Pelakon terkenal, Siti Saleha Mohd Baharum, kini melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya apabila selamat menimang cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Joshua Fitton.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Siti Saleha menerusi satu hantaran di Instagram (IG), memaparkan video pendek memperkenalkan bayi lelaki mereka yang diberi nama Indra.
Dalam kapsyen ringkas tetapi penuh makna, pelakon itu menulis, “Hello, nama saya Indra”, sekali gus mencuri perhatian peminat dan rakan artis yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah pada ruangan komen.
Dalam video tersebut dapat dilihat Indra tampil aktif bergerak dalam persalinan jumpsuit corak belang hitam putih.
Bagaimanapun, pelakon siri popular 7 Hari Mencintaiku itu memilih untuk tidak mendedahkan wajah anaknya secara penuh kepada umum buat masa ini, selain turut tidak berkongsi tarikh sebenar kelahiran bayi berkenaan.
Untuk rekod, Siti Saleha mendirikan rumah tangga dengan usahawan dan pereka fesyen, Joshua Fitton pada 15 Februari 2025 dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.
Pasangan ini kemudiannya mengumumkan berita kehamilan anak lelaki mereka pada Julai tahun yang sama.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Zizan Nin tidak terkesan dengan sebarang kritikan dan tomahan segelintir pihak yang dikatakan terkejut dengan penampilan terkininya selepas muncul di sebuah program audio siar, baru-baru ini.
Menurut Zizan atau nama sebenarnya, Azizan Nin, penampilannya itu sejajar dengan usia dan tiada apa yang perlu dipertikaikan.
Namun begitu, dia mengakui terkilan apabila orang ramai lebih memberikan tumpuan terhadap fizikalnya berbanding input yang disampaikan.
“Ramai kutuk dan memperlekehkan imej berbanding info yang saya kongsikan dalam podcast.
“Respond saya begini, I age gracefully. Sejajar dengan usia,” tulisnya.
Respon tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Tanda Putera itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi Thread.
Kongsi Zizan lagi, dia kini lebih mengutamakan kesihatan yang baik berbanding hal-hal lain.
“Kita semakin meningkat usia. Bukan selamanya muda.
“Semoga terus sihat dipanjangkan usia dan jadi warganegara yang berguna,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Zizan agar mengabaikan komen-komen negatif selain turut menzahirkan rasa rindu untuk melihat pelakon tersebut kembali ke kaca tv.
Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan netizen;
“Jalan terus bro. Jangan layan komen negatif haprak ni.”
“Jangan risau la abang. Setidaknya awak dah rasa prime time. Masa tu memang handsome betul. Sekarang bagilah orang baru nak up.”
“Abang tetap handsome dulu, kini dan selamanya. Sekarang nampak macam hero kollywood.”
Baru-baru ini, Zizan muncul di sebuah program audio siar bagi berkongsi pengalaman dan reaksinya terhadap isu semasa melibatkan industri seni tanah air.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Thread Zizan Nin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ben Amir akhirnya merungkai teka-teki yang menjadi perbualan netizen sejak kebelakangan ini apabila mengesahkan dirinya telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hati, Liana Alara.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ben menerusi sebuah hantaran di Instagram pada petang Sabtu.
Bagaimanapun, pelakon filem Gantung: Musketeer Code ini tidak memperincikan secara jelas tarikh sebenar majlis pernikahan tersebut berlangsung.
“Alhamdulilah, dengan izin Allah kami telah disatukan pada December 2025,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Ben turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa dan ucapan baik buat dirinya dan isteri.
“Dengan rendah hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan ucapan baik semua,” kongsinya lagi.
Menerusi hantaran tersebut, Ben turut berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan dirinya bersama isteri ketika majlis pernikahan berlangsung di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan agar rumah tangga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Sekadar informasi, Liana Alara merupakan wanita asal Filipina yang difahamkan telah memeluk agama Islam pada November lalu.
Terdahulu, nama Ben dan Liana menjadi tumpuan ramai sejak beberapa hari lalu selepas mereka berkongsi foto-foto mengenakan persalinan sedondon berwarna putih.
Pelakon terkenal Hollywood, Evangeline Lilly, mendedahkan dirinya mengalami kecederaan otak selepas terlibat dalam satu insiden jatuh yang berlaku di Hawaii pada Mei tahun lalu.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh bintang filem Marvel, Ant Man itu menerusi satu hantaran di Instagram awal Januari lalu, apabila keputusan imbasan otak terbaharunya menunjukkan hampir keseluruhan fungsi otaknya kini berada pada tahap keupayaan yang menurun.
Menurut pelakon berusia 46 tahun itu, insiden berkenaan berlaku ketika dia berada di sebuah pantai di Hawaii sebelum tiba-tiba pengsan lalu terjatuh dengan muka terlebih dahulu ke atas bongkah batu, menyebabkan dia mengalami gegaran otak yang serius.
“Saya melangkah masuk ke tahun baharu ini, tahun Kuda, dengan satu berita buruk mengenai kecederaan gegaran otak yang saya alami,” ucapnya
Lilly turut memaklumkan bahawa hasil pemeriksaan mendapati hampir setiap bahagian otaknya kini berfungsi pada kapasiti yang lebih rendah berbanding keadaan normal, sekali gus mengesahkan tahap kecederaan yang dialaminya adalah serius.
Sebelumi ini beliau menyangka perubahan fizikal dan kognitif yang dialaminya berpunca daripada faktor hormon atau perimenopaus.
Walaupun berdepan diagnosis yang mencabar, pelakon yang turut dikenali menerusi siri televisyen Lost itu menyifatkan pendedahan tersebut sebagai satu bentuk kelegaan kerana akhirnya mendapat penjelasan perubatan yang jelas terhadap keadaannya.
Katanya, langkah seterusnya adalah bekerjasama rapat dengan pasukan perubatan bagi memahami tahap pemulihan yang mungkin dicapai, walaupun menyedari proses berkenaan memerlukan masa dan usaha yang panjang.
Dalam perkongsian sama, Lilly turut menyatakan kecederaan tersebut memaksanya memperlahankan rentak kehidupan, sekali gus memberi ruang untuk berehat dan menilai semula keutamaan hidup, sesuatu yang jarang dinikmati sepanjang kerjaya seninya.
Untuk rekod, Lilly sebelum ini pernah mendedahkan mempunyai sejarah pengsan sejak usia muda, namun sehingga kini punca sebenar keadaan itu masih belum dikenal pasti sepenuhnya oleh pihak perubatan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Barisan pempengaruh media sosial seperti Syafiqah Melvin, Alana Dunsmore, Abbas Mahmood, Muhammad Irsyad Tarudin, Nadia Azlan, Kah Pei dan Nurin Alisa antara yang hadir...