Penyanyi dan pereka fesyen tersohor Britain, Victoria Beckham, menerima pengiktirafan berprestij apabila dianugerahkan gelaran Officer of the Order of Arts and Letters oleh kerajaan Perancis sebagai menghargai sumbangannya dalam bidang fesyen dan seni budaya antarabangsa.
Majlis penganugerahan yang berlangsung di Paris itu turut dihadiri suaminya, bekas kapten pasukan bola sepak England, David Beckham, serta anak-anak mereka, Romeo, Cruz dan Harper Seven.
Anugerah Order of Arts and Letters merupakan antara penghormatan tertinggi Perancis yang diberikan kepada individu yang memberi sumbangan signifikan kepada perkembangan seni dan budaya, termasuk fesyen yang kini diiktiraf sebagai cabang seni moden bertaraf global.
Victoria yang sebelum ini dikenali sebagai anggota kumpulan pop terkenal Spice Girls, berjaya membina reputasi baharu sebagai pereka fesyen antarabangsa menerusi jenama yang diasaskannya lebih sedekad lalu, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon industri kreatif dunia.
Dalam ucapannya, Victoria meluahkan rasa terharu atas pengiktirafan yang diterima serta menzahirkan penghargaan terhadap sokongan keluarga dan pasukan kreatif yang sentiasa bersamanya sepanjang perjalanan kerjaya tersebut.
Majlis berkenaan tidak mengejutkan pemerhati hiburan antarabangsa apabila anak sulung pasangan itu tidak kelihatan, memandangkan beliau sebelum ini secara terbuka memutuskan hubungan dengan keluarganya serta melontarkan kenyataan negatif terhadap ibunya menerusi media sosial.
Ads
Bagaimanapun, situasi tersebut tidak mencacatkan tumpuan terhadap pengiktirafan besar yang diterima Victoria di peringkat antarabangsa.
Kejayaan berkenaan sekali gus mengukuhkan nama Victoria Beckham sebagai figura seni dan fesyen berpengaruh dunia, yang terus menerima pengiktirafan walaupun berdepan cabaran peribadi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Puteri Balqis mengakui dirinya kini berada di fasa bahagia selepas bertunang dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Didi pada Oktober tahun lalu.
Menurut Balqis, kehidupannya kini dirasakan lebih lengkap dengan kehadiran insan istimewa serta keluarga baharu dalam hidupnya.
“Ketika ini, saya memang di fasa yang sangat bahagia sama ada ia berkaitan keluarga atau kerjaya.
“Boleh dikatakan ada satu ‘puzzle’ yang sudah diselesaikan tapi ada satu ‘puzzle’ lain yang mencantikkan lagi.
“Ya, ia melengkapkan. Saya sangat berbesar hati dengan keluarga saya dan keluarga tunang saya yang sangat baik,” katanya kepada MH.
Puteri Balqis berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media kempen Ramadan dan Raya TV3, Jwanjih Drama! di GSC Suria KLCC, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Bagaimanapun, pelakon drama Sebelum Titik Noktah itu memilih untuk tidak terlalu terbuka berkongsi hal berkaitan kehidupan peribadi dan berharap agar semua pihak menghormati privasinya.
“Bercakap soal keluarga dan pertunangan, saya sebenarnya tidak mahu terlalu berkongsi. Mereka (keluarga) sudah memalui pelbagai perkara.
“Sebaiknya kita fokus dan bercakap soal kerja sahaja. Jika soal peribadi, saya hanya akan menjawab apa yang boleh dikongsikan sahaja,” kongsinya lagi.
Puteri Balqis bakal muncul menerusi drama terbaharu berjudul Anugerah Tanpa Cahaya yang turut dibintangi barisan pelakon seperti Azhan Rani, Amyza Aznan dan Zaidi Aziz.
Drama ini dijadualkan untuk ditayangkan di platform penstriman Tonton bermula 16 Mac ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai tanda penghargaan kepada para peminat yang sentiasa menunjukkan sokongan luar biasa, program realiti popular Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) telah menganjurkan program Vaganzers Karok Vaganza pada 16 Januari lalu, dua hari sebelum malam kemuncak berlangsung.
Acara santai namun meriah yang berlangsung di Mahajara Karaoke, IOI City Mall, Putrajaya bermula jam 8.00 malam itu menghimpunkan kira-kira 70 peminat setia atau ‘Vaganzers’, bersama bintang-bintang GV12 seperti Shy8, Korrie, Krisya dan Freshies.
Penganjuran program ini secara tidak langsung berjaya mengeratkan hubungan antara peminat dan artis, sekali gus menyemarakkan lagi ‘musim’ Gegar Vaganza.
Bagi penyanyi dan pelakon Shy8, dia amat menghargai sokongan luar biasa yang ditunjukkan oleh para Vaganzers sepanjang saingan musim terbaharu ini berlangsung.
Menurutnya, peminat GV12 sangat unik kerana mereka benar-benar menghargai usaha para anak seni dan bukan sekadar menyokong artis kegemaran masing-masing sahaja.
“Saya kagum dengan semangat mereka. Ada diantara mereka yang sokong kami setiap minggu. Kalau tiada kelompok peminat-peminat yang seperti ini, rasanya makin lama industri kita akan suram.
“Tiada mereka, industri kita tidak akan meriah. Sebagai salah seorang anggota GV12, saya ucapkan terima kasih kepada semua kerana anda bukan sahaja menyokong penyanyi pilihan kalian sahaja tapi turut menyokong peserta-peserta lain.
“Itu yang membuktikan anda ini merupakan peminat professional,” katanya.
Dalam pada itu, Korrie turut berharap agar acara seumpama ini dapat diperbanyakkan pada masa akan datang kerana ia memberi ruang kepada artis dan peminat untuk berinteraksi dengan lebih dekat.
“Bila ada program bersama Vaganzers ini, saya rasa sangat seronok. Kita dapat mengeratkan hubungan bersama peminat. Kita sibuk dengan kerjaya tapi bila ada acara-acara seperti ini, saya gembira bila dapat beramah mesra dengan mereka.
“Malah, saya juga dapat kembali bertemu dengan peminat selepas tersingkir. Ketika di GV12, waktu kita agak terhad. Kali ini, kita ada waktu yang agak panjang untuk bersama,” kongsinya.
Sementara itu, bagi Freshies, keterujaan apabila dapat melihat sisi lain peminat yang jarang mereka saksikan sebelum ini menjadi momen penuh makna.
Menurut salah seorang anggotanya, Shima atau lebih mesra disapa Mak Su, gelagat para Vaganzers bukan sahaja mencuit hati, malah membantu menghilangkan tekanan.
“Kami memang enjoy sakan. Siap berjoget lambak lagi. Saya ni sebenarnya demam selsema dan sudah makan ubat. Bila mula sahaja karaoke, hilang semua mengantuk dan demam.
“Saya rasa aktiviti-aktiviti seperti inilah yang buatkan kita gembira dan sihat. Sakit-sakit pun jadi cepat baik.
“Kiranya Mak Su ni nak lepas dendam. Minggu ke-10 sangat stress. Terima kasih kepada Vaganzers dan Media Hiburan. Program ini memang sangat happpening.
“Kami juga dapat berjumpa dengan Korrie, Shy8 dan Krisya. Terima kasih kerana libatkan kami. Kalau ada lagi, jemputlah nanti,” katanya.
Menurut salah seorang Vaganzers, Roslan Mohd Khairon atau lebih mesra dengan panggilan Angah Banting, program ini disifatkan sebagai antara usaha Astro dalam menghargai sokongan padu peminat selama ini.
“Program pada malam ini berjalan dengan lancar dan sangat bermakna. Kami rasa sangat puas bila dapat meluangkan masa dan berkaraoke sepuasnya bersama bintang-bintang GV12 ini.
“Kami pun tak sangka dapat jumpa dan meluangkan masa sedekat ini dengan mereka. Hubungan erat sesama Vaganzers yang menjadikan acara hari ini sukses.
“Saya juga tak sangka dapat menang kategori Vaganzerz Paling Havoc Lelaki. Walaupun ramai pesaing daripada team-team lain, rezeki memihak kepada saya,” katanya.
Sementara itu, Faiz Sarudin yang baru pertama kali menyertai Vaganzers tahun ini menganggap Vaganzers Karok Vaganza sebagai platform terbaik untuk mencipta kenangan indah bersama bintang GV12.
“Terima kasih kepada Vaganzers kerana telah menganjurkan program bersama bintang-bintang GV12. Malah, kami dapat menyanyi bersama dengan artis-artis ini.
“Ini tahun pertama saya menyertai Vaganzers. Tak sangka pula mereka punyai pelbagai aktiviti-aktiviti yang best. Tak rugi kalau join Vaganzers ini.
“Kita dapat peluang untuk dekat dengan artis pilihan kita. Ia secara tidak langsung memberikan 1001 kenangan indah buat kami,” akhirinya.
Pada acara ini, setiap Vaganzers dibahagikan kepada enam kumpulan dan mereka perlu bersaing dalam kategori duet serta cabaran Pass The Mic bagi merebut hadiah yang ditawarkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Hong Kong, Toby Chan, membuat keputusan drastik dalam hidupnya apabila berpindah dari rumah mewah yang pernah dikongsi bersama bekas teman lelaki kepada sebuah flat sederhana selepas berakhirnya hubungan cinta selama hampir lapan tahun.
Menurut laporan The Standard HK, Toby, 38, telah berpindah dari sebuah rumah mewah di Kau To Shan yang sebelum ini menjadi pusat tumpuan khalayak, dan kini menetap di sebuah flat berkeluasan 500 kaki persegi di Wong Tai Sin.
Walaupun kecil, rumah flat tersebut telah dibelinya pada tahun 2020 bukanlah murah sebaliknya dibeli pada harga yang cukup mahal iaitu sekitar HK$9 juta (RM4.6 juta).
Perubahan ini berlaku selepas bekas ratu cantik itu mengakhiri hubungan cinta dengan usahawan kosmetik, Benny Yeung, sekitar tiga bulan lalu kerana perbezaan nilai hidup.
Perpindahan ke kediaman yang lebih kecil ini dilihat sebagai simbol transformasi hidup lebih berdikari dan sederhana bagi pelakon popular ini.
Toby juga dikatakan kini mengurus sendiri urusan harian termasuk memandu sendiri tanpa bergantung kepada pemandu peribadi serta lebih berjimat dalam perbelanjaan harian.
Beliau turut menafikan khabar angin yang mengaitkan dirinya dengan hos televisyen Charles Teng, menegaskan bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar persahabatan profesional.
Sebagai seorang pelakon TV dan filem, wanita berusia 38 tahun ini muncul dalam beberapa drama serta filem popular. Antara hasil lakonannya termasuk “G Storm” (2021), “Prison Flowers” (2023) dan “PTU 2019” (2019).
Walaupun hubungan itu berakhir, Toby dilihat masih aktif dan ceria dalam penampilan umum dan memberi tumpuan penuh kepada kerjaya seni yang telah dibinanya sejak menjuarai pertandingan ratu cantik lebih 16 tahun lalu.
Imbas kembali, pemilik nama penuh Toby Chan Ting Yan ini merupakan pemenang gelaran Miss Hong Kong 2010 dan kemudiannya mewakili negaranya ke Miss Chinese International 2010 sekaligus berjaya berada di kedudukan top 6.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Iman Troye, mengakui dia lebih selesa untuk membeli sendiri persalinan yang ingin digayakan, termasuk ketika menjelang musim perayaan.
Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur...