Selebriti Noor Neelofa mengakui pada awal, dia sekeluarga agak berat untuk menerima kenyataan bahawa ibunya iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohammed mengidap penyakit kanser payu dara.
Bagaimanapun, Neelofa tetap bersyukur apabila ia dapat didiagnos lebih awal dan prosedur rawatan dapat segera dijalankan.
“Pada mulanya, kami seperti tidak mahu menerima dan tidak boleh hadam dengan perkhabaran tersebut. Ia mengambil sedikit masa untuk kami terima semua ini.
“Namun, kami sangat bersyukur kerana dapat tahu lebih awal dan kanser itu tidak agresif. Ketika ini, sangat biasa bila orang terkena kanser.
“Prosedur rawatan pun sudah semakin banyak dan tidak seperti dahulu. Jadi banyak perkara yang kami patut bersyukur,” katanya kepada MH.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui pada pelancaran Daia 3-in-1 Softergent di IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.
Ads
Jaga Emosi Ibu
Sementara itu, Neelofa memaklum dia dan adik beradik yang lain amat menitik beratkan soal penjagaan emosi ibu ketika sedang menjalani rawatan.
“Walaupun kami ramai adik beradik, masing-masing mengambil giliran untuk menjaga ibu. Namun, ketika sakit, ibu saya tiada perangai mengada-ngada.
“Dia hanya mahu kami menjaga emosinya sahaja supaya tak stress. Dia tak mahu ada cerita atau isu-isu yang membuatkan dia terfikir-fikir. Jadi, kami sangat menjaga bab ini,” ujarnya lagi.
Ads
Dia menjawab perkara itu apabila ditanya tentang perkembangan terkini ibunya selepas berkongsi penyakit dihidapi.
Difahamkan Kartini telah selamat menjalani pembedahan dan kini masih dalam proses pemulihan.
Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz ini turut menyeru untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala agar masalah seperti ini dapat dikekang lebih awal.
Ads
“Tidak kira usia tua atau muda, buatlah pemeriksaan kesihatan secara berkala. Kalau kita tak mahu keluarkan peruntukan untuk pemeriksaan kesihatan, jika terlambat, kita akan berbelanja lebih lagi.
“Walaupun pada usia 20-an, buat sahaja pemeriksaan kesihatan,” akhirinya
Pada Februari lalu, Kartini mendedahkan dia menghidap kanser payudara tahap satu selepas melakukan ujian biopsi.
Sementara itu berkongsi tentang kerjasama dengan produk Daia, Neelofa dilantik sebagai duta kempen terbaharu jenama berkenaan.
Hos Next To Neelofa ini juga memberitahu dia telah menjadi pengguna produk berkenaan sejak dulu sehingga kini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi meningkat naik, Naim Daniel akhirnya memutuskan untuk memotong rambut kesayangannya yang difahamkan telah disimpan sejak lebih setahun yang lalu.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Naim ada berkongsi stail terbaru rambutnya yang kini dilihat tampil lebih rapi dan kemas.
Foto tersebut nyata menarik perhatian ramai selepas meraih lebih 120,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.
Rata-ratanya menganggap imej terbaru penyanyi lagu Sumpah ini persis pelakon-pelakon antarabangsa Korea Selatan.
Sebelum ini, Naim pernah berjanji bersama peminat bahawa dia akan memotong rambutnya itu sekiranya lagu terbarunya yang berjudul Purnama trending nombor satu di laman Youtube.
Naim akhirnya mengotakan janjinya itu dengan hanya memotong sebahagian kecil daripada rambutnya.
Sumber: Instagram Naim Daniel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan hari ulang tahun kelahiran pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz, isterinya yang juga hos dan usahawan terkenal, Neelofa tampil menitipkan ucapan istimewa buat lelaki yang dicintainya itu.
Neelofa menerusi Instagram menulis, suaminya itu disifatkan sebagai seorang lelaki mengagumkan yang dicintainya.
“To the wonderful man I love, Happy Birthday. May Allah سُبْحَانَهُوَتَعَالَى shower His Blessing upon you and join you together in Piety and Taqwa.
“May Allah, give us the love which He had blessed Muhammad صَلَّىٱللّٰهُعَلَيْهِوَآلِهِوَسَلَّمَ with Khadija رضياللهعنها . Amiin,” tulis bekas hos MeleTOP itu.
Layangan tersebut turut mendapat respon dari PU Riz yang mengucapkan terima kasih atas ucapan sambil turut menyatakan rasa sayang buat figura popular itu.
“Terima kasih zaujah atas ucapan dan doa yang istimewa. Semoga diberi kehidupan berkat selamatnya. Love you sayang,” tulisnya.
Ruangan komen akaun Instagram Neelofa juga dihujani ucapan daripada rakan selebriti dan peminat mereka.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Neelofa sekali lagi menulis ucapan ‘sweet’ iaitu; ‘Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupanmu sayang.’
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Hawa Ridzwana terkilan apabila ada pihak yang merendahkan-rendahkan mereka yang menyambung pengajian dalam bidang komunikasi dan seni persembahan di Institusi Pengajian Tinggi.