Tahniah diucapkan kepada aktres Siti Saleha yang telah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Joshua Fitton pada Sabtu.
Serba Putih
Sedondon mengenakan persalinan dalam rona putih, momen indah Siti Saleha dan suaminya yang juga pereka fesyen itu dikongsikan pendadan rambut, Yusof Ruzaimi di Instagram.
Majlis raja sehari itu dilangsungkan di Enderong Resort, Janda Baik, Pahang itu diraikan penuh meriah oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat.
Ads
Ads
Terdahulu Siti Saleha mengakui sedang menjalin cinta dengan seorang jejaka berdarah kacukan yang dikenali sebagai Joshua Fitton.
Ads
Untuk rekod, Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Lutfi Azhar namun bercerai pada 17 Januari 2022 di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan personaliti kecergasan, Zawen Anwar kini memberi tumpuan kepada kerjayanya sebagai pengurus pemasaran di sebuah syarikat.
Menurut Zawen, dia bagaimanapun masih terbuka untuk menerima tawaran dalam bidang pengacaraan selepas ini.
Sebelum ini, Juara Hero Remaja 2004 pernah mencuba bidang lakonan, namun berpendapat ia tidak sesuai dengan dirinya.
Walaupun kini lebih fokus pada kerjaya hakiki, Zawen tetap aktif dalam bidang kecergasan selain komited membantu keluarga di restoran sejak beberapa tahun lalu.
“Selepas tamat Hero Remaja, saya pernah cuba berlakon tetapi merasakan ia tidak sesuai untuk saya.
“Namun, saya aktif mengacara selain terlibat dalam hal berkaitan dengan senaman dan kecergasan sehingga ke hari ini.
“Pada masa sama, saya beri fokus kerjaya sebagai pengurus pemasaran, aktif dalam aktiviti kickboxing dan muay thai serta memperoleh tauliah sebagai jurulatih.
“Pada waktu malam dan setiap kali ada masa senggang, saya membantu keluarga di restoran,” katanya.
Zawen berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Preview Berbuka Puasa Sinar Ramadan 2025 di Restoran I-Dahlia Corner, Jalan Persiaran Stonor, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Zawen akui sudah terbiasa meluangkan masa membantu ibu mertuanya, Dahlia Aliruddin, dalam menguruskan restoran keluarga.
“Walaupun sibuk, saya akan pastikan dapat sisi masa membantu ibu mertua di restoran. Setiap hari, kita dapat jumpa ramai orang yang datang singgah menjamu selera,” katanya.
Sebagai individu yang gemar berinteraksi dengan orang ramai, Zawen menganggap membantu di restoran bukan sekadar kerja sambilan tetapi juga peluang untuk berkenalan dengan pelanggan dan mencipta suasana mesra.
Sementara itu, pemilik Restoran I-Dahlia Corner, Dahlia Aliruddin, berkongsi keistimewaan bufet Ramadan yang ditawarkan sepanjang bulan puasa ini.
Restoran yang berkonsepkan taman bunga ini menyediakan sehingga 50 menu tradisional setiap hari, termasuk hidangan istimewa seperti Sup Tulang Meletops, Rendang Minang Dahlia Meletops dan Masak Lemak Siput Sedut Meletops bermula dari 2 Mac hingga 29 Mac depan.
“Rempah ratus yang digunakan terdiri daripada bahan-bahan segar seperti serai, kunyit hidup, lengkuas, halia dan banyak lagi.
“Saya memastikan setiap bahan mentah memenuhi standard kualiti yang ditetapkan. Malah harga yang kami tawarkan juga mesra pelanggan,” katanya yang turut menggalakkan tempahan awal bagi memastikan kelancaran tempat duduk.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siti Nurhaliza, ikon muzik Malaysia yang tidak asing lagi, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila kelihatan semakin ramping dan bertenaga.
Penampilannya yang menawan dan fit menjadi buah mulut peminat dan media sosial. Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsia di sebalik perubahan fizikal yang menakjubkan ini?
Senaman ‘rahsia’ tersebut adalah senaman Muay Thai. Tokti yang gemar melakukan senaman Muay Thai, menjadikan senaman ini sebagai salah satu rutin latihannya untuk mengekalkan badan yang sihat dan fit sehingga kini.
Selain daripada melakukan Muay Thai, TokTi juga gemar melakukan senaman HIIT (High Intensity Interval Training) yang melibatkan latihan berat seperti rope slam dan dumbells.
Senaman Muay Thai ini perlu dilakukan sebanyak dua kali seminggu, selama satu jam untuk menikmati kebaikan daripadanya. Semoga bermanfaat!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari REMAJA.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong, menafikan dakwaan adiknya itu sudah pun berkahwin dengan individu dikenali sebagai DJ Kidd.
Menurut Shikin atau nama sebenarnya Siti Nur ‘Ashikin, berita yang tersebar itu tidak benar, malah dia sendiri tidak tahu dari mana sumbernya.
“Benda itu memang tak benar langsung sebab kita adik-beradik kalau apapun, kalau dia berkenalan dengan orang yang baru sekalipun, benda pertama dia akan kongsi dengan kami sebab kita memang sangat rapat antara satu sama lain.
“Kalau ada masalah dia akan kongsi, terutamanya mengenai hari yang bahagia. Kalau hari bahagia, mestilah dia akan sampaikan dekat keluarga dulu minta pendapat,” katanya.
Shikin berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Karnival Warisan @ Saloma di Kuala Lumpur, petik Harian Metro.
Shikin pada masa sama menegaskan, Emma pasti akan meminta restu ibu bapa dan memaklumkan kepada abang mereka, Bakri, sekiranya benar-benar ingin berkahwin.
“Jadi itulah, sebab bila dengar gosip macam ini memang agak terkejut juga sebab memang tiada pun,” katanya.
Mengenai kenyataan DJ Kidd yang memanggil Emma sebagai isterinya, Shikin menjelaskan bahawa dia tidak tahu perkara sebenar.
“Biasalah, orang kadang-kadang kawan pun semua boleh cakap begitu tapi buktinya di mana? Kadang-kadang orang berkawan.
“Tak tahulah dia jangka macam mana, tapi macam manapun rasanya untuk kata bukti, tak ada. Semestinya saya akan tanya dia apabila ada perkara begini.
“Dia kata memang tak betul, memang tak ada, hanya gosip sahaja. Pada awalnya berita yang macam sebelum ini, memang kita tahu dia berkawan,” jelasnya lagi.
Menurut Shikin, setakat ini dia tidak mendengar sebarang berita mengenai Emma menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.
“Jadi persiapan (kahwin) atau apa memang tak ada. Bila dah ada dan dia bawa jumpa keluarga, barulah saya boleh sahkan.
“Buka sahaja Instagram akan keluar. Tapi apa yang saya boleh cakap sekarang, agak terkejut juga. Mungkin itu video-video lama masa mereka berkawan. Tapi sekarang ini tak ada dengar pula dia berkawan atau tidak.
“Memang terkejut. Tapi tak tahulah pihak sana apa tujuannya. Tapi sebenarnya sekarang nampak Emma sibuk dengan shooting. Tak ada pula dating dan sebagainya. Tak ada pun,” katanya.
Shikin turut menambah, bapa mereka, Ismail Embong, serta abang mereka seorang yang tegas dalam hal peribadi keluarga.
“Tentulah kalau apa-apa rujuk dengan abang dulu. Dia akan panjangkan pada ayah. Ayah pun ada Facebook. Jadi kemungkinan mungkin berita gosip-gosip begitu dia tahu.
“Samalah macam abang, tak tahu apa-apa tapi kawan-kawan hantar video. Saya sendiri pun tengah berniaga, terkejut tengok video bila kawan-kawan hantar.
“Apapun saya sentiasa doa yang terbaik untuk adik-adik saya. Kalau apa-apa mereka tanya saya, saya cakap tanya diri dulu. Kamu gembira dengan pilihan kamu? Macam manapun kita doakan yang terbaik,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Shikin dan suaminya, Cat Farish, bakal terbabit dalam Karnival Warisan @ Saloma, sebuah bazar eksklusif Ramadan Raya yang akan berlangsung dari 3 hingga 28 Mac 2025 di Lanai @ MATIC, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi meluahkan rasa hairan terhadap sikap segelintir individu yang didakwa sebelum ini lantang menggesa orang ramai memboikot produk tertentu, namun kini dilihat kembali menyokong jenama yang sama.