Terlalu banyak yang merisik bagaimana kejayaannya hamil setelah tiga tahun mendirikan rumahtangga, ulas pelakon jelita ini, dia akan berkongsi menerusi laman Instagramnya.

Apa pun yang paling utama, rujuk doktor. Semoga dengan perkongsian dapat menolong wanita di luar sana yang telah lama menanti zuriat.

“Anzalna sendiri faham perasaan bila mana rezeki anak tak kunjung tiba, bagaimana tekanan yang dihadapi, insya-Allah sedikit masa lagi saya akan kongsi,” ulasnya ketika ditemui sewaktu menjadi panel untuk Women Empowerment Dialogue And Sharing Session.

Tidak mengalami sebarang alahan, katanya, pengalaman istimewa ini berjalan dengan tenang.

Kalau bab pemakanan memang tak ada masalah, cuma bab kulit, bila pakai mekap akan naik jerawat.

IKLAN

“Cuma rasa badan tak selesa sebab sebelum ni normal, tiba-tiba berbadan dua. Kita jadi lebih berhati-hati.

Hanif juga banyak membantu dan menyenangkan proses mengandung,” katanya yang mahu merahsiakan jantina bayi yang dikandung.

IKLAN

Mahu menjaga hati wanita lain yang masih menunggu zuriat, dia tidak mahu terlalu lantang berbicara soal anak dalam kandungan.

Anzalna akan share tapi perjalanan masih jauh lagi. Tak mahu terlalu open. Saya nak sangat share tapi nanti akan ada yang berkecil hati.

IKLAN

“Tak mahu terlalu bercerita macam kita seorang sahaja yang mengandung. Apa yang Anzalna lalui sebelum ni, Anzalna kena faham juga perasaan wanita di luar sana.

Kalau nak kongsi kegembiraan pasal anak pun, anak masih dalam perut lagi. No point nak cakap lebih-lebih sebab Anzalna pun tak ada pengalaman. Seeloknya Anzalna jaga perasaan wanita lain,” Anzalna berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan dalaman wanita, V Sensual Premium Intimate dikeluarkan oleh syarikat milik kakak iparnya, DD Secrets Sdn. Bhd.

Tambahnya, produk tersebut dijual dengan harga RM59 sebotol (100 mililiter) dan boleh diguna oleh wanita yang sedang hamil.

Foto – Instagram Anzalna

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI