
Pelakon Nadia Brian meluahkan rasa terkilan terhadap sikap segelintir individu yang mengecam niat baiknya mencari pasangan hidup yang sempurna akhlak dan agamanya melalui media sosial.
Nadia menyifatkan kecaman tersebut sebagai tidak wajar, apatah lagi apabila doa yang dititipkan datang dari hati yang ikhlas.
“Cakaplah lagi, beri kecaman lagi, kutuklah lagi dan fitnahlah lagi. Tak mengapa, alhamdulillah.
“Di hari baik ini, semoga doa yang dianiaya diangkat terus oleh Allah SWT. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan oleh pelakon filem Ratu Kala Jengking melalui satu hantaran di platform Thread.
Nadia turut mempersoalkan, adakah hanya insan yang dianggap ‘sempurna’ sahaja berhak berdoa dan meminta kebaikan dalam hidup mereka.
“Baru tahu ahli-ahli syurga yang memberikan kecaman tu ahli syurga yang confirm masuk syurga.
“Dan saya baru tahu pendosa tak boleh minta doa. Yang boleh minta doa ahli-ahli syurga yang suka memberikan kecaman, fitnah, kutukan pada saya. Tak mengapa alhamdulillah,” luahnya lagi.
Netizen Tampil Beri Sokongan & Nasihat Baik
Walaupun menerima kecaman, Nadia tetap mendapat sokongan ramai netizen yang tampil memberikan kata-kata semangat.
Ramai yang menyatakan bahawa setiap manusia berhak untuk berubah dan memohon kebaikan, tanpa mengira sejarah silam. Antaranya;
“Kadang-kadang pendosa lebih banyak pahala dari yang acah-acah ahli syurga.
“Sepatutnya calon-calon ahli terpaling syurga tu bagi kata-kata semangat untuk pendosa menjadi calon ahli syurga juga, bukannya kecaman.
“Berdakwah la demi mencari syurga bersama-sama.”
“Daripada kecam, lebih baik doakan yang baik-baik.
“Dulu Zizi Kirana pun pernah kena kecam bila mintak lelaki yang baik, and look at her now?”
“You do you, sis. Just ignore all the comments. Allah SWT knows you best. No need to explain yourself.”
“Kita semua pendosa yang sentiasa ada niat nak berubah. Bagus dah tu nak cari orang yang betul untuk bimbing hidup.”
Sebelum ini, Nadia ada memuat naik satu hantaran yang mencetuskan reaksi pelbagai netizen apabila menyuarakan hasrat mencari lelaki idaman dengan ciri-ciri tertentu.
“Tiadakah lelaki yang solat, solo, berkarier, bijak, cakap lembut dan tinggi daripada saya di Malaysia,” tulisnya.
Namun, hasrat tersebut dipersoalkan sesetengah pihak yang mempertikaikan keperibadiannya, sehingga timbul kecaman tidak berasas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Thread Nadia Brian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI