
Bintang K-pop kelahiran Malaysia, Isaac Voo, yang dikenali sebagai ahli kumpulan SKYE (IN2IT) di Korea Selatan, baru-baru ini mengejutkan ramai apabila menyertai Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0) yang berlangsung di Lapang Sasar Mawilla, Markas Wilayah Laut 1.
Menyusuli jejak rakan-rakan seangkatan dalam SKYE yang telah selesai menjalani latihan ketenteraan di Korea Selatan, Isaac memilih untuk merasai pengalaman sendiri menyertai salah satu aktiviti dalam PLKN 3.0.
Isaac meluahkan rasa terharu dan teruja apabila diberi peluang menyarung pakaian celoreng dan menyertai sesi latihan menembak menggunakan Rifle M16.
“Saya gembira sangat dapat sertai PLKN 3.0 ini dan pastinya, ia jadi momen yang tak kan saya lupakan. Memang dari dulu lagi teringin nak rasa macam mana jadi askar.
“Selama ni hanya tengok kawan-kawan Korea masuk ‘military service’, kali ni saya sendiri rasa macam ‘askar Malaysia’!
“Memang tak sangka dapat peluang pakai baju seragam dan pegang senjata sebenar Rifle M16. Tapi jangan risau, saya bukan nak tukar profesion.
“Apa yang boleh saya cakap, PLKN 3.0 memang pengalaman menarik! Rugi kalau yang berpeluang tak menyertainya,“ kata Isaac.
Malah pengalaman manis itu turut dikongsikan Isaac menerusi salah satu hantarannya di Instagram yang sekaligus menjadi sorotan peminat.
‘K-Pop’ Pun Patriotik: Isaac Promosi PLKN 3.0
Sebagai salah seorang selebriti tempatan yang mempromosikan PLKN 3.0, Isaac kini memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai penyanyi K-pop, malah sebagai ikon yang mengangkat nilai patriotisme dalam kalangan anak muda.
Selain Isaac, selebriti lain yang turut serta menjayakan kempen PLKN 3.0 termasuklah Fattah Amin, Diana Danielle, Syaidatul Afifah, Amira Othman dan beberapa lagi pempengaruh media sosial.
Pengalaman unik ini bukan sekadar kenangan manis buat Isaac, malah menjadi jambatan antara dunia K-pop dan semangat patriotik Malaysia, menjadikannya antara figura muda yang semakin dekat di hati peminat tanah air.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
View this post on Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI