Meminta ramai agar mendoakan yang terbaik dalam mahligai cinta yang dibina bersama suami, Rosland Othman, pelakon Miera Leyana mengambil pendirian untuk membiarkan sahaja spekulasi netizen mengenai status sebenar dirinya yang didakwa sebagai isteri kedua kepada ahli perniagaan.
Bintang filem Pecah itu juga pada masa sama turut menafikan beberapa isu terpalit, melibatkan spekulasi yang tidak betul melibatkan status perkahwinannya itu.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
“Apa yang boleh saya cakap, kami pun sudah selama bernikah dan kami minta ramai agar mendoakan yang baik-baik.
“Kalau nak dikatakan stres, memang tertekan juga sebab tidak sampai 24 jam saya berkahwin, ada yang sudah buat spekulasi yang macam-macam. Malah apa yang diperkatakan itu tidaklah semuanya betul.
“Bayangkan baru sahaja berkahwin dan bila baca di sosial media, ada yang membuat telahan pelbagai. Sudah tentu saya terasa,” jelasnya kepada MH.
Miera juga tidak pasti mengapa hal tersebut diperkatakan netizen.
Ads
“Lazimnya bila orang yang baru sahaja berkahwin, dapat cerita yang indah-indah, tiba-tiba bila giliran saya yang kena kecam, terfikir apa yang aku dah buat salah kali ni? Apa yang berlaku itu membuatkan saya rasa agak terkejutlah.
“Ada juga yang cakap saya dan Rosland berkahwin atas dasar keluarga dan perniagaan… Ia sangat-sangat tidak betul sebab itu sudah macam cerita dalam drama. Misalnya saya berkahwin ni sebab bapa yang suruh.
“Ada juga yang kata Rosland anak tujuh, anak sepuluhlah, ini semua tidak betul. Ramai yang buat spekulasi dan saya tidak mahu panjang-panjangkan cerita. Sebab itulah saya pilih untuk tidak mengiya atau menidakkan.
“Kami saya juga seperti pasangan lain yang berkahwin, cuma saya tidak tahu mengapa perkara tersebut mulai ditimbulkan. Mungkin kerana perbezaan umur di antara kami yang mungkin mencetuskan persoalan.
“Sebagai selebriti, normal jika orang akan sentiasa menilai tidak kira apa pun perkara. Saya sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi seperti ini, cuma terkejut soal perkahwinan saya diperkatakan sampai sedemikian rupa,” jelas Miera jujur.
Ads
Sementara itu, pemilik nama lengkap Miera Leyana Datuk Seri Kasmi ini juga turut rasa hairan dengan tanggapan sesetengah pihak terhadap poligami, sedangkan ia bukanlah perkara yang salah.
“Saya tidak faham, bila bercakap mengenai poligami, ada yang rasanya ia ‘tidak okay’. Saya tak kisah sekiranya ada pihak nak mengatakan saya isteri kedua atau ketiga.
“Contohnya kalau pun betul, saya tidak rasa telah lakukan sesuatu yang salah. Kami tetap anjurkan majlis perkahwinan dan menjemput ahli keluarga dan rakan media untuk meraikan. Tidak ada benda untuk disembunyikan pun.
Ads
“Bagi saya, saya tidak tidak faham mengapa isu tersebut disifatkan sebagai sangat besar. Kalau nak dikata isteri pertama baik, yang kedua jahat atau sebaliknya, perkara itu mungkin dalam drama TV.
“Tak ada apa pun yang nak disorokkan. Kalau saya salah, lebih baik saya nikah di Thailand senyap-senyap dan buat apa keluarga saya berhabis duit adakan majlis kahwin,” katanya lagi.
Miera dan Rosland berkenalan sejak empat tahun lalu dan telah selamat bernikah pada 26 Julai lalu di St. Regis, Kuala Lumpur.
Sementara itu, majlis resepsi mempelai diraikan secara meriah di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Sabtu.
Malam yang penuh bermakna itu juga turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Liza Hanim, Lan & The Typewritter, Hazama, Lah Ahmad dan Noryn Aziz.
Sejak beberapa hari lalu, nama lagenda badminton negara, Rashid Sidek kembali menjadi sebutan susulan pencapaian anak didiknya, Cheah Liek Hou yang berjaya meraih emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Rashid yang bertindak selaku jurulatih badminton para negara merupakan antara watak penting yang merintis kejayaan sulung Cheah Liek Hou di pentas sukan terbesar dunia itu.
Ketika seluruh rakyat Malaysia tidak henti-henti menitipkan ucapan tahniah buat wira-wira negara itu, tular pula sebuah ciapan di laman Twitter yang memaparkan sebuah foto lama membabitkan Rashid bersama ratu rock tanah air, Ella.
Off topic 🙏🏻 Masa saya kecil dulu suka tengok bila Ella dating Rashid Sidek 😅 cari balik gossip lama tahun 1990an dah tak jumpa. pic.twitter.com/wNiBI4vX8A
Foto tersebut nyata mendapat perhatian ramai pihak yang rata-ratanya mengimbau semula kisah-kisah ketika zaman 90-an dahulu.
Lantaran itu, menerusi sebuah hantaran di laman Twitter, Ella turut dilihat ada memberikan reaksinya berhubung foto berkenaan.
Menurut penyanyi lagu Layar Impian itu, gambar tersebut merupakan sebuah kisah lama dan Ella juga turut memaklumkan hubungannya bersama Rashid hanyalah sekadar teman biasa.
Katanya lagi, dia juga sebenarnya merupakan salah seorang peminat tegar kisah-kisah biografi dan animasi popular, Anak-Anak Sidek.
“Alaa cerita lama, hanya kawan. Lagipun, i’m a fan of Anak-Anak Sidek. Okay gambar ni jelas sikit,” tulisnya.
Menerusi entri yang sama, Ella turut dilihat berkongsi semula foto berkenaan tetapi kali ini dengan versi yang lebih jelas.
Setakat ini, tweet tersebut telah pun meraih lebih 4000 ulang ciap selain turut dihujani ratusan komen.
Sekadar informasi, Rashid merupakan antara atlet badminton yang telah banyak mengharumkan nama negara di pelbagai kejohanan besar termasuklah ketika meraih pingat gangsa dalam acara perseorangan di Sukan Olimpik Atlanta pada tahun 1996.
Selain daripada itu, Rashid juga merupakan antara pemain yang tergolong di dalam generasi emas badminton negara susulan kejayaan memenangi Piala Thomas buat julung kalinya pada tahun 1992.
Sumber: Twitter Ella, Instagram Ella & Rashid Sidek
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim menegaskan tuah dalam perniagaan bukan bergantung kepada jumlah modal atau kekayaan yang dimiliki.
Jelasnya, dahulu dia pernah membuka perniagaan tekstil menjual tudung, namun akibat kerugian, dia terpaksa tutup kedai.
Ulasnya lagi, berniaga tidak bergantung kepada kepandaian di sekolah atau modal yang banyak, sebaliknya semua atas ketentuan Allah.
“Gambar lama 2005, Masa umur Ain 3 bulan..jarang bergambar kami dulu2 ..Ni pakai kamera kualiti elok lah..Ermm syukur masih ada yg boleh dikenang kalau ada gambar kan ( jgn pandang glitter dn star tu icah yg letak..!!)
“Dulu sy jual tudung bawal sulaman ni salah satunya ..!! Lepas tu sy tutup company (St textile nama syarikat sy). Susah dn x untung bukan rezeki sy, dn org boleh tiru dn sy xpandai bab textile masa tu .
“Niaga ni cerdik sekolah atau byk modal akan ada tak semestinya ada luck..!! Percaya pd Ketentuan Allah semuanya..kaya dn byk modal bukan jaminan akn menajdi niaga..” kawan sy niaga santan boleh jadi jutawan xsekolah tinggi , paling corot kalau periksa tahap gaban lemaunya,” jelasnya.
Tulis pemilik Rumah Hutan ini lagi, pengalaman penting dalam memahami selok belok dunia perniagaan. Malah amat pentig menjaga maruah untuk memperoleh kepercayaan orang lain.
“Pengalaman sgt mahal faham selok beloknya ..lain2 kena kendali Emosi, feeling kesian , family tu susah nak handle bahaya sgt..lagi satu maruah kena jaga elok2 supaya kepercayaan org bertahan
“Dalam byk niaga sy pun ada lalui gagal berjuta2 ..Tak semua jadi pun,” kongsinya panjang lebar.
Bonda Rozita sebelum ini pernah mengasaskan produk kecantikan Sendayu Tinggi sebelum beralih kepada pengurusan rumah inap dan spa di Batang Kali, Selangor.
Foto : Instagram Rozita Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dinobatkan selaku pemenang Anugerah Digital Content Creator Tergempak 2022, pempengaruh media sosial, Ryan Bakery mahu mendedikasikan kejayaan tersebut buat isterinya, Elyia Ibrahim yang setia di sisinya disaat susah dan senang.
Menurut Ryan, isterinya itu sanggup mengeluarkan duit sendiri semata-mata untuk menyokong hasratnya untuk bergelar pembikin konten sebagai salah satu usaha meraih pendapatan.
“Ketika saya diberhentikan kerja pada tahun 2020, saya mula berniaga popia dan berniat untuk mula membuat video demi menjana pendapatan. Pada waktu itu, hanya ada seorang sahaja yang percayakan saya iaitu isteri saya. Ketika itu, kami belum berkahwin pun.
“Dia sanggup keluarkan duit sendiri bila saya nak set up alatan shooting seperti green screen, gimbal dan lampu studio walaupun gaji dia tak besar mana. Saya berjaya sampai ke tahap ini pun salah satunya disebabkan dia.
“Ketika waktu susah dahulu, kami perlukan kereta untuk bergerak ke sana-sini. Jujur kata, kami memang tidak ada apa-apa pada waktu itu. Jadi, isteri saya sanggup gunakan nama dia untuk mohon pinjaman bank walaupun kami belum berkahwin,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Elyia akui tidak dapat menahan sebak saat nama Ryan diumumkan selaku pemenang anugerah.
Menurut Elyia, dia antara individu rapat yang melihat sendiri perjalanan Ryan sebagai pembikin kandungan sebelum diangkat sebagai antara pempengaruh media sosial dikenali ramai.
“Kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak dari zaman belajar lagi. Kami masuk kerja pun sama-sama. Bila pandemik dan dia kena buang kerja, takkan saya nak tinggalkan dia.
“Jadi, saya tetap sokong dia. Bila dia bagitahu nak buat konten di media sosial tapi tiada modal, saya tak kisah keluarkan duit sendiri dahulu.
“Kami bermula daripada kosong. Bila nama dia diumumkan sebagai penerima anugerah, rasanya seperti kemenangan yang sangat bermakna,” kongsinya.
Ryan dan Elyia berkata sedemikian ketika ditemui media pada acara Gempak Most Wanted Award 2023 (GMWA2023) baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ryan akui sedikit terkilan dengan sikap segelintir pihak menuduh isterinya kerana dikatakan cuba menumpang populariti apabila sering menemaninya dalam setiap aktiviti yang dijayakan.
“Saya agak terkilan bila isteri saya sering dikecam bila saya bawa dia ke mana-mana acara. Orang kata isteri saya macam menyibuk dan nak tumpang glamour.
“Saya kesian sangat dekat dia. Mula-mula dahulu, saya memang marah sangat bila baca komen-komen negatif ini. Ini cara saya menghargai isteri saya.
“Saya akan bawa dia ke mana sahaja saya pergi. Sebab itu saya halalkan dia secepat mungkin sebaik sahaja duit saya cukup,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana, akhirnya mengesahkan ikatan perkahwinan mereka apabila berkongsi gambar di atas pelamin, sekali gus menamatkan segala spekulasi mengenai...