Semalam, Shuib ada berkongsi kembali (repost) foto dari rakan baiknya, Jep lalu menitipkan catatan yang cukup syahdu, berkaitan dengan talian persahabatan di antara keduanya.

Menerusi Instagram, suami kepada Sarah Raissuddin itu menyatakan dia mengenali rakannya itu sejak berbelas tahun lalu. Malah dia turut mendedahkan panggilan Shuib yang diguna pakai sehingga kini merupakan nama pemberian Jep.

“Kenal hampir belasan tahun,dr kami hanya punya cita2 utk semua yg ada skrg,cita2 nak jadi artis tersohor kononnya…?,Semuanya terjadi dlm sekelip mata.. Semuanya dgn izin Allah swt.Dari kenal masa Audition di Hotel Selesa Johor Bharu,nama “Shuib” dia yg bg dan lekat smpi skrg..

“Dia kata nama tu sesuai utk aku…Lalu susah sama2,keje tmpt yg sama,pagi2 jaga conveyor beg seawal 5.30 pagi,tgk cabin crew tarik beg naik kapal,,,putih mata sbb hanya mampu cakap “hi”.

IKLAN

“Masih pegang cita2 dan impian yg sama,panjat audition sana sini lebih dr lima!!! Semua tak percaya dan tak pernah percaya yg dua budak ni akan pegi KL dan menetap di KL… Rezeki tak salah alamat,dia smpi mesti smpi,2009 naik KL dan semuanya bermula dan dipendekkan cerita sekarang dua2 dah kawin,aku anak 3 dan dia dah kawin dan ade anak jugak,” tulisnya.

Pada masa sama, Shuib juga memberitahu terlalu banyak perkara yang dikongsikan bersama dan yang paling tiada nilai ialah persahabatan yang kian matang.

IKLAN

“Terlalu byk perkara yg dikongsi bersama,,, Dan yg paling MAHAL adalah persahabatan yg semakin matang dr byk sudut!!! Terima kasih Allah pertemukan dgn insan hebat ini @jepsepahtu ,,, jarang nak menulis panjang2 sebenarnya, tp gambar ini seakan “sesuatu”.

“Sesuatu yg pastinya adalah hukum alam… Pasti dan pasti tp tak tau siapa… Tp yg pasti dan pasti,,, siapa pon antara kita pergi dahulu,kenangan kita,susah senang,gelak tawa,bertekak bergaduh,jatuh bangun adalah kenangan terindah sepanjang perkenalan indah ini… SAHABAT DUNIA AKHIRAT INSYAALLAH,,, “SEPAHTU…. DUA YG MENYATU,” tulis Shuib panjang lebar.

IKLAN
View this post on Instagram

Kenal hampir belasan tahun,dr kami hanya punya cita2 utk semua yg ada skrg,cita2 nak jadi artis tersohor kononnya…?,Semuanya terjadi dlm sekelip mata.. Semuanya dgn izin Allah swt.Dari kenal masa Audition di Hotel Selesa Johor Bharu,nama “Shuib” dia yg bg dan lekat smpi skrg.. Dia kata nama tu sesuai utk aku…Lalu susah sama2,keje tmpt yg sama,pagi2 jaga conveyor beg seawal 5.30 pagi,tgk cabin crew tarik beg naik kapal,,,putih mata sbb hanya mampu cakap “hi” ?… Masih pegang cita2 dan impian yg sama,panjat audition sana sini lebih dr lima!!! Semua tak percaya dan tak pernah percaya yg dua budak ni akan pegi KL dan menetap di KL… Rezeki tak salah alamat,dia smpi mesti smpi,2009 naik KL dan semuanya bermula dan dipendekkan cerita sekarang dua2 dah kawin,aku anak 3 dan dia dah kawin dan ade anak jugak…Terlalu byk perkara yg dikongsi bersama,,, Dan yg paling MAHAL adalah persahabatan yg semakin matang dr byk sudut!!! Terima kasih Allah pertemukan dgn insan hebat ini @jepsepahtu ,,, jarang nak menulis panjang2 sebenarnya, tp gambar ini seakan “sesuatu”…Sesuatu yg pastinya adalah hukum alam… Pasti dan pasti tp tak tau siapa… Tp yg pasti dan pasti,,, siapa pon antara kita pergi dahulu,kenangan kita,susah senang,gelak tawa,bertekak bergaduh,jatuh bangun adalah kenangan terindah sepanjang perkenalan indah ini… SAHABAT DUNIA AKHIRAT INSYAALLAH,,, “SEPAHTU…. DUA YG MENYATU” . . #persuibofhappyness #sepahtu

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Perkongsian yang mendapat hampir 40,000 tanda suka turut memberikan reaksi pelbagai dari netizen yang rata-ratanya memuji jalinan persahabatan di antara mereka.

Foto: Instagram Shuib

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI