Penyanyi Mimi Fly meluahkan keterujaannya terhadap sambutan luar biasa yang diberikan peminat menerusi Grand Final Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang Malaysia (MPL MY) Musim ke-15, yang berlangsung hujung minggu lalu di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, kehadiran penonton yang membanjiri stadium serta semangat mereka mencerminkan perkembangan pesat industri e-sukan dalam negara.

Mimi Fly Teruja Dunia E-Sukan Mendonia! – “Dulu Muzik, Sekarang Game Jadi Industri… Mereka Aset Negara.”

“Tahun lepas, saya orang yang bertanggungjawab untuk menghasilkan lagu tema untuk Mobile Legend yang berjudul Jaguh.

“Tahun ini pula, bila saya sampai ke acara MPL MY, barulah saya tahu betapa besarnya sambutan terhadap industri e-sukan ini.

Mimi Fly Teruja Dunia E-Sukan Mendonia! – “Dulu Muzik, Sekarang Game Jadi Industri… Mereka Aset Negara.”

“Saya ingin berterima kasih kepada MPL MY kerana beri saya peluang untuk bertemu dengan generasi masa kini yang kreatif, bekerja keras dan punyai minat yang mendalam,” katanya kepada MH.

Bagi Mimi, industri e-sukan perlu terus mendapat sokongan menyeluruh di semua peringkat, kerana ia bukan sekadar hobi, tetapi kini menjadi platform profesional yang menjanjikan masa depan yang stabil dan pendapatan yang kukuh.

Ads

Mimi Fly Teruja Dunia E-Sukan Mendonia! – “Dulu Muzik, Sekarang Game Jadi Industri… Mereka Aset Negara.”

“Pada saya, kita tak boleh nak melawan arus. Namun, kini sudah tiba masanya bidang-bidang yang dahulu kurang diberikan perhatian untuk menyinar.

“Kini permainan video sudah pun menjadi satu industri. Kita sudah lahirkan ramai atlet e-sukan yang hebat. Kita patut angkat mereka.

“Atlet-atlet ini merupakan aset dan kebanggaan negara. Kita kena berikan sokongan 100% agar mereka percaya yang mereka boleh banggakan negara.

Ads

“Inilah realiti dunia sekarang. Sama ada kita sama-sama seiring berikan sokongan atau melihat sahaja mereka ketinggalan,” ujarnya.

Kemenangan Bergaya SRG.OG

Pada acara yang bersejarah itu, Mimi turut mencuri perhatian penonton menerusi persembahan untuk lagu hitnya Angkat, selain turut menyanyikan lagu ikonik Standing In The Eyes Of The World bersama Wani Kayrie.

Mimi Fly Teruja Dunia E-Sukan Mendonia! – “Dulu Muzik, Sekarang Game Jadi Industri… Mereka Aset Negara.” Mimi Fly Teruja Dunia E-Sukan Mendonia! – “Dulu Muzik, Sekarang Game Jadi Industri… Mereka Aset Negara.”

Acara yang berjalan selama dua hari itu turut diserikan dengan kehadiran barisan artis popular lain seperti Aisha Retno, Isaac Voo, Bunga Isme, dan Sharul Kamal.

Ads

Mimi Fly Teruja Dunia E-Sukan Mendonia! – “Dulu Muzik, Sekarang Game Jadi Industri… Mereka Aset Negara.” Mimi Fly Teruja Dunia E-Sukan Mendonia! – “Dulu Muzik, Sekarang Game Jadi Industri… Mereka Aset Negara.”

Ia sejali gus menjadikan pentas Grand Final MPL MY sebagai satu gabungan hiburan dan e-sukan yang mantap.

Dalam aksi penentu, pasukan Selangor Red Giants (SRG.OG) menutup tirai musim ke-15 dengan kemenangan bergaya setelah menewaskan pasukan Homebois dengan skor 4-0 dalam format Best of Seven.

Mimi Fly Teruja Dunia E-Sukan Mendonia! – “Dulu Muzik, Sekarang Game Jadi Industri… Mereka Aset Negara.”

Kejayaan ini sekaligus mencatat kemenangan hatrik buat SRG.OG selepas turut menjuarai kateogri sama bagi dua musim berturut-turut sebelum ini.

Sukses yang diraih menjadi satu pencapaian luar biasa yang mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai kuasa besar e-sukan di Malaysia.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI