Hantaran terbaharu pelakon dan penyanyi, Bella Astillah di Instagram menarik perhatian ramai apabila dia menitipkan dedikasi istimewa kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Perkongsian tersebut dibuat susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang melepaskan dan membebaskan bekas Menteri Belia dan Sukan itu daripada semua pertuduhan yang dihadapinya.

“Alhamdulillah, tahniah YB. Hari yang besar buat seorang insan yang baik.

“Bukan semua wira memakai jubah, ada yang memakai sut dan tidak pernah berputus asa. Keadilan akhirnya ditegakkan,” tulisnya ringkas.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang turut sama mendoakan agar segala urusan Syed Saddiq dipermudahkan selepas melalui fasa mencabar sebelum ini.

Ads

Komen Rakan Selebriti Curi Tumpuan

Tidak terkecuali, beberapa rakan selebriti turut meninggalkan komen usikan mesra terhadap dua figura popular ini.

“Alhamdulillah tak sabar nak makan nasi minyak,” tulis pelakon Shaza Bae disusuli dengan emoji ‘love’

“Alhamdulillah. Date dah ada dah ni,” komen pelakon dan usahawan, Ben Ali.

Ads

Namun, komen penyampai radio Radin menjadi paling mendapat perhatian selepas meraih lebih 1,000 tanda suka.

“Ada nak kena lock apa-apa date ke?,” gurau Radin yang turut sinonim menjadi mengacara bagi majlis perkahwinan selebriti.

“Ada Nak Kena Lock Apa-Apa Date Ke?,” – Sinonim Jadi Hos Majlis Kahwin, Radin Seloroh Tanya Bella Astillah

Ads

Sementara itu, Mahkamah Rayuan pada Rabu memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan salah serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta yang dikenakan sebelum ini.

Untuk rekod, pada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman terhadap beliau atas empat pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, membuat keputusan sebulat suara membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh Syed Saddiq.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI