“Makan bersama tak boleh kacau. Quality time together,” tulisnya.
Video tersebut telah menerima lebih 300,000 tontonan setakat ini dan turut dihujani komen pujian daripada netizen.
Rata-rata netizen sebak melihat telatah remaja tersebut kerana seperti semua sedia maklum Azal dan Azil sering tidak diletakkan bersama kerana bimbang mereka akan bergaduh.
Allahu, comel sungguh telah mereka berdua ini. MH doakan, semoga keluarga Zarina Zainudin sentiasa memperoleh kebahagian di dunia mahupun akhirat.
Foto: Instagram Zarina Zainudin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meluahkan rasa terharu selepas ada bebrapa pihak yang menghargai usahanya menuntut ilmu dalam bidang muzik sebelum ini.
Pemilik akaun yang bernama @nami_808yang difahamkan seorang pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang muzik, memberi tahu, Ayda memiliki teknik nyanyian yang bagus hasil daripada pendidikan formalnya dalam jurusan muzik.
Perkongsian itu telah dimuat naik menerusi rantaian tweet di laman Twitter miliknya.
“Ayda Jebat belajar muzik. Orang yg tak tau muzik plak lebih cakap pasal technical dia. tu ha, kalau nak tau yg tak boleh nyanyi mcm kru dgn elite.
“Dulu aku tak tau pun Ayda Jebat budak muzik. Dulu aku dengar suara dia mmg bagus, at least takde masalab teknik. Skarang baru tau dia ada formal education muzik. No wonder lah,” tulisnya.
Terharu dengan perkongsian tersebut, ini respon balas penyanyi lagu Mata itu;
Saya baca semua. First time org berbahas pasal benda mcmni. Thanks a lot. Macam mana pun, saya akan terus belajar and improve. Insyaallah. Orang mcm korang ni la kita mahukan! Support! ♥️?? https://t.co/f3qZ1xYqHt
“Saya baca semua. First time orang bahas perkara macam ni. Thanks a lot. Macam mana pun, saya akan terus belajar dan improve. InsyaAllah. Orang macam ni la kita mahukan. Support,” tulisnya.
Tambah Ayda, dia berterima kasih di atas pujian tersebut dan berjanji akan terus belajar untuk meningkatkan lagi skil nyanyiannya itu.
MH percaya, apa yang dikongsikan itu memberi lebih semangat buat Ayda untuk memberikan yang terbaik buat para peminatnya.
Foto: Twitter Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selain itu, tidak dinafikan, rata-rata netizen memberikan respon positif terhadap MV tersebut.
Bagaimanapun, Ismail yang sinonim dengan gelaran ‘kpop Malaysia’ tidak dapat lari daripada komen sebaliknya apabila ada yang andaikan beberapa babak di dalam MV tersebut seakan-akan sama dengan MV kpop.
Malah ada juga yang meninggalkan komen mengatakan bahawa lagu tersebut adalah lagu ‘sampah’ dan wajar Ismail disambar petir di penghujung MV tersebut.
Terdahulu, Ismail mengakui bahawa lagu tersebut ditujukan khas buat ibunya yang juga merupakan penyanyi era 80-an, Datin Suliza Salam. Ismail juga turut bekerjasama menghasilkan lirik dan bunyi dalam lagu tersebut.
Alahai, biasalah tu kan? Dalam ramai yang suka, pasti ada juga yang macam tak suka.
Foto/Instagram: Ismail Izzani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas berjaya mencipta fenomena menerusi drama Khianat Yang Terpilih, nama pelakon Ikmal Amry kini kian disebut antara hero berbakat besar dan seharusnya diberikan peranan yang lebih mencabar selepas ini.