Penyanyi yang juga pelakon, Nabila Razali menepis dakwaan segelintir pihak yang melabelkan dirinya kini sudah besar kepala.
Menurut Nabila, dia sedaya upaya cuba untuk bangkit semula selepas teruk dikritik gara-gara nyanyiannya yang dikatakan sumbang sewaktu membuat persembahan secara live di dalam sebuah program televisyen beberapa bulan lalu.
“Kalau saya besar kepala, mungkin saya hanya buat conference call je hari ni tapi saya masih di sini dan bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini.
“Saya bangkit semula selepas apa yang jadi pada saya haritu. Sejujurnya saya memang down sangat-sangat dan saya perlukan satu hari untuk bangkit dan berkerja semula.
“Bagi sesetengah orang, mungkin mereka memandang perkara ini remeh kerana mereka anggap saya dah biasa menyanyi seteruk itu.
“Tapi bagi saya ia merupakan isu besar sebab saya tidak rancang pun untuk menyanyi seperti itu dan ia merupakan kali pertama saya menyanyikan lagu tersebut secara lansung,’ katanya kepada MH.
Nabila berkata demikian sewaktu ditemui di majlis doa selamat dan pelancaran muzik video lagu Peluang Kedua di Symphony Mall, Petaling Jaya.
Meluahkan rasa syukur kerana masih ramai yang menyokongnya ketika ini, Nabila menyifatkan keputusan untuk berputus asa hanya akan mematahkan semangat para peminatnya.
“Kalau saya give up, saya dah lama sambung pelajaran saya semula. Tapi tidak kerana ramai lagi yang menyokong saya.
“Saya tahu Peluang Kedua ini sebuah lagu yang berat tapi masih ada yang menyokong saya dan kenapa saya nak patahkan semangat mereka. Lagu ni dah jadi siulan mereka.
“Bagi saya, tidak semua yang mereka kata mengenai saya itu betul. Ada telinga yang mendengar sedap ada pula yang sebaliknya. Saya tidak boleh kawal mereka yang kata saya menyanyi tak sedap.
“Bila kita cakap pasal lagu, ada berjuta lagu dalam dunia ni. Nak dengar yang sedap just go ahead. Nak dengarkan versi Nabila Razali tengoklah Youtube saya,” jelasnya.
Ketika di tanya adakah dirinya sudah bersedia untuk mempersembahkan lagu ini secara langsung terutamanya di pentas-pentas besar, ini jawapan yang diberikan oleh pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu;
“InsyaAllah, jika diberikan kesempatan kenapa pula tidak. Jadi, saya perlulah persiapkan diri saya.
“Ini merupakan cabaran sebagai anak seni. InsyaAllah saya akan perbaiki lagi selepas ini.
“Apapun yang terjadi janganlah cari yang silap je. Takkanlah 4 minit saya nyanyi semuanya sumbang. Mesti ada satu dua bahagian yang sedap,” akhirinya.
Terdahulu, Nabila telah pun melancarkan muzik video terbaru dan versi tambahan lagu Peluang Kedua yang menampilkan MK K-Clique sebagai hero.
Populariti pelakon Meerqeen dan Anna Jobling telah mencipta fenomena sensasi di negara seberang, Indonesia menerusi drama lakonan mereka berjudul Melur Untuk Firdaus.
Berkunjung ke Jakarta pada Ahad, Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, berkongsikan momen-momen ketika dia dan Meerqeen disambut peminat ketika tiba di Lapangan Terbang Soekarno Hatta.
Bak selebriti K-pop, Anna dan Meerqeen diserbu segerombolan peminat yang setia menantikan kedatangan mereka berdua ke sana.
“Hai Jakarta, Anna dan Meerqeen udah nyampe di Jakarta. Anna senang disambut banyak fans di bandara. Hari ini ultah saya, banyak hadiah daripada fans.
“Alhamdulillah dan terima kasih. It’s time to rest, nanti kita ketemu lagi buat ngobrol-ngobrol guys,” tulis Anna di laman Instagram miliknya.
Kedatangan Meerqeen dan Anna ke Jakarta adalah demi tuntutan kerja termasuk diundang menjadi tetamu program tv anjuran saluran Trans TV.
Selain Anna, Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 21, turut terharu dengan sambutan yang diberikan peminat dari Indonesia.
“Indonesia, you guys are awesome,” tulis Meerqeen menerusi IG Story.
Sekadar info, bakat Meerqeen dan Anna digilap selepas mereka menyertai pertandingan Hero Remaja dan Dewi Remaja yang dianjurkan majalah Remaja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Anna Jobling & Meerqeen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memuat naik sekeping klip video sedang membonceng motor bersama suami, Nad Zainal dilihat mengimbau kembali memori ketika zaman kecil.
Katanya, dahulu, hanya motor yang menjadi pengangkutan mereka sekeluarga. Ke sekolah, berjalan hatta ke Genting Highland juga hanya menggunakan motor walau beberapa kali tayar pancit.
“Dari zaman sekolah saya diambil dari rumah nenek dengan motor papa saya, ke sekolah juga di hantar naik motor. Waktu itu kami tiada kereta, pernah dalam perjalanan ke Genting Highland, kami tiga beranak terkandas kerana tayar pancit, banyak kali juga motor kapcai tu pancit mungkin dek bebanan kena “pikul” tiga manusia,” tulisnya di laman Instagram.
Walaupun menyedari bahaya yang bakal menimpa, namun pelakon Apa Dosaku ini menyatakan tiada siapa yang mahu membahayakan nyawa anak, namun itu sahaja kemampuan pada waktu itu.
“Siapa yang nak anak membahayakan nyawa anak mereka? Tapi waktu itu motor sajalah kenderaan utama kami. Helmet pertama saya berwarna merah cili, ada gambar dolphin di kiri kanan,” tambahnya lagi.
Malah pelakon berusia 28 tahun ini juga berkongsi ‘hadiah’ istimewa yang masih kekal sehingga hari ini.
“Pada umur 9 tahun saya terima “hadiah” istimewa dari motor RXZ papa saya, akibat salah langkah turun, kaki saya kena ekzos dan parut itu kekal sampai sekarang… yang paling saya tak lupa bagaimana papa begitu risau, dan dia telah letak ubat gigi supaya kesan lecur itu reda… tiap kali saya menaiki motor, pengalaman dan memori itu akan datang menyapa kembali,” jelas ibu kepada seorang anak ini.
Pelakon Nadzmi Adhwa telah memuat naik sekeping gambar beserta kapsyen sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya yang ke-30 tahun.
Namun, dalam memberi ucapan buat kedua orang tuanya itu, dia juga ada menyelitkan mengenai status untuk mempunyai isteri.
“Happy 30 Years Anniversary My Dunya and My Jannah.. May Allah always bless you both with health, wealth prosperity and happiness.. My treasure. Nanti angah hadiahkan menantu ya. Eh! Berangan tak salahkan…,” tulisnya.
Pelakon Datin Atikah Suhaime, 33, meminta ramai mendoakan yang baik-baik buatnya dan suami sebagai mengulas dakwaan dirinya kini hamil seperti diperkatakan netizen di media...