Program hiburan, MeleTop yang bersiaran secara langsung malam tadi di Astro Ria dan Ria HD tidak mempunyai penonton sebagaimana lazimnya.
Perkara itu dibuat sebagai langkah keselamatan serta pencegahan bagi mengekang penularan coronavirus yang kini sedang melanda seluruh dunia, termasuk di negara ini.
Terdahulu, perkara tersebut telah dimaklumkan lebih awal menerusi akaun Instagram Meletop.
Ads
“Disebabkan penularan coronavirus yang sedang melanda seluruh dunia, MeleTOP mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan penyiaran tanpa penonton di studio mulai malam ini. Harap maklum. Terima kasih.”
Sementara itu, Nabil Ahmad bersama hos jemputan, Shweta Sekhon selaku Ratu Malaysia/Universe 2019 turut menasihatkan awam agar peka terhadap langkah pencegahan.
Ads
“Saya rasa semua orang faham mengapa kita tidak ada audiens dan kita tidak akan ada audiens lagi untuk dua, tiga minggu yang akan datang,” kata Nabil pada awal rancangan.
Bagaimanapun, program hiburan tersebut tetap berjalan seperti biasa dan beberapa bintang undangan telah diundang bagi berkongsi perkembangan terkini, termasuk barisan pelakon Bulan & Pria Terhebat.
Ads
Sementara segmen bersama dua calon Top5 Si Cilik MeleTop Anugerah MeleTOP tahun ini, Mohamad Ayden Adrean dan Ardy Wira pula mencuit hati sambil ditemani penjaga masing-masing.
Foto: Instagram/YouTube MeleTop
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Anita Baharom berkongsi tatacara penuh pengurusan jenazah mangsa Covid-19 bermula daripada proses kafan sehinggalah diturunkan ke liang lahad.
Menerusi video tersebut, kain kafan dibentangkan dan jenazah dibalut dengan kain linen bersama dua lapis beg sarung, dan selepas itu baru jenazah dikafankan.
Kemudian proses tayammum menggunakan debu dilakukan mengikut garis panduan yang diberikan Jabatan Agama Islam.
Debu disapukan perlahan-lahan di bahagian wajah dan tubuh badan berlapikkan lapisan kain tadi.
Selepas itu, jenazah akan diletakkan ke dalam keranda yang ditempah khas.
Keranda tersebut akan dinyahkuman terlebih dahulu kemudian dilekatkan dengan gam silikon kemudian dipakukan dan proses nyahkuman dilakukan sekali lagi.
Jenazah akan terus disolatkan oleh petugas di bilik pengurusan jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Van jenazah kemudian turut dinyahkuman beberapa kali sebelum perjalanan menuju ke perkuburan.
Pengendali dan bilik pengurusan jenazah turut dinyahkuman selepas proses selesai.
Jenazah akan ditanam bersama keranda dan diturunkan menggunakan tali. Sepanjang proses dijalankan, hanya tujuh petugas yang akan menguruskan sehingga selesai dikebumikan.
Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad menjelaskan, jenazah mangsa COVID-19 akan ditayammum atas balutan plastik berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit Ebola.
Foto : Instagram Anita Baharom
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Genap 100 hari pemergian anak penyanyi era 1980-an, Azian Mazwan Sapuwan iaitu Mohammad Aqil Zulkarnain menghadap Pencipta pada 16 December tahun lalu.
Kongsi bekas bintang Gegar Vaganza Musim Ke-2 itu, dia sentiasa mendoakan agar arwah berada bersama orang-orang beriman.
“24.03.2020 ~ Harini genaplah 100 hari anakanda Mohammad Aqil Zulkarnain meninggalkan kami. Kami semua merinduimu Aqil..
“Tidak sedetik pun tiada kamu dlm ingatan & sebutan kami.. Doa mama, Allah swt mengampunkan segala dosamu ankku, dilapangkan kuburmu & diterangkan dgn Nur cahayaNYA , dijauhi dr azab kubur & api neraka, tempatkan anakku di kalangan org² yg beriman di dlm SyurgaNYA 🤲🏻😭..aamiin yra.
“Hanya bacaan yaasin dr mama,adik brdk mu,kaum klrga jauh dan dekat..
Insyaallah selepas keadaan getir ini berakhir, mama akan tunaikan niat kita sklrga ye..kita berkongsi dgn mereka,” tulisnya.
Peserta paling muda dalam Hero Remaja 2020, Hariz Hamdan menyifatkan penglibatannya menerusi pertandingan pencarian bakat baru itu adalah suatu proses yang mematangkan diri, sekali gus membentuk personaliti yang lebih meyakinkan.
Turut mendapat nasihat dari kalangan finalis lain yang lebih berusia, anak jati Selangor ini juga gembira kerana mulai mengumpul peminat sejak menyertai program realiti itu pada awal Februari lalu.
Kian mendekati dunia glamor, pemilik nama lengkap Muhammad Hariz Muhammad Hamdan ini juga tidak menafikan dirinya mula didekati, khasnya dari kalangan warga maya yang mahu berkenalan.
Malahan, ada di antara mereka yang menghantar mesej seumpamanya menerusi media sosial.
Ditanya dirinya ada menerima teks yang bersifat nakal, ini jawapan tuan badan;
“Bagi saya, ia sesuatu yang normal. Rasanya bukan saya sahaja tetapi finalis lainnya juga sudah ada peminat sendiri yang turut berikan sokongan sepanjang pertandingan ini.
“Cuma setakat ini saya belum kena kacau. Kalau setakat ucap ‘good luck’ atau ‘hye’ itu, boleh dikatakan banyak… dalam beratus jugalah.
“Kalau ada masa, saya akan cuba untuk balas satu persatu. Golongan perempuan yang paling banyak hantar mesej dan ada juga yang mahu berkenalan sebenarnya. Terima kasih kerana sudi menyokong.
“Jika ada yang hantar mesej nakal pula, saya pilih untuk tidak membalas. Saya takut… Bimbang andai ada yang ingin berkenalan hanya kerana mahu ambil kesempatan semata-mata.
“Kalau di peringkat awal macam ada yang tidak kena, saya akan cuba jauhkan,” jelasnya yang baru saja mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu lalu.
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.