“Memang banyak prank di media sosial mengenai ‘gold digger’ dan saya percaya orang macam itu wujud.” Itu reaksi pelawak dan penyampai radio berkenaan dengan cara sesetengah individu yang cuba merapati golongan berduit demi kemewahan singkat.
Jelas Shuib, adalah lebih baik untuk elakkan diri daripada berkawan rapat sebelum terjebak menjadi mangsa golongan berkenaan.
“Boleh dikatakan, ada yang cuba mengambil kesempatan terhadap golongan yang dirasakan berduit. Bagi saya mereka bukan hanya terdiri daripada wanita, tetapi juga lelaki.
“Jadi cara paling mudah, kalau tidak mahu terjebak atau jadi mangsa, elakkanlah daripada berkawan. Misalnya kalau sudah tahu dan sahih ada bukti mereka begitu, janganlah dekatkan diri lagi.
“Kata orang kalau sudah tahu dalam kandang ada harimau, tak kan lah kita nak masuk juga dalam kadang tersebut?,” katanya.
Ads
Suami kepada penyanyi, Siti Sarah ini juga bagaimanapun mengakui kerana setakat ini, dia tidak berdepan situasi berkenalan dengan si kaki kikis.
“Jujur cakap, memang tidak ada, alhamdulillah. Malah kalau pun ada yang dikatakan cuba ambil kesempatan dengan menghubungi saya menerusi media sosial seperti Instagram, saya memang tidak akan buka.
Ads
“Bukan nak dikata saya tahan godaan, tetapi kata orang pegangan itu kena kuat. Kalau pegangan kita itu kuat, tiuplah macam mana pun, kita Insya-Allah tidak akan goyang.
“Tidaklah nak beritahu saya alim, tetapi saya akan sentiasa cuba beringat.
Ads
“Ibu saya selalu berpesan. Katanya, saya kini berbeza daripada sebelumnya. Rezeki makin murah dan jangan lupa orang yang bersama dengan kau waktu susah dulu. Jangan abai isteri dan anak-anak.
“Saya tahu, kalaulah saya tersalah langkah, saya akan hilang orang-orang yang saya sangat sayang. Saya pun sedar, berada pada kedudukan sekarang bukanlah kerana diri semata-mata, tetapi terhasil berkat doa-doa keluarga saya juga isteri.
“Saya di sini pun, demi mereka. Alangkah ruginya kalau saya berada di sini, tetapi saya kehilangan semua individu ini.
“Apa pun, dugaan itu mungkin Allah akan bagi, cuma saya sentiasa berdoa agar boleh elakkannya. Mudah-mudahan, semoga saya kuat,” akhiri Shuib.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Mira Filzah awal semalam ada berkongsi mengenai lagu baru yang menjadi kegemarannya kini iaitu Temberang dari Ayda Jebat dan Semua Sudah, nyanyian Elizabeth Tan.
Malah, bintang cantik berkenaan turut mengucapkan tahniah kepada dua penyanyi muda berkenaan menerusi Insta Stories.
“Berapa kali dengar lagu ni, tahniah Ayda Jebat. Suka semuanya tentang lagu ini dan muzik videonya” tulis Mira
“Lagu baru yang tengah Mira dengar sekarang,” tulisnya menerusi posting untuk Lizzy pula.
Terdahulu, single terkini Ayda Jebat itu turut mendapat perhatian luar biasa netizen apabila ia menjadi trending nombor satu di YouTube kurang 24 jam selepas ia dimuat naik.
Foto: Instagram Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru, penyanyi Shila Amzah atau nama sebenarnya, NurShahila Amir Amzah telah memuat sekeping gambar di akaun Twitter miliknya.
Shila telah berkongsi gambar ketika dia sedang membuat sebuah program rakaman bersama penyanyi remaja, Haqiem Rusli.
Di samping itu, penyanyi yang berusia 28 tahun itu telah mengimbau kembali kenangan 10 tahun yang lalu bersama Haqiem Rusli.
“We first met when he was 10 I think kasha rasa tua gila.. Cenonet je dia dulu.. Now he’s taller than me and a very talented young artist @HaqiemRusli”
“You’ll get to see our first duet this Saturday, Konsert Minggu ini bersama Shila Amzah, 9pm on tv2! #makyungmenyanyi”tulisnya.
We first met when he was 10 I think ? kasha rasa tua gila.. Cenonet je dia dulu.. Now he's taller than me? and a very talented young artist? @HaqiemRusli You'll get to see our first duet this Saturday, Konsert Minggu ini bersama Shila Amzah, 9pm on tv2!#makyungmenyanyi ? pic.twitter.com/Us39ETktkv
Selebriti terkenal, Neelofa teruja dengan perkembangan positif anak sulungnya, Muhammad Bilal yang hampir berusia dua tahun.
Menurut Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, Bilal kini sudah boleh mengenal huruf-huruf Arab dan boleh membaca Al-Fatihah selain beberapa surah pendek.
“Sebagai ibu, saya tak tahu nak cakap bangga macam mana entah bila bilal boleh sebut satu-satu huruf hijaiyah (huruf arab).
“Konten-konten memang saya akan kaji dan pilih untuk dia tengok. Pada usia setahun 10 bulan, masyaAllah, dia boleh kira satu hingga 20, boleh kenal ABC huruf kecil dan besar, Al-Fatihah, selawat, alif hingga ya dan surah-surah pendek yang lain,” kongsinya.
Perasaan teruja itu dikongsikan bekas pengacara program MelTop itu menerusi hantaran di ruangan Instagram Stories, hari ini.
Jelas Neelofa lagi, perkara seperti ini sememangnya tidak mustahil sekiranya para ibu bapa menitikberatkan tentang konten-konten yang ditonton oleh anak-anak sejak usia bayi.
“Perkara penting di sini, memang penat mak ayah nak kawal semua benda tapi bab masa di skrin dan konten memang berbaloi untuk dikawal dan rasa penat,” kongsinya.
Pada masa, Neelofa turut menitipkan doa semua semua anak-anak membesar dalam keadaan yang baik dan diredai Allah.
“Semoga anak-anak kita sentiasa dalam jagaan, lindungan dan pengawasan Allah SWT,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih mesra disapa PU Riz pada tanggal 27 Mac 2021.
Selain Bilal, kehidupan pasangan ini diserikan dengan seorang lagi putera, Abdullah Abbas yang lahir pada 11 Julai lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rosé Blackpink sekali lagi membuktikan pengaruhnya sebagai bintang global apabila lagu hitnya, APT., berjaya bertahan selama 15 minggu berturut-turut dalam carta Billboard!Lagu yang menampilkan...