romantis sambil dilatari lagu cinta.