Penyanyi dan pelakon Alif Satar, meluahkan rasa simpati dan sedih atas tragedi yang menimpa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas membabitkan bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Dalam satu perkongsian video di Instagram, Alif menyampaikan ucapan takziah buat keluarga mangsa dan seluruh warga UPSI yang terkesan dengan insiden tragis itu.
“Kepada-Nya kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Saya baru dapat tahu tentang kes 15 pelajar UPSI yang terkorban akibat kemalangan, baru-baru ini.
“Salam takziah saya ucapkan kepada semua rakan-rakan, warga UPSI dan terutama sekali kepada ahli keluarga mangsa-mangsa yang terkorban,” katanya.
Penyanyi Cukup Indah itu turut menitipkan doa agar roh mangsa ditempatkan di kalangan insan beriman, serta keluarga mereka diberi kekuatan menghadapi ujian yang berat ini.
“Saya doakan agar anda semua diberikan ketenangan, kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi dugaan Allah SWT. Saya yakin ini satu kehilangan yang amat berat.
Ads
“Semoga Allah menempatkan mereka semua di kalangan hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh,” kongsinya lagi.
Imbau Memori Di UPSI
Apa yang lebih menyentuh hati Alif, dia pernah menjalin kerjasama dan membuat persembahan di UPSI bersama kumpulannya, Alif Satar & The Locos.
Jelas Alif, pengalaman bersama pelajar-pelajar di sana membuatkan insiden ini lebih dekat di hatinya.
Ads
“Kami pernah perform di UPSI dan pernah bekerjasama dengan pelajar-pelajar di sana.
“Kami tahu mereka sangat rapat antara satu sama lain. Semoga Allah permudahkan segalanya,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Alif turut menyeru masyarakat agar lebih berhati-hati di jalan raya demi keselamatan semua pihak.
“Jaga diri dan semoga kita semua beringat-ingat untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika berada di jalan raya. Hormati dan berbuat baik antara satu sama lain,” katanya lagi.
Ads
Untuk rekod, nahas yang berlaku awal pagi tadi itu membabitkan bas persiaran yang membawa 44 individu, termasuk 42 pelajar UPSI.
Seramai 13 mangsa disahkan maut di tempat kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Gerik. Tragedi itu meragut nyawa dan menggemparkan seluruh negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Pelakon Adam Corrie mendedahkan dia mendapat petunjuk dalam mimpi ketika terjaga semasa azan Subuh berkumandang yang seterusnya membawa kepada penghijrahan bintang berusia 52 tahun itu memeluk agama Islam, sekitar 14 tahun lalu.
Jelasnya, dia mahu kehidupan yang lebih baik dan berdoa untuk diberikan petunjuk.
“Saya masih ingat lagi, pada waktu pagi sekitar 3-4 pagi pada 13/7/2007 iaitu 14 tahun yg lalu. Ketika itu saya belum Kembali pada fitrah (belum menganut Islam).
“Saya nekad inginkan kehidupan yg lebih baik. Saya telah berdoa pada Allah; Ya Allah, sekiranya agama Islam adalah pegangan agama aku hingga mati. Berikanlah aku petujuk,” tulisnya menerusi satu perkongsian di Instagram.
Menurutnya lagi, selepas mendapat petunjuk dalam mimpi itu, dia pergi ke Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkim) untuk proses memeluk Islam.
“Saya dpt petujuk dlm mimpi dan terjaga ketika azan subuh berkumandang. Paginya saya pergi Perkim mengucapkan 2 kalimah syahadah di hadapan Ustaz Amran Abdullah pada usia saya 39 tahun.
“Alhamdulillah Allah telah berikan taufik dan hidayah kepada hambaNya yang mencari kebenaran dalam hidupnya. Semoga Allah terus kekalkan iman dan istiqamah dalam Islam dalm diri saya dan kita semua.
“Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” kongsi Adam lagi.
Hujung-hujung minggu ni, MH ada terbaca cerita mengenai seorang pelakon lelaki yang kononnya ‘menyukai’ sifat yang ada pada penyanyi terkenal Siti Nordiana.
Pelakon yang dimaksudkan itu adalah Zoey atau nama sebenarnya Hairey Azhar Abd Rahman yang terkenal dengan wajah jambu ala pelakon Korea.
Walaupun tidak pernah mengaku perasaan sebenarnya, namun ramai peminat terutamanya pengikut perkembangan kedua selebriti ini menjadi teruja apabila mereka berdua mengerjakan umrah bersama pada 6 Disember yang lalu dan hubungan mereka dikatakan semakin rapat.
Bagaimanapun memetik laporan Harian Metro baru-baru ini, Zoey sebenarnya menyifatkan penyanyi Bola-Bola Api itu hanya sekadar memiliki ciri-ciri wanita idamannya.
“Sebagai lelaki, memang akan mencari wanita yang memiliki sikap lemah lembut, penyayang, sopan santun dan bertanggungjawab pada keluarga untuk dipilih sebagai teman hidup.
“Kalau dilihat pada peribadi Nana, memang dia memiliki semua kriteria itu. Cuma, kenyataan saya tidaklah dituju pada Nana seorang tetapi secara umum buat wanita lain juga,” katanya kepada Harian Metro.
Tambahnya, dia sangat terbuka untuk bercerita soal jodoh jika ditanya namun tidak berniat untuk mencanangnya.
Baginya, setiap peminat mempunyai pandangan namun cukup sekadar setakat ini hubungan mereka hanya dianggap sebagai kawan baik, sekirannya sampai seru jodoh, mereka tidak akan berahsia.
Sebenarnya hubungan persahabatan mereka telah terjalin lama sejak zaman remaja, malah Zoey juga pernah berlakon dalam video klip nana beberapa kali. Jadi tidak hairanlah mengapa mereka berdua kelihatan rapat.
Lagi pula Nana pernah memberitahu pihak media yang dia akui tidak mempunyai ramai kawan lelaki. Jadi mungkin kerana itulah mereka kelihatan agak rapat.
Pempengaruh dan usahawan sensasi Siti Jamumall didakwa sudah bernikah di Satun, Thailand, awal bulan ini.
Menguatkan dakwaan itu, Siti Jamumall, 25, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin turut berkongsi video pendek bersama pasangannya dikenali sebagai Aiman Tak Kesah.
Siti yang juga ibu kepada dua cahaya mata bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi lanjut mengenai perkara itu.
“Terima kasih atas doa semua. Insya-Allah, saya akan berkongsi lebih lanjut dalam masa terdekat. Doakan perjalanan saya ini dipermudahkan,” katanya ringkas.
Terdahulu, Siti yang sepatutnya bernikah pada 31 Mei lalu dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinya namun majlis itu dibatalkan pada saat akhir atas faktor peribadi.
Malah, segala persiapan sudah dibuat termasuk jemputan kepada semua tetamu.
Sehingga kini, Siti mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan mengulas mengenai pembatalan majlis tersebut.
Bintang K-pop kelahiran Malaysia, Isaac Voo, yang dikenali sebagai ahli kumpulan SKYE (IN2IT) di Korea Selatan, baru-baru ini mengejutkan ramai apabila menyertai Program Latihan...