Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan Shuib lebih kurang 10 tahun yang lalu.

Menurut Mamat, dia mengakui kehilangan sahabat baik amat perit baginya namun tetap akur dengan segala yang terjadi.

“Dalam dunia ni, ada satu je kawan saya yang datang rumah mak saya takkan marah iaitu Jep.

“Pada pandangan orang luar ye memang Sepah tengah banyak duit ketika itu, muka kitaorang bertahun keluar tv non-stop.

“Tapi bila kita bergaduh pasal kerja, pasal attitude saya dan semua ada masalah masing-masing, kita ada alasan yang tersendiri.

IKLAN

“Bila saya kehilangan kawan saya tu,  saya dah tak tahu nak cari kawan yang sebaik mana lagi macam diorang ni. Mereka terlampau baik dalam hidup saya,” katanya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Mamat menerusi program bual bicara, Rumah No 107 yang disiarkan di saluran Astro Warna.

Dalam pada itu, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad mengakui dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sepahtu meski dia pernah menganggotai kumpulan lain sebelum ini.

“Tapi itu mungkin kesilapan saya, masa ataupun orang sekeliling yang mengapi-apikan tapi saya tidaklah mahu menyalahkan orang sekeliling. Semuanya berbalik kepada diri sendiri.

IKLAN

“Lama kami sunyi tapi kita tak pernah bertengkar atau bertumbuk. Saya tiada persoalan buat mereka sebab mereka dah jawab segalanya.

“Cuma saya nak diorang tahu, satu hari nanti apa itu erti persahabatan dan mereka tahu betapa sayangnya saya pada mereka.

“Sebab mereka berdua ni saya letakkan ke depan walaupun saya pernah ada group lain,” jelasnya lagi.

Pada masa sama, Mamat turut mendedahkan bahawa dia tidak pernah berdendam atau menyimpan perasaan terhadap dua sahabat baiknya itu.

IKLAN

“Bagi saya mereka tiada dosa dengan saya. Jangan satu hari nanti mereka mati mereka bagi tahu isteri mereka ada dosa dengan Mamat. Aku nak korang tahu hari ni yang korang takda dosa dengan aku.

“Dengan apa yang terjadi walau korang pernah hancurkan nama aku satu ketika dulu, aku nak korang mati nanti korang cakap kat bini korang tak perlu minta maaf dengan Mamat sebab aku dah ampunkan awal 10 tahun yang dulu.

“Sebab kita pernah janji kita nak mati sanma-sama. Kau mati aku duduk sebelah liang lahat kau. Itu saya pernah cakap dengan Jep,” katanya jujur.

Mamat, Jep dan Shuib menubuhkan kumpulan Sepah ketika menyertai program Raja Lawak musim ke-3.

Bagaimanapun, Mamat telah disingkirkan daripada kumpulan tersebut pada 2012 atas sebab-sebab tertentu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI