
Penyanyi dan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya, mengakui keputusan untuknya berhijab bukanlah sesuatu yang mudah.
Tidak dinafikan dia juga berdepan dengan pelbagai cabaran untuk terus beristiqamah, termasuk ekspektasi orang lain.
Menurut Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, perjalanan ini benar-benar menguji kesabaran dan mental, lebih-lebih lagi apabila ada yang menganggap dia telah menjadi individu yang sempurna dalam agama.
“Sejak saya pakai tudung, perjalanan ini memang sangat mencabar, menguji kesabaran dan mental. Ia bukan semudah yang kita nampak seperti yang orang tunjuk di media sosial.
“Ada kalanya, kita akan terfikir kembali semula mungkin menjadi jalan yang lebih mudah. Orang gambarkan kita seperti sudah alim dan nak jadi ustazah. Padahal tidak pun.
“Kita sama sahaja seperti orang lain yang masih mencuba setiap hari untuk menjadi orang yang lebih baik dan perbaiki diri,” katanya.
Perkara itu dikongsikan oleh Syasya menerusi sebuah hantaran di TikTok.
Masih Usaha Perbaiki Diri
Tambah Syasya, memakai hijab bukan bermakna seseorang itu lebih baik daripada orang lain, sebaliknya ia adalah satu proses untuk terus belajar dan memperbaiki diri.
“Bila sudah memakai tudung, itu tidak bermaksud kita ini ‘terpaling’ bagus daripada orang lain. Saya selalu ingatkan diri saya berkali-kali untuk tidak riak.
“Semua orang ada dosanya yang tersendiri. Masih banyak lagi bahagian di dalam diri saya yang saya kena perbaiki.
“Sebagai manusia, kita tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Setiap hari adalah peluang untuk kita perbaiki diri,” ujarnya lagi.
Nasihat Buat Yang Mahu Berubah
Dalam pada itu, Syasya turut menasihati wanita yang ingin berubah ke arah yang lebih baik agar tidak terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri.
“Kepada para wanita yang sedang berjuang untuk terus istiqomah, ini sedikit peringatan buat kalian, tidak mengapa kita mulakan dengan langkah kecil.
“Jangan terlalu keras terhadap diri sendiri. Perjalanan kita semua berbeza. Tak perlu banding dengan orang lain. Slowly but surely,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok & Instagram Syasya Rizal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI