Khabar duka menyelubungi penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti, apabila pengurus kerjayanya, Selby Anwar, meninggal dunia pada Isnin, 3 Februari 2025.
Seperti diketahui umum, Selby telah berkhidmat dengan penyanyi tersebut sejak tahun 1993 lagi sejurus dia memenangi pertandingan Asia Bagus mewakili Indonesia pada tahun 1992.
Dari permulaan album pertamanya sehinggalah digelar Diva Indonesia, Selby sentiasa berada di sisinya untuk setiap pencapaian manis dan jatuh bangun kerjayanya.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Kisdayanti berkongsi rasa tentang kehilangannya dan memuat naik beberapa foto kenangan terakhir.
Sumber foto: Instagram KrisdayantiSelby bersama Krisdayanti ketika hidup.
“Terima kasih untuk bersama dari langkah pertama kita kak, 1993. Hingga sekarang melepaskanmu dan akan terus terpatri kerana hati dan kerja baikmu selamanya.
Ads
“I love you, damai di syurga ya,” tulis ibu kepada empat cahaya mata itu.
Dalam gambar yang dimuat naik bersama kapsyen tersebut, dapat dilihat Krisdayanti mengenakan pakaian serba hitam mengiringi jenazah pengurusnya itu ke rumah duka sehinggalah ke tanah perkuburan untuk disemadikan.
Jenazah Selby Anwar telah selamat disemadikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Pondok Benda, Pamulang, Tangerang Selatan.
Ads
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Ads
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kematian bintang utama drama bersiri popular Glee, Naya Rivera, pada 2020 cukup menyayat hati apabila dia lemas ketIka beriadah bersama anak tungGalnya, Josey Hollis Dorsey.
Sehingga kini tiada siapa tahu apa yang berlaku di atas bot kecil yang mereka naiki sehinggalah dalam satu wawancara eksklusif, bekas suami Naya, Ryan Dorsey, mendedahkan detik-detik terakhir Josey bersama ibunya.
“Josey beritahu saya, kata-kata terakhir ibunya adalah namanya sendiri sebelum dia tenggelam dan tidak kelihatan lagi,” luah Ryan.
Menurutnya lagi insiden itu meninggalkan kesan mendalam kepada Josey. Ryan turut berkongsi bagaimana anaknya kerap mengulang cerita tentang tali penyelamat yang tidak sempat digunakan kerana terdapat seekor labah-labah di atasnya.
“Saya selalu yakinkan dia bahawa tali itu pun tak cukup panjang untuk selamatkan mama,’” kata Ryan dengan nada sebak.
Sejak kejadian itu, Ryan mengambil alih tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada Josey. Demi kehidupan yang lebih stabil, mereka berpindah dari Los Angeles ke West Virginia, jauh dari sorotan dunia hiburan.
“Bukan mudah untuk bangun setiap hari tanpa dia (Naya). Tapi saya cuba yang terbaik untuk Josey. Saya mahu dia membesar dengan bahagia, dan saya akan pastikan dia sentiasa tahu betapa ibunya menyayanginya,” ungkap pelakon berusia 41 tahun itu
Walaupun kehidupan sebagai bapa tunggal penuh cabaran, Ryan melihat Josey sebagai cahaya dalam hidupnya. Kini, dia terus berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu sambil meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan.
Walaupun perkahwinan Ryan dan Naya berakhir dengan perceraian pada tahun 2018, hubungan mereka kekal baik demi kebahagiaan Josey. Ryan memastikan anaknya membesar dengan penuh kasih sayang dan terus mengingati ibunya.
“Setiap hari, saya pastikan dia tahu ibunya ada dalam hati kami, selamanya,” katanya lagi.
Imbas kembali, Naya Rivera lemas di Lake Piru yang terletak di Los Angeles. Pada saat kejadian itu, Josey baru sahaja berusia lima tahun. Mayat Naya ditemui lima hari selepas pencarian dilakukan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Penyanyi Aina Abdul, tidak menafikan hatinya sedikit terguris dengan kecaman yang diterima selepas persembahannya di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), baru-baru ini.
Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, kecaman tersebut seolah-olah menidakkan segala usaha yang telah dicurahkan bagi memastikan setiap persembahannya tampil berkualiti dan memberi impak kepada penonton.
“Ada sikit merajuk, tapi tidaklah keterlaluan. Saya manusia biasa, saya rasa macam apa saja yang saya sudah buat selama ini di AJL dengan memberikan persembahan berkualiti, tidak dipandang kerana mereka tidak melihat pada kualiti.
“Bagi saya, saya bercakap bagi pihak saya, bukan orang lain. Saya sedikit berkecil hati bagaimana netizen melayan saya dengan cara ini.
“Sebab saya hanya ada satu matlamat saja, saya mahu jujur dalam karya saya dan itu yang saya perlihatkan. Bukan saya menunjuk atau ‘show off’,” katanya.
Mengakui dia gemar berfikir di luar kotak, Aina menjelaskan segala yang dilakukan adalah demi mereka yang benar-benar menghargai hasil seninya.
“Saya buat untuk mereka yang hargai seni saya. Mungkin ada orang yang akan benci saya lagi selepas ini, tapi tak mengapa, saya akan teruskan berjalan.
“Selagi saya ada sokongan dari keluarga kecil saya, saya akan baik-baik saja,” tambahnya lagi.
Mengulas mengenai reaksi netizen, Aina mengakui bahawa dia memilih untuk tidak terlalu melayan komen negatif dan lebih fokus kepada perkara yang membawa kebahagiaan.
Walaupun tidak dapat lari daripada tempias kecaman, juara AJL37 ini tetap berusaha untuk kekal positif dalam menghadapi kritikan.
“Mental saya, alhamdulillah, saya dapat hadapi semua ini dengan tenang. Sejujurnya, saya tidak keluar rumah langsung selepas AJL.
“Tapi bukan sebab saya lemah atau apa, tapi saya rasa lebih baik luangkan masa bersama kucing-kucing saya.
“Itu lebih penting daripada saya nak membaca komen-komen yang negatif. Sebab benda negatif ini tetap akan sampai tenaganya pada kita, walaupun saya cuba elak, ia tetap ada yang datang melaporkan pada saya,” jelasnya.
Aina bagaimanapun memahami setiap orang bebas untuk bersuara dan dia sendiri memilih untuk kekal berpegang pada prinsip untuk terus melakukan apa yang disukainya.
“Saya mahu kekal ‘grounded’ dan buat kerja saya. Saya ada banyak benda nak buat dan saya rasa kalau saya bagi lebih masa kepada benda itu, saya takut saya merajuk sampai bila-bila,” katanya lagi.
Biarpun dikecam termasuk menjadi mangsa buli siber dan ‘face shaming’, Aina menegaskan dia tidak akan berhenti melakukan apa yang dicintainya.
“Saya tidak akan berhenti melakukan apa yang saya lakukan. Setiap kali saya buat persembahan, saya akan berikan yang terbaik, bukan nak ‘show off’ tapi itulah yang patut saya buat.
“Saya belajar dari Allahyarham Datuk Sudirman, Anita Sarawak, orang-orang lama yang berkarya di atas pentas. Saya mahu menjadi seperti mereka. Itu cara saya memperagakan jiwa dan raga saya,” katanya.
Terdahulu, ketiadaan kemenangan utama buat Aina di AJL39 telah mengundang pelbagai reaksi, termasuk segelintir netizen yang ‘bersorak’ atas kekalahannya.
Atas persembahan memukau, rezeki tetap berpihak kepadanya apabila dia diumumkan sebagai penerima trofi bagi Persembahan Terbaik AJL39 menerusi lagu Puas Sudah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Hussaini, mencuri perhatian apabila memuat naik klip pendek di TikTok pada Selasa.
Menerusi video pendek yang dikongsikan, ia seolah-olah memberi bayangan lagu raya duet bersama Nadeera Zaini bakal dilancarkan tidak lama lagi.
“Sabajap sayenkk saba,” tulis Hael ringkas disusuli dengan #raya2025.
Video tersebut memaparkan Hael dan Nadeera dalam sesi panggilan video, mencetuskan pelbagai reaksi positif daripada netizen yang teruja dengan kemungkinan kolaborasi ini.
“Sian orang single nak hello siapa?”
“Ni lagu raya untuk orang taken je kan?”
“Kenapa lagu Hael Hussaini best-best.”
“Hael Hussaini buat lagu apa pun memang meletop. Sumpah best giler. Tahniah.”
“Okay Hael dan Nadeera you menang.”
Sejak dimuat naik, klip berkenaan sudah meraih lebih 1.5 juta tontonan dengan ratusan ribu tanda suka diTikTok, membuktikan keterujaan peminat terhadap ‘teaser’ projek terbaharu mereka.
Terdahulu, lagu Bukan Lagi Kita ciptaan Hael dan Iqie Hugh, yang turut dinyanyikan Nadeera, mencipta fenomena dan berjaya meraih tempat kedua di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...