Semalam, penyanyi Aepul Roza telah memuat naik sebuah lagu baharu yang dilihat seperti ditujukan khas buat seorang Youtuber yang telah memalukan nama negara, baru-baru ini.
Menurut Aepul, dia tidak dapat menahan dirinya untuk menuliskan lagu tersebut yang berkisarkan tindakan kurang bijak individu berkenaan.
Seperti biasa, gagal menahan diri dari menulis lagu.
Terimalah karya funny terbaru saya yang berjudul; FRENCH FRIES pic.twitter.com/d9FX40luXu
“Seperti biasa, gagal menahan diri dari menulis lagu.
“Terimalah karya funny terbaru saya yang berjudul; FRENCH FRIES,” tulisnya.
Video tersebut dikongsikan oleh vokalis kumpulan Drama Band itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi X.
Ads
Meskipun tidak menyebutkan nama mana-mana pihak, namun, ramai yang merasakan lagu ini ditujukan buat Youtuber Ammar Nazhan yang sebelum ini didakwa telah memalsukan kehilangan seorang rakannya di
Bandung, Indonesia.
Bukan setakat itu, Ammar juga sebelum ini pernah tular gara-gara video memakan french fries.
Netizen Beri Komen Positif
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji lagu tersebut selain turut meminta Aepul untuk terus menghasilkan karya-karya berkisarkan kritikan sosial.
Ads
“So catchy kita bagi 10/10 nak lagi.
“Rugi lagu dah best tapi pasal budak ni.
“Baik Bang Aepul. Boleh masuj AJL tahun hadapan.
Ads
“Video clip lagu ni mesti ada dalam hutan.
“Aku risau takutnya si budak tu bangga ada lagu pasal dia padahal lagu ni membahan dia,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, ini bukan kali pertama Aepul menghasilkan lagu berdasarkan isu-isu viral yang berlaku di media sosial.
Antara lagu yang pernah dihasilkan Aepul adalah seperti ILU dan FYP.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Astro dengan penuh rasa penghargaan berbesar hati meraikan para penyokong yang juga peminat setia program realiti hiburan nombor satu, Gegar Vaganza, yang kini memasuki musim ke-11 penganjurannya.
Sebagai tanda terima kasih, majlis makan malam meriah telah diadakan di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, pada 31 Januari lalu, khusus untuk peminat yang digelar ‘Vaganzers.’
Majlis tersebut memberi peluang kepada para Vaganzers untuk saling bertemu sambil menikmati persembahan eksklusif daripada peserta GV11 seperti Arrora Salwa, The Lima, Fairuz Selamat, Illa Sabry dan Ning Baizura dalam suasana yang lebih mesra.
Penyanyi Arrora Salwa ketika ditemui menyifatkan sokongan yang ditunjukkan oleh kelab peminatnya ketika ini disifatkan sebagai sesuatu yang istimewa, lebih-lebih lagi setelah sekian lama dia menyepi dalam radar hiburan.
“Sebenarnya, setiap minggu adalah minggu yang ‘best’ buat saya. Saya tidak pernah ada kumpulan penyokong seperti ini. Ini adalah pengalaman pertama dan mereka sangat padu dalam memberikan sokongan.
“Sejak pertama kali terlibat dengan GV, mereka berkumpul ramai-ramai dan hantar bunga dan kek kepada saya. Mereka juga beri turut kata-kata semangat yang memberikan kekuatan untuk kita bersaing saban minggu.
“Itu yang buat saya sangat tersentuh dengan kelab peminat Arrora Salwa ini. Saya tak boleh cakap banyak. Nanti saya menangis sebab terharu,” katanya kepada MH.
Sementara itu, penyanyi Fairuz Selamat pula akui terharu dengan pengorbanan yang ditunjukkan ahli kelab peminat setiap kali dirinya berada di pentas GV11 sebelum ini.
“Saya rasa mereka lagi banyak berhabis berbanding keluarga sendiri sepanjang saya bersaing di GV11. Kebanyakan yang menyokong saya pula ialah golongan wanita dan ada di antara mereka juga sudah berkahwin.
“Saya pun tak pasti bagaimana pasangan masing-masing terbuka untuk memberikan sokongan kepada saya setiap malam Ahad. Malah ada yang sanggup berhabis masa buat saya yang bukan sesiapa ini.
“Itu yang buat saya ralat bila tersingkir, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan penghargaan yang tidak putus-putus diberikan mereka kepada saya” katanya.
Dalam pada itu, Ning Baizura tidak kisah untuk meluangkan masa bersama Vaganzers sejurus konsert tamat sebagai tanda dedikasi atas sokongan yang tidak berbelah-bahagi.
“Setiap kali habis persembahan, saya pasti akan luangkan masa untuk berinteraksi bersama peminat di media sosial sehingga jam 4 pagi. Hari esoknya selepas konsert, saya akan mula berlatih tugasan baharu macam biasa.
“Begitu juga dengan para peserta lain, masing-masing ada cara tersendiri untuk tunjukkan rasa terima kasih itu kepada peminat yang setia menyokong.
“Cuma itu cara saya. Apa pun, saya memang suka berinteraksi dengan peminat malah sejak dulu lagi.
“Bila menyertai GV11 ini, saya juga kini ada kelompok peminat baharu yang sanggup tunggu saya selepas konsert. Malah ada di antara mereka juga dapat mengeratkan silaturahim.
“Semangat mereka sangat luar biasa. Sanggup masak, cetak banting dan buat baju. Semua ini memerlukan duit, masa dan tenaga. Gegaran di GV11 ini memang lain macam,” katanya.
Terdahulu, sesi makan malam yang bermula sekitar jam 8.00 malam itu turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik selain persembahan barisan alumni GV seperti Shila Amzah, Naqiu, Lan Solo, Amelina dan Noryn Aziz.
Ahad ini, finalis akhir bakal dicabar dengan tiga tugasan iaitu persembahan secara solo, duet dan ‘battle’.
Paling dinantikan ialah pusingan duet apabila mereka bakal bergandingan dengan barisan bintang popular dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Berikut senarai lagu bersama pasangan duet masing-masing di Final GV11 ;
1. Dadali Dyrga berduet dengan Datuk Jamal Abdillah – Kekasih Awal Dan Akhir
2. Liza Aziz berduet dengan Krisdayanti – Cinta
3. Shiela Abdul berduet dengan Taufik Batisah – Aku Bersahaja
4. Ning Baizura berduet dengan Pasha Ungu – Terlanjur Cinta
5. The Lima berduet dengan Dolla – Bye Bye Bye
6. Zehra Zambri berduet dengan Jaclyn Victor – Beribu Sesalan
Jangan lupa saksikan pentas akhir GV11, bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan platform penstriman Astro Go serta sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berdepan dakwaan mengenai isu mahkamah syariah, pelakon Uqasha Senrose menuntut pihak yang menyebarkan tuduhan tak berasas mengenai perkahwinannya bersama aktor Kamal Adli, agar tampil dengan bukti yang kukuh.
Uqasha, atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, menegaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah menjejakkan kaki ke mahkamah syariah seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.
“Saya nafikan 100 peratus. Insya-Allah selagi kita boleh jaga rumah tangga ini, kita jagalah dengan sebaik-baiknya.
“Sebab bagi saya, di dalam rumah tangga bukan semua yang indah-indah. Tak kanlah saya mahu cerita kepada semua.
“Malah kalau kata saya ke mahkamah, bagi bukti. Mahkamah mana? Saya pun tak tahu mahkamah mana yang saya pergi.
“Demi Allah saya tak pernah nak pergi, menjejakkan kaki ke mahkamah syariah. Tak pernah,” katanya.
Uqasha berkata demikian ketika ditemui sejur pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Khamis.
Memilih untuk tidak mengambil pusing mengenai spekulasi yang tidak betul, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu, kini hanya mahu fokus untuk membesarkan anak mereka, Hawra Uqaira yang kini berusia 9 bulan.
Sebelum ini, nama pasangan selebriti itu menjadi bualan selepas tersebar spekulasi yang mendakwa rumah tangga mereka sedang diuji.
Uqasha dan Kamal itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.
Ramai diantara kita yang mempunyai impian untuk tampil langsing dan menawan ketika menyambut Syawal yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi.
Malah, jika lemak dibadan dapat disingkirkan. Maka pada Hari Raya tahun inj merasalah pakai busana-busana cantik yang lebih indah digayakan jika berbadan kurus.
Justeru, pelbagai cara boleh dilakukan untuk merealisasikan impian menurunkan berat badan itu. Begitu jugalah dengan rutin diet yang dikongsikan oleh pasangan penyanyi duo kembar seiras Aisha Hanim yang nekad menurunkan berat badan dengan meninggalkan terus satu tabiat ini.
Baru-baru ini pasangan kembar ini telah mendedahkan rahsia yang diamalkan mereka hingga berjaya menyingkirkan 13 Kilo lemak yang menempel di badan, hanya dengan tidak menjamah makanan ruji rakyat Malaysia iaitu nasi selama empat bulan.
Menurut pemilik nama sebenar Nooraisha Farizan dan Hanim Fariza itu, impak daripada diet yang diamalkan ini mereka berjaya menurunkan sebanyak 13 kilogram berat badan.
“Sebenarnya tak dinafikan kami mula berdiet (tidak makan nasi) dari tahun lepas sebelum penggambaran muzik video Tinggallan Cinta dan Dua Muka selama empat bulan.
“Kami nekad, kalau nak buat biarlah buat betul-betul, kalau tidak dalam skrin tu penuh muka kita.
“Orang asyik tanya bila dah kurus ni makan apa? Senang saja, jangan makan! Tapi memang ada masanya kami ‘moody’ sebabkan berlapar, sampai ada tempoh tu berminggu-minggu tak keluar rumah jumpa kawan-kawan.
“Mungkin sebab kami berdua kembar, nak buat aktiviti pun bersama. Bila berpakat tu menjadilah,” kata Aisha dan Hanim lapor portal hiburan tempatan.
Ketika disoal bagaimana mereka mampu menahan lapar sewaktu melakukan diet, jelasnya, mereka menggantikan diet nasi dengan makanan gantian. Selain itu, Aisha dan Hanim juga akui bahawa mereka sering melakukan senaman bersama-sama di rumah.
“Berat badan Hanim turun sebanyak 13 kilogram manakala Aisha dalam 9 kilogram. Menariknya sepanjang tempoh berdiet, kami saling ingat mengingati antara satu sama lain. Itu yang menyuntik motivasi sebenarnya.
“Untuk permulaan sebenarnya jaga makan. Elakkan pengambilan gula dan garam dalam makanan.
“Sebenarnya apabila berat badan naik, akan timbul pelbagai kerisauan termasuk dengan masalah kesihatan seperti kadar kolesterol. Saya pun takut… jadi kenalah kawal dan jaga,” tambahnya.
Mengulas berkenaan perkembangan terkini, Aisha Hanim dijangka bakal membuat kemununculan istimewa dengan lagu dan muzik video raya berjudul Raya Rumah Terbuka ciptaan Omar K, Hanis Rafi dan Firdaus Rahmat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.