Zahirah MacWilson mengakui rasa sedih apabila mengenangkan Allahyarham Ashraf Sinclair yang disifatkan cukup berjasa dalam kerjaya lakonannya.
Malah, bintang itu juga merupakan antara individu terawal yang terlibat dalam proses pembikinan filem sulung lakonan Zahirah, Bulan & Pria Terhebat (BPT).
Difahamkan, arwah Ashraf telah mencadangkan namanya untuk melakonkan watak Bulan, iaitu pendukung utama di dalam filem berkenaan.
“Saya ada mendapat tahu mengenai hal itu sebelum ini dan saya sebenarnya rasa sedih memandangkan arwah tiada bersama kita di sini. Kita hasilkan filem bersama jiwanya di hati.
“Dari awal arwah sebahagian dalam proses menjayakan filem ini dan disebabkan kekangan jadual, dia tidak dapat untuk bersama-sama membintangi filem (BPT).
“Apa pun saya bertuah kerana saya berpeluang untuk lakukan latihan bersamanya sekali di Jakarta, iaitu pada peringkat awal idea filem ini mahu dihasilkan.
Ads
“Sejujurnya saya berada di sana untuk satu komitmen lain, akan tetapi kami bertemu bersama pengurus saya dan Ghaz Abu Bakar selaku pengarah dan lakukan satu ‘quick training session’ melibatkan seni mempertahankan diri, Krav Maga,” jelasnya kepada MH.
Pada masa sama, isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza turut akui dirinya rasa berbesar hati apabila diberikan kepercayaan oleh Ashraf meski baru baru dalam seni pada ketika itu.
“Dia seorang yang positif dan sangat teruja dengan filem ini. Apabila mengetahui dia yang memberi cadangan untuk saya pegang watak dalam filem ini, ia cukup memberi makna.
Ads
“Saya hanya mengingati sikapnya yang menyokong dan banyak beri motivasi saya untuk berikan yang terbaik.
“Bagi saya yang tiada pengalaman sebelum ini lalu diberi kepercayaan, ia akan dikenang selamanya,” ujarnya.
Terdahulu, Allahyarham Ashraf sepatutnya turut sama terbabit dan bakal memegang watak antagonis menerusi BPT.
Bagaimanapun, arwah tidak dapat memenuhi tawaran itu disebabkan terikat dengan komitmen lain di Indonesia.
Selain Zahirah, BPT yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi Maya Karin, Khir Rahman, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.
Filem ini bakal menemui penonton di pawagan pada 12 Mac depan.
Ikuti temu bual penuh bersama Zahirah di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tular di laman sosial luahan hati seorang jururawat yang kecewa dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang masih memandang ringan wabak COVID-19.
Sehingga kini, wabak berkenaan telah mengorbankan 6516 nyawa seluruh dunia.
Lalu, perkongsian mengenai hal tersebut turut dimuat naik kembali pelakon senior, Fauziah Nawi di laman Instagram miliknya.
Terdahulu, juruawat terbabit meluahkan rasa bila berhadapan dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawab.
Jelasnya, warga perubatan bekerja lebih 16 jam sehari demi menangani wabak tersebut.
Malah kekurangan staf turut menyebabkan sitausi bertambah buruk.
“Bismillah hirrahman nirrahim… sepanjang 5 tahun lebih aku bergelar sebagai seorang misi, ini kali pertama aku menyesal bekerja dalam bidang ni.. kerja smpai 16 jam sehari.. anggota pertama yang terdedah dengan wabak covid 19.
“Pakai suit ppe covid sampai 5,6 jam, panasnya mmg x boleh nak cakap, setiap kali pakai memang baju kt dalam akan basah kuyup macam kene jirus air sbb peluh… nak bernafas pn susah.
“Lepas bukak suit tu kne mandi dlu then baru boleh settle kje2 lain yang pending.
“Kalau nak masuk attend pesakit lagi kne pakai balik suit ppe covid baru, dh selesai kne mandi lagi.. dan benda ni berulang2 setiap kali attend pesakit.. biasanya sekali masuk attend pesakit memang smpai 5,6 jam.
“Kami dh kekurangan staff disebabkan kerajaan terdahulu yg kurangkan pngambilan staff baru, ditmbah lagi dngan wabak ni.. mental dan fizikal kami koyak, dimana kami terpaksa bekerja bergadai nyawa demi masyarakat.
“Cuti dibekukan.. kami pn ada anak, ade isteri, ada suami, ada ibu bapa,” kongsinya.
Namun, luahan itu dilihat lebih mendukacitakan apabila ada segelintir yang mengambil ambil kesempatan bercuti ke luar negara gara-gara kos penerbangan yang murah.
“Masyarakat pula mengambil ringan soal wabak covid 19 ni.. seolah2 takde ape yg berlaku.. ade jugak yg mngambil kesempatan ke luar negara waktu ni sbb tiket murah, siap 1 family pergi bercuti.
“Sanggup gadaikan nyawa 1 family.. ade jugak yg pergi ke perhimpunan tabligh kt masjid sri petaling.. dh tau tmpat tu ramai yg hadir, sila pkai mask.
“Ye btul….! program sebegitu mmg bagus.. majlis ilmu.. tapi buat masa sekarang x sesuai untuk hadirkan diri ke tmpat crowded mcm tu.. nyawa lagi penting.. nyawa x boleh beli bosssku.
“Kesihahan x boleh dicari di 7 eleven. wabak ni merebak terlalu cepat. masyarakat hnya tau complain, tapi yg bekerja ni kami, yg penatnya kami,.. sampai satu tahap aku takut nak balik rumah, perasaan takut dimana aku yang bawak wabak ni balik ke rumah.
“Walaupun kami dh pakai pkaian full covered.. tapi kami antara kakitangan yg selalu terdedah dgn wabak covid ni.. ade jugak pesakit yg pentingkan diri, datang hospital dengan simptom demam.
“Admit wad dan bila doktor tnya dia tak mengaku ada pergi ke tempat2 yg berisiko covid… masa tu misi2 yang jaga dia dh start batuk2 dan selsema.
“Last-last pesakit ni positive covid then baru mengaku ada ke satu perhimpunan baru baru ni .. puas hati ke buat macam ni kat kami?
“Tolonglaaa rakyat malaysia, ketuk kepala tu sikit supaya otak berfungsi.. jangan ambil mudah dengan wabak covid ni.. satu dunia terkena wabak ni.. semoga lepas ni rakyat malaysia lebih terbuka mata terhadap wabak yg tengah teruk melanda dunia ni dan semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk berbakti kepada org lain,” kongsinya panjang lebar.
Demi melindungi diri daripada penularan wabak koronavirus (Covid-19), chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob terpaksa ‘berpisah’ dan menjauhkan diri dari anak-anak dan isterinya.
Hal ini kerana Fazley baru sahaja pulang ke Singapura atas urusan kerja.
Setibanya di tanah air, Fazley berkongsi video yang memaparkan momen sayu apabila anak-anaknya menagis kerana ‘dilarang’ mendekati dan memeluk si bapa.
“Sedih sangat. Saya sampai KL semalam petang selepas drive seorang diri dari #Singapore. Sampai depan rumah semua anak2 meluru nak peluk tapi saya tak bagi. Saya masih kena self #Quarantine selama 14 hari.
“Bermakna duduk jauh dari keluarga dan bukan di rumah yang sama. @elliefazley dan @fierudzfazley masih terlalu kecil untuk faham kenapa mereka tak boleh peluk saya, mereka hanya mampu menangis dan mengungkap “Nak hug didaaaa!”
“Abang2nya mereka @fariedzfazley dan @fieradzfazley lebih faham sedikit walaupun masing2 tetap sedih.
“Cuma saya sendiri bergenang juga airmata apabila melihat isteri saya @azrene_ahmad turut menangis melihatkan anak2 yang rindukan saya, ibu saya @rsd.umi juga nyatakan “sedihnya kita hanya jumpa macam ni”, adik bongsu saya @nadyaakob juga bergenang airmatanya. Allahuakbar sebak sangat rasanya..
“Apakan daya, saya harus laksanakan apa yang terbaik demi keselamatan keluarga tercinta. Buat anak anak dida, “Wait for me ok, I will be home in 14 more days ok! I love you all and miss all of you so very much!,” tulisnya.
Pelakon dan pengacara Lufya Omar ada berkongsi perasaanya apabila berlakunya krisis yang melanda negara kini iaitu penularan wabak Covid-19.
Kongsinya, dia berasa sedih melihat keadaan Tanah Haram yang lengang kerana kerja pembersihan sedang dilakukan.
Malah, menurut ibu kepada seorang cahaya mata ini, dia baru sahaja menjejakkan kaki ke sana pada Januari lalu.
“Bulan Januari yg lepas Fya terima ‘hadiah’ yg paling besar iaitu menjadi jemputan Allah ke Tanah Suci.
“Sehingga hari ini masa terasa rindunya subhanallah untuk kembali ke sana. Pertama kali dalam hidup terasa kesan yang mendalam ketika di sana.
“Tanah suci yang menjadi tumpuan seluruh umat Islam dunia yang berpusu-pusu datang kini lengang, kosong.
“Hati ini luluh, sedeh sangat melihat video serta gambar yang menunjukkan keadaan di Makkah sekarang.Apakah ini tanda besar kiamat? ,” tulisnya.
Dalam pada itu, Lufya turut memberi pesanan mengenai tanda-tanda besar kiamat.
“Ketika matahari terbit dari Barat, maka pintu taubat ditutup lalu keluarlah binatang dabbah (binatang merayap dan boleh bercakap) yang kedatangannya untuk membezakan antara Mukmin dan Kafir dengan maksud menyempurnakan penutupan pintu taubat.
“Ya Allah selamatkan kami dari bala bencana, ampunkan kami dari dosa-dosa kecil dan besar, lindungi kami Ya Allah. Ya Allah panjangkanlah usia bumi ini, kami ingin kembali ke Tanah Suci untuk beribadah kepada Mu, berikan kami kesempatan lagi untuk menziarahi makam Nabi yang kami cintai, Rasulullah s.a.w,” akhirinya.
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.