Baru empat bulan mendirikan rumah tangga, rumah tangga pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim bersama isteri, Siti Khalizah Alihan kini dikatakan sedang retak menanti belah.

Memetik laporan Berita Harian, Khalizah difahamkan telah pun memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, pagi tadi.

Isteri Fail Cerai, Rumah Tangga Fikry Ibrahim Berantakan?

Khalizah hadir ke dewan bicara pada jam 9.40 pagi, manakala Fikry selaku defendan belum kelihatan di mahkamah.

Perkara itu disahkan oleh peguam syarie mewakili Siti Khalizah iaitu Wan Muhammad Afiq Mohd Razib.

Ads

“Ya, tapi saya tak nampak dia (Fikry Ibrahim) lagi,” kata peguam.

Prosiding tuntutan dan permohonan perceraian dijadualkan berlangsung jam 9 pagi ini di hadapan hakim syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.

Terdahulu, Fikry dan Siti Khalizah mendirikan rumah tangga di Jitra, Kedah pada 12 Februari lalu menerusi majlis yang diadakan secara tertutup.

Ads

Isteri Fail Cerai, Rumah Tangga Fikry Ibrahim Berantakan?

Bagaimanapun, foto-foto sewaktu majlis pernikahan tersebut turut tular di media sosial.

Fikry pernah berkongsi, dia tidak berniat merahsiakan perkahwinan kerana enggan menghebahkan perkara belum pasti.

Ads

Sebelum ini, menerusi beberapa laporan media, Fikry memaklumkan kehidupannya kini lebih bahagia selepas mendirikan rumah tangga.

Katanya lagi, perkahwinan ini juga membuatkan dirinya lebih matang untuk menguruskan kehidupan berumah tangga.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Kredit Foto: Instagram Fikry Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI