Selain berkongsi mengenai perjalanan seninya sehingga ke hari ini, Erra Fazira secara eksklusif turut bercerita mengenai fasa sukar bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya pada awal perceraiannya bersama Engku Emran, lebih tiga tahun lalu.
Menerusi program Di Balik Idola, bintang terkenal itu meluahkan cerita yang terbuku di hati.
“Alhamdulillah dengan jejaka E saya dianugerahkan Allah anugerah terindah, iaitu anakanda saya Engku Aleesya.
“Pertama kali dia berada di dalam dakapan saya, pertama kali mata bertentang mata mengalir air mataku. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kecundang,” katanya seperti yang dipetik.
Sementara itu, pelakon filem Maria Mariana ini juga turut memberitahu, perkara yang paling sedih pada ketika itu ialah apabila terpaksa berpisah seketika dengan anak tersayang.
“Paling sedih bila terpisah dengan anak. Rasanya ini dugaan Allah sebab apa yang saya suka, Allah ambil. Bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima berpisah dengan anak
“Orang tak tahu..kenapa dia ni berpisah, dia tak ambil anak. Ada kisah di sebaliknya. Tidak ada ibu yang berpisah dengan anak, berkongsi. Biarlah…orang kata kita berkorban untuk kebahagiaan anak bersama bapanya,” kongsi Erra dalam linangan air mata.
“Saya tak boleh dengar, sangat sensitif bila orang bercerai kemudian bergaduh rebutkan anak. Saya sensitif sebab saya dah lalui ketika kecil, saya dipisahkan dari bapa. Jadi bila berlaku pada saya, saya berazam tidak mahu lalukan itu pada anak saya.
“Anak saya wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya. Walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini saya sakit tidak mengapa, asalkan anak saya bahagia.
“Alhamdulillah sehingga ke hari ini, anak saya bahagia dan matang dari usianya dalam menerima keadaan ini,” katanya lagi,
Pada masa sama, Erra turut mengakui dia lebih rela untuk melihat kebahagiaan anak dengan menerima kasih sayang daripada semua pihak.
“Saya dapat bersama anak dalam seminggu tu dua hari. Sehingga ke hari ini bila terpisah dengan anak saya menangis. Ia bukan suatu yang mudah. Tetapi demi kebahagiaanmu anak, mom korbankan. Biar dia terima kasih sayang yang secukupnya.
“Saya yakin Allah itu adil. Saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya tapi baik di masa hadapan,” jelas Erra panjang lebar.
Lantas, perkongsian penyanyi lagu Dimatamu itu telah mendapat pujian daripada peminatnya. Rata-rata peminat memuji Sufian yang bersikap taat kepada kedua-dua orang tuanya.
Alhamdulillah, bagus Sufian ni walaupun sibuk dalam kerjayanya, tetap menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.
Foto : Instagram Sufian Suhaimi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seolah-olah sedang beraksi di pentas dengan lagu Dust Till Dawn nyanyian Zayn dan Sia, Datin Diana Danielle dilihat cukup berkarisma dan penuh penghayatan.
Usahawan kosmetik, Anas Zahrin yang berkongsi video pendek itu menerusi ruangan kapsyen menyatakan wanita ini sememangnya punya sikap yang cukup happening.
“Berbalik dekat Diana, so semalam pun nak hujung hujung, badan pun dah barai makan saya minta D miming lah apa lagi pulak tu memang benda ni makanan dia. Hahahahhahahaha
“Satu je nak cakap – D ni memang happening gila, crazy crazy crazy and at the same time baik! Wonderful friend she is,” tulisnya.
Ulas Anas lagi, sikap Diana daripada dahulu hingga kini tidak pernah berubah, tidak pernah lupa akan insan yang pernah bekerja dengannya.
“Kalau tanya cemana boleh baik dengan @dianadanielleb kenal dia tahun 2009/2010 masa tu anak dara tang tang lagi. Tapi yang pelik muka dia sama, perangai masih sama tak ubah. Gila gila juga. Antara selebriti terawal bekerja dengan anas, love her
“Ada satu masa D dia dah busy dengan anak anak, anas pula sibuk dengan business. Dalam setahun dua juga senyap kejap. Then berumpa balik masing masing bila jumpa tak kering gusi dok gelak apa semua. Cerita itu ini apa semua ya Allah memang sejam dua takkan habis.”