
Pelakon Aprena Manrose akhirnya tampil mengesahkan dia telah bercerai dengan suaminya, Mohd. Afiq Hazman, sekali gus menamatkan segala teka-teki dan spekulasi yang bertebaran sebelum ini.
Perkara tersebut dikongsikan Aprena menerusi hantaran terkininya di Instagram.
Ia juga secara langsung menjawab pertanyaan ramai pihak termasuk rakan media mengenai status rumah tangganya.
“Ramai kawan media tanya tentang status saya, ini adalah kenyataan rasmi daripada saya.
“Doakan saya mengharungi fasa yang baharu ini dengan tenang,” tulis Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman pada ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, pelakon berusia 32, ini tidak menafikan sukar untuk menerima kenyataan perpisahan tersebut, namun memilih untuk reda dengan takdir dan ketentuanNya.
“Sedih pula bila scroll gambar bersama tetapi hakikatnya kita tidak lagi bersama. Saya bukan lagi isteri kepada Mohd. Afiq.
“Kalau ada jodoh tak ke mana. Goodbye for now or maybe forever. Saya cuba, bertahan, usaha tapi saya gagal,” luahnya.
View this post on Instagram
Kata-Kata Sarat Makna
Aprena bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh dan punca sebenar perpisahan mereka.
“Tiada lagi kita. Terima kasih atas rasa yang diberi. Rasa yang luar biasa. Semoga berbahagia. Saya undur diri dulu,” tulisnya lagi.
Imbas kembali, Aprena dan Afiq telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Namun, sepanjang tempoh perkahwinan tersebut, mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI