Jenama fesyen terkenal, Rizman Ruzaini melancarkan lima koleksi secara serentak dalam meraikan ulang tahun ke 20 tahun dan sambutan Aidilfitri.

Ia tampil menerusi Rizman Ruzaini Raya 2025 Couture collection, Rizman Ruzaini 20th Anniversary Raya 2025 RTW Capsule collection, Rizman Ruzaini Red Raya 2025 RTW collection, Empress, the RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 collection dan RR by Rizman Ruzaini Basic Raya 2025 collection.

Hadiah Buat RR Royalties

Memilih Ramadan dan Syawal sebagai detik terbaik ‘memberi kembali’ hadiah istimewa kepada RR Royalties menerusi rekaan baju Raya, Menariknya, rekaan busana setiap lima koleksi ini adalah imbasan seleksi terdahulu yang pernah menjadi fenomena kepada jenama ini.

Berbeza daripada tahun sebelumnya, tahun ini juga menjanjikan kelainan apabila tiada selebriti yang dilantik sebagai muse dalam menggayakan rekaan mereka.

Rizman juga yakin sudah sampai masanya untuk pelanggan setia menyokong kewujudan mereka sejak dua dekad lalu diberikan peluang untuk berada di barisan hadapan.

”Bagi saya tempoh 20 tahun itu sendiri sudah menggambarkan kemampuan jenama ini untuk bersaing dalam liga tersendiri.

Ads

”Mengapa kami muncul dengan keputusan ini, bagi saya rakan artis adalah antara faktor Rizman Ruzaini berada pada tahap ini, jelasnya kami tidak akan sesekali melupakan rakan-rakan artis yang sentiasa memberi sokongan atas kerja keras kami.

”Cuma kali ini kami ingin menghargai RR Royalties, yang juga pelanggan Rizman Ruzaini. Perlu diingatkan pelanggan kami hadir dari pelbagai latar belakang, dan setiap dari mereka ini adalah penyumbang setiap keputusan di Rizman Ruzaini,”katanya.

Lancar 5 Raya Koleksi Serentak, Rai Perjalanan Gemilang 20 Tahun!Lancar 5 Raya Koleksi Serentak, Rai Perjalanan Gemilang 20 Tahun!

Keistimewaan Tiap Rekaan

Berkongsi keistimewaan setiap koleksi ini, jelas Rizman bagi Rizman Ruzaini Raya 2025 Couture Collection apa yang cuba ditampilkan dalam rekaan ini adalah sentuhan rekaan yang menggambarkan warisan budaya Malaysia.

Ads

Memilih Yang Mulia Tengku Shaheera Tengku Abdullah sebagai muse utama, jelasnya perincian mewah sentuhan ini juga turut menggambarkan pemahaman yang halus tentang sejarah dan perkembangan dunia fesyen.

Sementara itu dalam mengimbau kembali kehadiran jenama Rizman Ruzaini sejak 20 tahun lalu, kemunculkan Rizman Ruzaini Raya 2025 Capsule Collection dilihat tepat  pada masanya.

Mengenengahkan kemballi rekaan-rekaan terdahulu Rizman Ruzaini yang menjadi kegemaran  istimewanya  kali ini setiap rekaan tersebut diberikan sentuhan baharu yang lebih segar berlandaskan citarasa masa kini.

Ads

Sementara Rizman Ruzaini Red 2025 Raya Ready to Wear Collection dilihat koleksi tepat bagi mereka yang menginginkan rekaan ekslusif pada harga yang lebih mampu milik.

Diinspirasikan dari koleksi Mustika, koleksi ini juga hanya menyediakan lapan rekaan berbeza untuk dipilih mereka yang menginginkan rekaan yang menawan dengan pilihan kain yang mewah.

RR by Rizman Ruzaini Basic Kurung Collection pula diperkenalkan lima tahun lalu dan ia sudah menjadi antara seleksi wajib dan paling digemari RR Royalties setiap kali tibanya Syawal.

Bahkan lebih 300,000 pasang terjual dalam tempoh tersebut dengan puluhan warna diperkenalkan saban tahun.

Melengkapkan koleksi tahun ini pastinya RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 Empress Collection. Berinspirasikan legasi British Raj dan pemerintahan simbolik Ratu Victoria. Koleksi ini menggabungkan kekayaan sejarah dengan kemewahan kontemporari.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI