Kecoh di Twitter video berkaitan seorang kanak-kanak perempuan kononnya sedang bermain ‘cikgu-cikgu’ di rumahnya baru-baru ini.
Video yang dimuat naik oleh abang saudara kanak-kanak tersebut menunjukkan dia menghayati wataknya sebagai seorang guru yang sedang memarahi anak muridnya.
“Haa ni aku record adik sedara aku main cikgu cikgu. Boleh koyak mental siapa jadi student dia.
“Aku dah tahu apa hukuman budak yang main dalam class dia geng. Tak boleh balik class! Yang boleh balik class Nur Umairah, which is dia sendiri geng,” tulisnya di kapsyen.
Aku dah tahu apa hukuman budak yang main dalam class dia geng. Tak boleh balik class! Yang boleh balik class Nur Umairah, which is dia sendiri geng ? pic.twitter.com/hV0pSH8JoS
— Afiq (@afiqjohariii) October 29, 2018
Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian pelakon dan penyanyi, Adibah Noor yang meninggalkan turut komennya.
“Begs the question, cikgu dia kat sekolah macam itu ke?,” soalnya.
Dalam pada itu, netizen lain juga turut terhibur dengan keletah kanak-kanak tersebut. Malah, ada juga yang sempat mengenang kembali nostalgia guru garang semasa di alam persekolahan dahulu.
Alahai, kanak-kanak zaman sekarang ini memang kreatif dan cepat tangkap apa yang orang dewasa lakukan. Apa-apapun, memang MH sendiri terhibur dengan aksi adik ini. Mungkin boleh berlatih untuk jadi pelakon lepas ini?
Foto:Twitter
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI