Terbaru, pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah telah memuat naik satu video di akaun Instagramnya.
Menariknya, video tersebut memaparkan pengacara yang berusia 44 tahun itu bersama dengan seorang penyanyi dangdut yang terkenal, Ifa Raziah.
“Haaa @ifa_raziah beli tau ubat ketat CrYSTSL X…meniaga paksaan Hahahaha…bagus support kengkawan Tima kasih Korang bila lagi Nak jadi ejen tempat korang dia alu alukan Dm @mamamudahq,”tulisnya.
Semalam, Shuib ada berkongsi kembali (repost) foto dari rakan baiknya, Jep lalu menitipkan catatan yang cukup syahdu, berkaitan dengan talian persahabatan di antara keduanya.
Menerusi Instagram, suami kepada Sarah Raissuddin itu menyatakan dia mengenali rakannya itu sejak berbelas tahun lalu. Malah dia turut mendedahkan panggilan Shuib yang diguna pakai sehingga kini merupakan nama pemberian Jep.
“Kenal hampir belasan tahun,dr kami hanya punya cita2 utk semua yg ada skrg,cita2 nak jadi artis tersohor kononnya…?,Semuanya terjadi dlm sekelip mata.. Semuanya dgn izin Allah swt.Dari kenal masa Audition di Hotel Selesa Johor Bharu,nama “Shuib” dia yg bg dan lekat smpi skrg..
“Dia kata nama tu sesuai utk aku…Lalu susah sama2,keje tmpt yg sama,pagi2 jaga conveyor beg seawal 5.30 pagi,tgk cabin crew tarik beg naik kapal,,,putih mata sbb hanya mampu cakap “hi”.
“Masih pegang cita2 dan impian yg sama,panjat audition sana sini lebih dr lima!!! Semua tak percaya dan tak pernah percaya yg dua budak ni akan pegi KL dan menetap di KL… Rezeki tak salah alamat,dia smpi mesti smpi,2009 naik KL dan semuanya bermula dan dipendekkan cerita sekarang dua2 dah kawin,aku anak 3 dan dia dah kawin dan ade anak jugak,” tulisnya.
Pada masa sama, Shuib juga memberitahu terlalu banyak perkara yang dikongsikan bersama dan yang paling tiada nilai ialah persahabatan yang kian matang.
“Terlalu byk perkara yg dikongsi bersama,,, Dan yg paling MAHAL adalah persahabatan yg semakin matang dr byk sudut!!! Terima kasih Allah pertemukan dgn insan hebat ini @jepsepahtu ,,, jarang nak menulis panjang2 sebenarnya, tp gambar ini seakan “sesuatu”.
“Sesuatu yg pastinya adalah hukum alam… Pasti dan pasti tp tak tau siapa… Tp yg pasti dan pasti,,, siapa pon antara kita pergi dahulu,kenangan kita,susah senang,gelak tawa,bertekak bergaduh,jatuh bangun adalah kenangan terindah sepanjang perkenalan indah ini… SAHABAT DUNIA AKHIRAT INSYAALLAH,,, “SEPAHTU…. DUA YG MENYATU,” tulis Shuib panjang lebar.
Perkongsian yang mendapat hampir 40,000 tanda suka turut memberikan reaksi pelbagai dari netizen yang rata-ratanya memuji jalinan persahabatan di antara mereka.
Foto: Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Zahirah MacWilson atau nama sebenarnya, Nur Zahirah Zainol MacWilson telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, pelakon berusia 24 tahun itu telah berkongsi gambar ibunya dan meluahkan rasa rindu terhadap ibunya, Maslinda Yusoff setelah hampir 7 bulan tidak bertemu bersama ibunya.
“I miss my mum almost 7 months tak jumpa. Habis shoot je kakak balik Perth okay mum Love you lots” tulisnya.
Lantas, perkongsian pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu telah menjadi perhatian netizen setelah melihat wajah ibu Zahirah yang kelihatan sangat cantik dan muda.
Alahai, cantik betul wajah ibu Zahirah. Patutlah Zahirah kelihatan sangat cantik, sebab wajah ibunya pun cantik. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Ibu Zahirah kini sedang menetap di Perth, Australia.
Foto : Instagram Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!