Awal semalam, Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik sepotong video yang merakamkan seorang pramugara yang berbaik budi menyuap makanan terhadap seorang warga emas di dalam pesawat.

Tindakan pramugara itu nyata menjentik hati usahawan sensasi berkenaan, yang secara langsung membuatkan dirinya teringatkan arwah bapa yang telah pun pergi mengadap illahi, bulan lalu.

Malah, Aliff turut menyatakan rasa andai dia dapat melakukan perkara sama andai arwah bapanya masih lagi hidup.

“Teringat kat arwah abah..kan best kalau sy boleh buat mcm tu kat abah sy masa di hidup.

“Terima kasih pramugara baik pada pakcik tua .. alfatiha utk arwah abah saya kamarzaman bin kamaludin.

IKLAN

“Muliayeee kerja ni kalau buat dgn ikhlas ..sy nak kerja mcm ni boleh tak??? nmpak je glamer,” tulisnya.

Pada masa sama, Aliff turut memberitahu dia terlihat babak berkenaan tanpa sengaja lalu merakamkannya di luar sedar mereka yang terbabit.

IKLAN

“Sebenarya sy terlihat tanpa sengaja pakcik tua yg x brp sehat terus teringat kat arwah abah… ya allah iklasnya paramuga ni layan pakcik ni..kalau sy ditempat dia tak pasti sy boleh tak buat mcm ni.

“Melainkan mak abah saya sendiri…suapkan makan dan layan mcm mcm abah dia sendiri.. sy x kenal pramugara ni tapi sy harap.. layanan yg sama utk penerbangan di negara kita,” tulisnya lagi.

IKLAN

Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 400,000 ribu kali dan rata-rata netizen memuji apa yang dilakukan olsh pramugara dari sebuah syarikat penerbangan antara bangsa itu.

Malah, ada juga netizen yang mendakwa pekerja di awan biru sememangnya ada yang berhati mulia yang turut membantu mereka yang memerlukan saat menaiki pesawat.

Foto: Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI