Meski sedia dikenali sejurus menyertai Mentor, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim tidak menganggap itu sebagai satu kelebihan yang dimiliki dalam pertandingan Big Stage 2020 yang bakal bersiaran tidak lama lagi.
Malah, penyanyi kelahiran Kulim, Kedah ini memberitahu, dia tidak meletakkan dirinya di zon selesa dalam program realiti nyanyian berkenaan.
“Bukan senang nak jadi juara, sangat tertekan. Jadi saya akan buat yang terbaik, tak kisah lah dapat nombor berapa pun yang penting saya nak sampai final itu sahaja. Tak juara pun tak apa.
“Tidak dinafikan dalam banyak-banyak peserta saya yang paling dikenali, banyak peminat, dan paling banyak pengikut.
“Jadi saya takut sekiranya terjadi apa-apa pada saya di pentas Big Stage, automatik saya akan jatuh, malu dan sebagainya.
Ads
“Apa-apa pun saya kena kerja kuat dalam pertandingan ni,” katanya.
Di samping itu, penyanyi berusia 23 tahun ini menjelaskan, dia tidak berasa bimbang sekiranya menerima komen negatif selepas ini.
Malah penyanyi lagu Aku Yang Bersalah ini percaya kepada rezeki.
Ads
“Benda dah rezeki kan? Kalau orang nak cakap macam tu cakap lah. Nak buat persembahan macam biasa dah tak boleh sebab PKP jadi dengan Big Stage ini saya dapat rezeki saya.
“Rezeki masing-masing dan saya positif sahaja,” jelasnya lagi.
Ads
Terdahulu, bintang ini ditemui pada sidang media Big Stage 2020 yang di The Starling Mall, Damansara.
Big Stage 2020 turut menampilkan komposer terkenal Ajai, penyanyi Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah sebagai juri professional.
Disamping itu, selebriti terkenal Michael Ang, Caprice dam Neelofa bakal dilantik sebagai presiden netizen yang berperanan mengadili persembahan peserta bersama juri professinal
Semua peserta bakal berentap selama 8 minggu secara siaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula 16 Ogos depan, setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria, Ria HD dan Astro Go.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Alyah ada menitipkan ucapan bersempena dengan sambutan Hari Raya Korban yang akan diraikan umat Islam di negara ini, esok.
Penyanyi Cintaiku itu turut memohon kemaafan dan mendoakan agar kita semua sentiasa berada di dalam dakapanNya.
“Selamat hari raya aidiladha. Muslimin muslimat, saya mohon kemaafan atas segala salah silap saya dari yg kenal mahu pun yg tak suka saya.
“Dan saya maafkan utk segala fitnah dan umpatan yg diperkatakan selama ini. Kamu juga seperti saya kita manusia. Hari hari buat dosa, semoga kita kekal berusaha utk jadi yg terbaik di mata Allah SWT.
“Semoga Allah SWT pelihara kita semua dlm kasih sygnya juga rahmatnya. Ampuni segala dosa dosa kita,Tetapkan hati kita kepadanya juga agamanya.
“Kekalkan hati kita utk berbuat baik,beramal baik,berkata yg baik baik juga bersangka baik bila menilai sesuatu pekara.
“Semoga kita terus bersilaturahim sesama kita dan menjaganya kerana Allah SWT,” tulisnya.
Isteri kepada Datuk Ramli MS ini juga turut meminta ramai agar sentiasa peka dan menjaga SOP (standard operating procedure) berikutan situasi semasa yang berlaku.
“Kepada sesiapa yg pulang ke kampung, mohon jaga diri masing masing. Amalkan SOP yg di tetapkan demi kebaikan bersama,” akhiri bintang asal Gelang Patah, Johor ini lagi.
Bersempena dengan bulan kemerdekaan tanggal 31 Ogos ini, kibaran Jalur Gemilang kini semakin menghiasi jalan raya, bagunan, permis dan sekolah.
Dalam pada itu, pelakon Sharnaaz Ahmad turut berkongsi perasannya sebagai 'anak Malaysia' yang sudah merdeka dan bebas dari berlakunya pertumpahan darah.
"Bendera sesebuah negara ibarat maruah dan perjuangan yg dibayar dgn darah dan keringat org terdahulu, ya aku tau bendera ni hanya berharga 4.99 sen sahaja boleh dapat di kedai tepi jalan, tetapi apakah nilainya hari ini kalau tidak ada darah yg mengalir dan jasad pejuang negara gugur untuk kecapi keberadaan Malaysia hari ini.
"Malaysia hari ini maju, bebas berbicara dan mempersoalkan sesuatu isu tanpa rasa gentar kerana tiada ISA," tulis pelakon filem Juvana itu.
Malah, Sharnaaz juga menjelaskan maksud disebalik warna Jalur Gemilang yang mempunyai empat warna berbeza iaitu merah, putih, kuning dan biru.
"Tapi sedarlah wahai seluruh rakyat Malaysia, setiap maksud didalam bendera malaysia sungguh menyeluruh dan tepat, jika satu daripadanya diusik dan cubaan ancaman, keamanaan negara sgt dalam bahaya.
"Seruan ini buat kerajaan yg disayangi, kami sayang Malaysia, kami taknak pertumpahan darah.. tetapi jika anda tidak mengambil langkah sebaiknya, pasti gugur bendera ini dan perjuangan org terdahulu.
"Fikirlah wahai kerajaan ku sayang.. tolong repost msg ini biar sampai ke majlis tertinggi kerajaan Malaysia.. ikhlas dari anak melayu yg hidup aman damai selama 34 tahun," tulisnya lagi.
Sharnaaz bertindak berkongsi sedemikian kerana pemasangan bendera Malaysia secara terbalik di beberapa buah lokasi baru-baru ini.
Bagaimanapun, isu tersebut sudah selesai apabila Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menyiasat bahawa tiada tujuan mengaibkan atau merupakan satu manifestasi membantah di lokasi berkenaan.
Sebaliknya, ia adalah kesilapan yang jujur dan dipasang oleh pekerja warga asing yang tidak memahami cara pemasangan jalur berkenaan.
Foto : Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nina Iskandar mengesahkan dia telah pun bercerai dengan bekas suaminya, Azlan Adzanan, sejak tahun lalu.
Menurut Nina, 34, perceraian talak satu itu bukan melibatkan...