
Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad mengimbau kembali momen indahnya sewaktu dia dan ibu bapa menetap di rumah kampung di Mambau, Negeri Sembilan.
Difahamkan rumah tersebut telah didiami Nabil sejak kecil sebelum berpindah selepas dia bergelar artis.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nabil turut berkongsi video ‘house tour’ rumah lamanya itu buat tatapan umum.
View this post on Instagram
Meskipun sudah agak lama ditinggalkan, keadaan rumah tersebut masih kelihatan utuh serta meninggalkan pelbagai memori.
Malah, pengacara program MeleTOP turut sempat berkongsi keadaan bilik bujangnya sewaktu sebelum bergelar artis.
Sebak Imbau Kenangan
Momen tersebut nyata menyentuh hati dan membuatkan Nabil kelihatan sebak.
Menurut bapa kepada tiga orang cahaya mata itu, meskipun pada ketika itu keluarganya tidak hidup dalam keadaan mewah, namun segalanya serba cukup buat mereka.
“House tour rumah Mambau. Tiada wifi dan netflix tapi masa tu rasa cukup sangat,” katanya.
Pada masa sama, Nabil turut berhasrat untuk menaik taraf semula rumah tersebut dan menjadikannya sebagai ‘madrasah’.
“Tentu saya rindu. Ini rumah saya sekeluarga. Best rumah lama ni. Insha-Allah kalau ada rezeki nanti, kita jadikan rumah ini sebagai ‘madrasah’.
“Jadi ladang pahala buat mak dan adik-beradiknya,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ikut sebak selain turut meluahkan rasa bangga dengan kejayaan hidup Nabil saat ini.
“Semoga niat Nabil nak jadikan rumah ini madrasah dimakbulkan.
“MasyaAllah hebatnya hambaMu ini. Rumah pusaka akan dijadikan madrasah. Pahala berpanjangan buat mak abah. Semoga termakbul doa.
“Cantik rumah kampung Nabil ni. Dulu kami selalu lalu kalau nak ke Jusco Seremban 2.
“Kalau lalu area sini, mesti ingat Nabil. Alhamdulillah dah berjaya. Jangan lupa bantu orang lain yang memerlukan,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini video tersebut telah pun meraih hampir 200,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nabil Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI