Pelakon dan penyanyi, Hetty Sarlene berkongsi fotonya mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di laman Instagramnya, awal malam tadi.

Menerusi sekeping foto yang menyaksikan dirinya terlantar di katil pesakit, Hetty yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) turut menulis kapsyen berkaitan dengan realiti penggiat seni.

“Kadang-kadang orang tak faham situasi kita Yang sebenarnye. Malah ade Yang lontarkan kata-kata kesat pada Hetty.

“Negative vibes. It’s okay, Hetty dah maaf kan pun. Sakit itu penghapus dosa kita. Semoga allah swt melindungi kita semuanye.

“Sekali Lagi saya memohon maaf. Yang baik datang nya dari allah, dan Yang buruk datang dari Yang selainnye.. doakan semuanye berjalan dengan lancar ahad Ini.

IKLAN

“Amin yarabal alamin. Gambar Yang di ambik oleh manager saya Semasa saya Tak sihat. Thank you Kak @syurganur770 kerana memahami,” tulisnya.

IKLAN

Susulan itu, ramai yang meninggalkan komen mendoakan agar kesihatan penyanyi Rindu Aku Rindu cepat sembuh.

IKLAN

“Kadang-Kadang Orang Tak Faham Situasi Kita Yang Sebenarnya,”- Hetty Sarlene Tidak Sihat, Kongsi Foto Di Hospital “Kadang-Kadang Orang Tak Faham Situasi Kita Yang Sebenarnya,”- Hetty Sarlene Tidak Sihat, Kongsi Foto Di Hospital “Kadang-Kadang Orang Tak Faham Situasi Kita Yang Sebenarnya,”- Hetty Sarlene Tidak Sihat, Kongsi Foto Di Hospital

Terdahulu, konsert kelima GV5 hujung minggu lalu menyaksikan Hetty berada di tangga kedua bawah selepas Zamani dengan markah 51.5%.

Menerusi saingan pada minggu kelima itu, penyanyi asal Singapura berkenaan mengalunkan lagu Mawar Putih Untuk Mama, nyanyian asal Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Foto/Instagram: Hetty Sarlene

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI