Minggu kedua program realiti terbaharu, Raise The Star Malaysia (RTSMY) menyaksikan lima peserta pertama berjaya melangkah ke saingan minggu ketiga, Ahad depan.
Mereka ialah Zuana, Didie Shazry, Hariz Fahayet, Pasya dan Max Brandon, sekali gus menjadi kumpulan yang dikenali sebagai The Five untuk minggu ini.
Peserta lain yang turut mara termasuk Scha Nuril, Darling, Sharee Lopez, Keka, Khalyn dan Maria Effendi.
Rayme, Aril Elis, Melinda Dadew, Ayiena, Aliff Amya, Zury dan Faysal Saad juga berpeluang untuk terus memberikan saingan.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Erika Foo, Syaf Kahar, Bosswan dan Nishman apabila mereka diumumkan tersingkir menerusi segmen Rise or Fall selepas gagal memikat hati barisan juri.
Ads
Bosswan Tersingkir Tapi Tetap ‘Menyala’
Ads
Meski tersingkir, Bosswan tetap ‘menyala’ berjaya merangkul anugerah Gempak Star On Fire bagi minggu kedua.
RTSMY menyaksikan lima juri tetap di barisan utama penilai iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul.
Ads
Markah setiap peserta ditentukan berdasarkan 80 peratus daripada penjurian profesional dan lagi 20 peratus pula menerusi undian umum.
Penyanyi dan komposer Hael Husaini memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai hantaran yang tular di aplikasi TikTok mendakwa dia telah bertunang bersama penyanyi, Dayang Nurfaizah.
Menurut Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, selagi perkara itu bukan datang daripada dirinya sendiri, tiada apa yang perlu diperdebatkan.
“Kalau diikutkan buat masa sekarang, apa sahaja video yang keluar itu, ia bukan datang daripada saya.
“Tiada apa yang nak dikongsikan saat ini. Sebagai seorang artis, kita perlu menghormati dan tidak boleh menghalang apa sahaja kehendak peminat-peminat kita.
“Saya raikan sahaja apa yang mereka inginkan. Saya tidak ambil hati. Saya hanya fokus dengan kerjaya dan buat yang terbaik untuk mereka yang menyokong saya,” ujarnya.
Hael menambah, fokusnya kini hanyalah terhadap album baharu, Antonim Part 2 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Hael ditemui sejurus showcase Antonim Night di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya pada Sabtu.
Terdahulu sewaktu konsert berlangsung, buat pertama kalinya Hael berkongsi video teaser yang memaparkan tajuk-tajuk lagu yang bakal dimuatkan di dalam album berkenaan seperti ‘Kahwin’, ‘Peluk’ dan ‘Jari’.
Dalam pada itu, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) ini menafikan lagu-lagu tersebut sebagai ‘hint’ dia bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
“Saya hanya meraikan setiap momen indah. Saya suka bereksperimen. Sejak dahulu lagi, bagi mereka yang mengenali saya, saya ada lagu Kelentang Kelentung yang meraikan tentang kegembiraan.
“Saya ada lagu ‘Hari Ini’ yang berentak perlahan untuk hari perkahwinan. Kesemua lagu-lagu ini tidak bersifat peribadi. Ia lebih kepada saya meraikan semua acara yang ada di negara ini,” kongsinya lagi.
Turut ditanya sama ada wanita yang dipaparkan didalam video teaser tersebut ialah cinta hatinya, Hael mempunyai jawapan tersendiri.
“Itu tiada makna apa-apa. Video tersebut hanyalah sebagai ‘teaser’ untuk para peminat tahu apakah jenis-jenis lagu yang akan keluar nanti. Seperti contoh, lagu ‘Kahwin’ itu berkisarkan tentang keraian.
“Selalunya lagu-lagu perkahwinan ini agak syahdu. Namun, saya memilih pendekatan lagu yang lebih meraikan pasangan berkahwin.
“Saya nak perkahwinan itu jadi sesuatu yang menyeronokkan. Lagu ‘Peluk’ pula berkisarkan tentang hubungan jarak jauh dan terpisah lama.
“Lagu-lagu yang saya muatkan dalam Antonim Part 2 sangat menarik. Anda wajib dengar nanti,” akhirinya.
Sejak minggu lalu, tular di aplikasi Tik Tok foto yang memaparkan kononnya Dayang Nurfaizah sudah selamat bertunang dengan cinta hatinya.
Malah, rata-rata netizen menyifatkan individu tersebut ialah Hael Husaini susulan hubungan baik di antara mereka kebelakangan ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon Naim Daniel menyifatkan dakwaan berkaitan kes amang seksual terhadap remaja berusia 17 tahun sebagai berat.
Naim pada masa sama turut memaklumkan, dia belum bercadang untuk mengulas lanjut berkaitan isu ini kerana tidak mahu mengganggu proses mahkamah.
“Hari ini, saya baru sahaja didakwa untuk satu tuduhan yang berat. Saya faham semua pihak ada persoalan dan tanda tanya yang mengejutkan sesetengah pihak juga.
“Buat masa sekarang, saya belum bercadang nak mengulas panjang tentang perkara ini.
“Oleh kerana ia masih di peringkat awal dan saya tidak mahu ada sebarang campur aduk yang mungkin boleh mengganggu perbicaraan nanti,” katanya.
Penyanyi lagu Sumpah itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai prosiding di Mahkamah Sesyen Putrajaya, pada Selasa.
Naim menambah lagi, dia juga akan memberikan sepenuh kerjasama sepanjang proses perbicaraan berlangsung demi membersihkan nama.
“Buat masa sekarang saya serahkan segalanya kepada sistem keadilan. Saya juga di sini komited untuk memberikan kerjasama yang penuh bagi membersihkan nama saya.
“Saya harap dapat doa daripada semua orang. Terima kasih. katanya lagi.
Ditanya mengenai keadaan mentalnya ketika ini, Naim memaklumkan segalanya dalam keadaan baik.
“Alhamdulilah okay, saya pun tidaklah ada melatah atau apa. Cuma buat masa sekarang, memang betul-betul fokus pada perkara ini dahulu,” ujarnya.
Terdahulu, Naim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan amang seksual terhadap remaja berusia 17 tahun.
Naim juga selesai membayar ikat jamin berjumlah RM12,000 dan menyerahkan passport antarabangsanya kepada pihak mahkamah.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula pada 18 Ogos depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas hampir tiga dekad menyepi dari pentas besar, kumpulan rap legenda tanah air, 4U2C, bakal mengubati kerinduan peminat setia mereka menerusi konsert eksklusif, We 4U2C yang dijadualkan berlangsung pada 15 September 2024 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.
Konsert yang mengangkat tema Bringin’ Back Da 90’s Flava ini dijangka menggamit memori indah era 90-an iaitu zaman kemuncak 4U2C yang pernah mencetuskan fenomena dalam dunia hip-hop Malaysia.
Konsert ini bukan sahaja menjadi platform buat kemunculan semula kumpulan tersebut, malah sebagai ruang meraikan legasi mereka dalam landskap muzik tanah air.
Menurut Datuk AC Mizal, idea penganjuran konsert ini sebenarnya dicetuskan oleh isterinya, Datin Emylia Rosnaida, sebelum disambut oleh pihak Juss Event Sdn. Bhd. yang tampil sebagai penganjur rasmi.
“Konsert ini sudah menjadi salah satu impian saya dari dulu lagi, idea tercetus oleh isteri saya sendiri dan kemudian pihak Juss Event menawarkan tawaran untuk kumpulan 4U2C adakan konsert kami sendiri.
“Bagi saya itu macam impian jadi kenyataan, saya bersyukur sangat peluang ini datang pada masa yang tepat,” jelas AC.
Tambahnya lagi, mereka tidak sekadar mahu mencipta sejarah baharu tetapi tampil sebagai trendsetter, membuktikan bahawa artis tempatan masih mampu memberikan persembahan berkualiti tinggi dengan kombinasi nyanyian, tarian dan persembahan bertenaga.
“Kumpulan 4U2C adalah kumpulan pertama yang tampil berbeza dengan menyanyi sambil menari. Untuk konsert kali ini juga kami akan lakukan perkara sama,” ujarnya lagi.
Selain konsert, 4U2C turut mengumumkan pelancaran tiga single baharu tahun ini dengan sebuah lagu berentak balada dan dua lagi bersifat rancak, mengikut cita rasa muzik semasa.
“Kami mahu tunjuk sisi baharu kami buat pendengar zaman sekarang. Lagu ini juga saya harapkan boleh dinyanyikan bersama-sama peminat sewaktu 4U2C buat persembahan nanti,” kata AC.
Konsert ini juga merupakan penghargaan terhadap legasi muzik mereka, yang telah mempengaruhi generasi artis baharu.
Selain AC, kumpulan 4U2C turut dianggotai oleh Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam, yang bakal tampil dengan gubahan muzik segar dan visual moden.
Turut memperkukuh konsert ini ialah komposer terkenal, Aubrey Suwito, yang akan bertindak sebagai pengarah muzik bersama pasukan pemuzik profesional.
Bagi yang berminat, ini senarai enarai Harga Tiket Konsert We 4U2C (Tingkat Bawah); RM155 (Berpisah Jangan), RM355 (Kembalilah Fiona), RM455 (Video Games), RM505 (Kami Rappers) dan RM555 (Fiona)
Sementara RM255 (Kenangan Cinta & Persahabatan), RM355 (I Miss U), RM405 (Dusta) dan RM505 (Dynamite) pula bagi tempat duduk di tingkat atas.
Tiket mula dijual pada 30 Jun 2024 melalui Ticket Empire dan Fantopia selain kaedah embayaran juga boleh dibuat menerusi kaedah buy now, pay later seperti Atome, PayLater by Grab dan Shopee PayLater.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan semasa konsert, peminat boleh melayari laman rasmi Juss.Events di laman web dan media sosial mereka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Vokalis, Ayie Floor 88 bakal memeriahkan program istimewa iaitu ‘Walk A Town With Me’ Pahang 1st anjuran Majlis Belia Negeri Pahang.
Program komuniti berskala besar...