Pelakon Indonesia kelahiran Malaysia, Miller Khan, 38, mendedahkan dia dan isterinya, Farina Rebecca, 34, kini dalam usaha mendapatkan zuriat menerusi rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Menurut Miller atau nama sebenarnya, Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan, keputusan untuk menjalani rawatan tersebut dibuat setelah saling berbincang dengan isteri dan ahli keluarga yang lain.

“Kami sudah berkahwin selama tiga tahun tetapi belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Jadi kami merancang untuk lakukan IVF.

Doakan semuanya berjalan lancar. Ini percubaan kali pertama kami dan prosedur itu akan dilakukan di Jakarta, Indonesia,” katanya kepada MH.

Pelakon sinetron Takdir Cinta Yang Kupilih itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Larrie di Hyatt Centric KL, pada Rabu.

Ads

Pada majlis itu, Miller turut diumumkan sebagai duta bagi jenama sepatu terkenal itu bagi pasaran Malaysia dan Indonesia.

Miller Khan & Isteri Pilih Rawatan IVF Setelah 3 Tahun Berkahwin – “Kami Bukanlah Pasangan Yang Muda Lagi.” Miller Khan & Isteri Pilih Rawatan IVF Setelah 3 Tahun Berkahwin – “Kami Bukanlah Pasangan Yang Muda Lagi.” Miller Khan & Isteri Pilih Rawatan IVF Setelah 3 Tahun Berkahwin – “Kami Bukanlah Pasangan Yang Muda Lagi.”

Faktor Umur Antara Sebab

Ditanya mengenai keputusan untuk menjalani IVF meskipun usia perkahwinan baru mencecah tiga tahun, Miller mengakui faktor usia menjadi antara sebab mereka mengambil langkah tersebut.

Ads

“Bagi saya, kami bukanlah pasangan yang muda lagi. Malah, sebelum buat keputusan ini, kami sudah berbincang secara serius dan kita berdua saling sepakat.

“Kami juga turut berkongsi dan meminta pandangan mengenai perkara ini dengan ahli keluarga masing-masing.

“Mudah-mudahan ada rezeki untuk kelahiran yang pertama ini. Buat masa ini, ia masih pada fasa awal dan sedang mendapatkan khidmat nasihat,” jelasnya lagi.

Ads

Untuk rekod, Miller mendirikan rumah tangga bersama Farina, yang juga seorang pereka fesyen, pada 10 November 2021.

Majlis ijabkabul pasangan itu diadakan secara tertutup di Bali, Indonesia dengan dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI