Diva Indonesia, Krisdayanti menafikan dakwaan dirinya cuba tampil lebih menonjol atau ‘overshadow’ penyanyi, Liza Aziz menerusi tugasan duet di Gegar Vaganza 11 Akhir, (GV11) baru-baru ini.
Menurutnya, ia berlaku mungkin kerana salah faham perbualannya bersama juri, Datuk Ramli MS, berkaitan ‘key’ lagu yang telah diturunkan.
“Begitulah media sosial, mereka mempunyai akses untuk meluahkan kemarahan, kesedihan, dan kebahagiaan dengan sangat terbuka. Sebenarnya ada kisah yang lebih unik.
“Sebenarnya, Datuk Ramli tersilap dengar. Dia ingatkan saya minta naikkan satu key, padahal saya minta satu key diturunkan. Lagu itu mempunyai nada tinggi.
“Bila setiap kali buat persembahan secara langsung, saya dan Melly Goeslow akan minta key diturunkan. Seperti kita tahu, Liza Aziz sudah biasa menyanyikan nada tinggi.
“Jadi, bukan sesuatu yang sulit buat dia,” katanya kepada MH ketika ditemui di sidang media Konsert Nostalgia Cinta Krisdayanti di St. Giles Boulevard Hotel, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Ads
Hargai Setiap Komen Netizen
Krisdayanti bagaimanapun tidak berkecil hati dengan komen netizen mengenai perkara itu.
“Saya menghargai setiap komen yang diberikan. Pada saya, setiap lagu mempunyai kenangan dan kekuatan yang tersendiri.
“Pada malam tersebut, Liza memang layak menjadi juara. Saya rasa isu overshadow itu bukan satu masalah. Yang penting, saya telah mendampingi sang juara,” kongsinya lagi.
Ditanya pengalamannya berduet dengan Liza, Krisdayanti menyifatkannya ia sebagai satu penghormatan terbesar.
Ads
“Saya sangat senang bila dapat berduet dengan Liza. Malah bila saya tahu GV11 mempunyai jumlah penonton seramai 12 juta dan miliki rating tertinggi, ia satu penghormatan juga. Momen itu sangat istimewa,” ujarnya.
Rindu Beraksi di Pentas Malaysia
Sementara itu, Krisdayanti turut menyatakan keterujaannya untuk kembali mengadakan konsert solo di Malaysia selepas hampir lima tahun memberi fokus kepada karier politik.
Ads
“Saya memang rindu untuk menjayakan konsert di Malaysia. Sejak lima tahun lalu, walaupun tiada larangan mengadakan konsert, namun kerja-kerja sebagai ahli politik harus diutamakan.
“Kalau saya ingin mengadakan konsert, tak mungkin latihannya hanya satu atau dua kali sahaja. Mereka tahu hal ini akan mengganggu waktu yang seharusnya digunakan untuk negeri dan rakyat.
“Malaysia dekat dengan saya. Sejak awal 2000 hingga 2010, masyarakat dan industri di Malaysia sentiasa membuka peluang buat saya datang ke sini.
“Satu hal yang tidak boleh kita mungkiri, tautan mesra antara Malaysia dan Indonesia adalah kerana muzik,” akhirinya.
Konsert Nostalgia Cinta Krisdayanti bakal berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur, pada 22 Jun ini.
Tiket mula dijual pada 23 Februari, dan lima pembeli terawal akan menerima album eksklusif Krisdayanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dia baru sahaja menghadiahkan kedua ibunya itu sebuah rumah baru.
Menurut Ayda, dia berasa sangat bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doanya itu sebelum dia melangkah ke alam perkahwinan.
“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya bagitau Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin.
“Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ni ya Allah.
“Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malahan banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insyaallah,” luahnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Pencuri Hati itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Ayda turut menyifatkan segala usaha dan kerja kerasnya selama ini hanyalah semata-mata demi membahagiakan kedua ibu bapa serta seluruh ahli keluarganya.
“Mama selalu call pesan ‘Kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.’ Ma, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya & adik-adik.
“I love you. I will always takecare of you, walaupun saya dah kahwin nanti. Always and forever,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menumpang gembira selain turut mendoakan semoga Ayda akan lebih sukses pada masa akan datang.
Baru-baru ini, Ayda baru sahaja mengumumkan bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinan bersama pengacara, Nabil Mahir.
Majlis tersebut dijadualkan bakal berlansung pada tanggal 1 Januari 2021.
Sumber: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini mengisi masa dengan meraikan ulang tahun dua permata hatinya, Aafiyah dan Afwa yang masing-masing kini genap empat dan satu tahun.
Apa yang menarik, Siti atau mesra disapa Tok Ti mendedahkan dia sengaja satukan majlis sambutan memandangkan keduanya berkongsi tarikh kelahiran yang sama, cuma tahunnya saja yang berbeza.
“Alhamdullillah, saya gabungkan sambutan hari lahir buat permata hati saya Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
“Gabungan yang sangat istimewa kerana kedua-duanya lahir pada tarikh yang sama, cuma beza 1 bulan dan tahun saja.
“Saya adakan majlis yang sederhana namun ada pihak yang turut bermurah hati dan menjadikan majlis semalam sangat meriah,” tulisnya pada ruangan kapsyan di Instagram/
Berkongsi foto-foto bermakna sepanjang sambutan, penyanyi lagu Cindai ini memilih tema yang dirasakan sesuai buat kanak-kanak seusia anak-anaknya.
“Anakanda Aafiyah memang suka bermain air (macam ayah dia, mungkin sbb bintang sama Pisces) .. Afwa pula ikut sajalahhh.
“Tema ibu pilih sesuai untuk anak anak semua enjoy dan syukur cuaca sangat mengizinkan.. ( puas ibu berdoa.. sekali panas terik ye..),” tulisnya lagi sambil menberikan kredit kepada semua pihak terlibat.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat turut sama meninggalkan dedikasi selamat hari jadi pada ruangan komen selain menitipkan doa yang baik-baik buat Siti sekeluarga.
Imbas kembali, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan mereka bahagia harmoni dengan sepasang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Sweet Qismina akui teruja selepas akhirnya dia berkesempatan untuk menghadiri majlis konvokesyen di Segi University selepas tertangguh hampir dua tahun akibat fasa pandemik.
Menurut Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, meskipun sibuk menguruskan kerjayanya sebagai seorang selebriti, namun, dia sekali pun tidak pernah mengabaikan pelajarannya sejak di bangku sekolah rendah lagi.
“I’ve been waiting for this! Dua tahun tunggu tau sebab covid. Alhamdulillah dapat pun pakai robe ni hehe.
“Been struggling between work and study since sekolah rendah, only people around me and Allah knows betapa penatnya fizikal dan mental Sweet nak lalui fasa tu.
“Bila orang tanya how nak kerja + study full time mcm Sweet? My answer is just, if you kuat, cubalah. If tak kuat, jangan teruskan. You akan sakit,” luahnya menerusi hantaran di Instagram.
Katanya lagi, dia juga menyifatkan segala pengorbanan serta penat lelahnya selama ini telah pun membuahkan hasil.
Malah, pelakon drama, Bidadari Salju ini turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang merasakan dirinya tidak mempunyai zaman kanak-kanak yang menyeronokkan dek kerana jadual kerja yang padat.
“Sweet sebenarnya suka sangattttt lalui fasa belajar sambil kerja. Fasa yang mmg sweet tak akan lupakan. Zaman sekolah dulu kan, pagi pergi sekolah, habis sekolah shooting, habis shooting malam tuition, exam pagi, petang shoot sampai Subuh, lari pergi sekolah for next paper.
“Masuk University pun sama. Class 8am-6pm, lari pergi shoot sampai 4am, 8am masuk kelas balik. Tapi sebab sweet nak. I want to grab both because I know that I can. Mama selalu pesan “if you nak berlakon you kena study. So which one?”
“So sakit macam mana pun i will study sbb I nak! Haha degil kan saya lepas tu kurus 10kg. Ada yang cakap I have no childhood memories, I had no fun time. Siapa kata? My childhood memories were the best! Experience yang mahal.
“Rasa puas sangat! I pushed myself for 14 years to put an end in my study life. All thanks to Mama,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Sweet juga mengakui dirinya pernah terdetik untuk berputus asa dalam pelajaran, namun, semangat yang tidak berbelah daripada orang sekeliling menjadi dirinya lebih kuat.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Sweet.
Menerusi entri berasingan, Sweet juga turut berkongsi foto-fotonya sewaktu menghadiri majlis konvokesyen tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Sweet Qismina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...