Mengalami ‘slipped disc’ lebih seminggu lalu, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, 32, tetap komited dalam bekerja walaupun dinasihatkan doktor supaya berehat sekurang-kurangnya satu bulan.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 32, mengakui pergerakannya kini terbatas dan dia perlu lebih berhati-hati agar keadaan kesihatannya tidak bertambah buruk.

Masih Teruskan Kerja

“Sepatutnya saya perlu berehat. Bagaimanapun saya memilih untuk terus bekerja. Esoknya (selepas keluar hospital) saya terus ada komitmen penggambaran, berehat sehari dan ke Singapura untuk berniaga.

“Bagi saya ini ialah tanggungjawab dan pada masa sama perlu jaga kesihatan juga. Jadi apa yang boleh saya buat ialah dengan berhati-hati bila buat kerja, jalan dengan perlahan dan makan ubat.

“Insya-Allah selepas habis berniaga di Singapura, saya akan berehat. Doktor memang marah bila tahu masih lagi terus bekerja.

Ads

“Jadi doktor ada berikan nasihat dan tip bagi pesakit slipped disc. Apa yang perlu saya lakukan ketika ini ialah dengan jalani rutin senaman dan makan ubat tertentu.

“Saya berada di hospital selama dua hari sebelum ini dan kata doktor sebenarnya galakkan saya untuk berehat sekurang-kurangnya sebulan,” katanya.

Penyanyi lagu Nakal itu ketika ditemui di karnival beli-belah Celebfest Ramadan 2025 di Suntec, Singapura, pada Sabtu.

Ads

Ayda Jebat Tetap Komited Kerja, Cerita Momen Insiden Alami ‘Slipped Disc’ – “Hanya Nak Letak Kasut Anak Di Bawah, Tiba-Tiba Bunyi ‘Pop’.” Ayda Jebat Tetap Komited Kerja, Cerita Momen Insiden Alami ‘Slipped Disc’ – “Hanya Nak Letak Kasut Anak Di Bawah, Tiba-Tiba Bunyi ‘Pop’.”Ayda Jebat Tetap Komited Kerja, Cerita Momen Insiden Alami ‘Slipped Disc’ – “Hanya Nak Letak Kasut Anak Di Bawah, Tiba-Tiba Bunyi ‘Pop’.”

Terdengar Bunyi ‘Pop’

Dalam pada itu, Ayda mengakui dia sendiri tidak pasti apa punca sebenar yang menyebabkan dia mengalami kecederaan tersebut.

“Kalau orang tanya macam mana terjadi, tak pasti apa puncanya. Ketika kejadian, saya hanya nak letakkan kasut anak di bawah, selepas itu bila nak bangun tiba-tiba bunyi ‘pop’.

Ads

“Bila insiden itu berlaku, saya menjerit kesakitan sebab ingatkan tulang patah. Saya juga tak boleh nak berdiri tegak.

“Suami saya pun terkejut tengok keadaan saya dan terus bawa ke hospital,” katanya lagi yang sukses berniaga minyak wangi dan busana Muslimah di karnival beli-belah tahunan itu.

Terdahulu pada 1 Mac lalu, Ayda memaklumkan dia telah menerima rawatan di sebuah pusat perubatan selepas mengalami slipped disc ringan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI