Hasrat Marygrace untuk membanggakan ibunya bakal direalisasikan apabila namanya diumumkan sebagai juara program realiti One In A Million musim terbaharu.

Menurut Marygrace, dia juga tak pernah menyangka mampu mencapai kejayaan tersendiri, apatah lagi menewaskan para finalis lainnya.

Marygrace Mahu Guna Hadiah Duit RM500,000 Ke Jalan Kebaikan – “Bawa Ibu Tunai Umrah, Bantu Kanak-Kanak Dan Kucing.”

“Saya bersyukur kerana Allah mendengar doa-doa saya. Sebenarnya, sasaran saya di sini hanyalah untuk menimba pengalaman dan perbaiki apa yang kurang.

“Saya tak pernah terfikir untuk memenangi pertandingan ini. Pada saya, ia sesuatu yang mustahil untuk menewaskan para peserta lain seluruh Malaysia.

Ads

“Bila bergelar juara, ia seperti tiket untuk ‘happy ending’ saya. Ibu saya kini semakin tua, jadi ia menjadi tanggungjawab saya untuk menunai segala impiannya dan keluarga,” katanya kepada MH.

Penyanyi kelahiran Keningau, Sabah itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pentas akhir OIAM di Studio NTV7 pada Ahad.

Bina Rumah Selesa Buat Keluarga

Membawa pulang hadiah utama bernilai RM1 juta termasuk wang tunai RM500,000, Marygrace mahu memanfaatkan rezeki tersebut ke jalan yang baik.

Ads

Marygrace Mahu Guna Hadiah Duit RM500,000 Ke Jalan Kebaikan – “Bawa Ibu Tunai Umrah, Bantu Kanak-Kanak Dan Kucing.”

“Ya, ia jumlah yang sangat besar. Saya jadi teringat dengan impian untuk bawa ibu pergi umrah dan melancong. Saya juga mahu tubuhkan persatuan kebajikan saya sendiri.

Ads

“Saya suka kanak-kanak dan kucing. Jadi, saya nak bantu mereka yang memerlukan. Saya mahu gunakan wang ini sebaik mungkin.

“Saya juga mahu bina rumah yang lebih selesa buat keluarga,” ujarnya lagi.

Dia pada masa sama memilih untuk tidak ambil serius mengenai tanggapan segelintir pihak yang merasakan dirinya tidak layak bergelar juara program realiti berkenaan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI