Penyanyi terkenal Indonesia, Sigit Purnomo atau Pasha Ungu meluahkan rasa marah terhadap pelakon Dimas Anggara yang didakwa telah bertindak kasar terhadap anak lelakinya, Kiesha Alvaro.

Dalam satu hantaran di Instagram semalam, Pasha secara terbuka meminta Dimas yang juga suami kepada pelakon Nadine Chandrawinata, untuk segera menemuinya bagi mendapatkan penjelasan.

“Tuan Dimas Anggara, suaminya Nadinelist, pemain sinetron atau filem atau apalah… tolong cari saya sekarang ya. Saya ada perlu. Katanya kamu gampar anak saya Kiesha barusan di lokasi syuting?” tambahnya lagi.

Anak Dikasari Pelakon Popular Di Set Penggambaran, Pasha Ungu Tuntut Penjelasan

Sementara itu dalam satu hantaran berbeza di Instagram, bekas isteri Pasha, Okie Agustina yang juga ibu kepada Kiesha, turut berkongsi insiden tersebut di media sosial dengan menyifatkannya sebagai satu perbuatan tidak profesional.

“Ini bukan sekadar gambar tapi ketidakprofesionalan seorang aktor! Gambar itu ketika sedang tidak take, masih blocking dan tidak ada dalam skrip. Tapi anak saya tak balas,” jelasnya.

Ads

Menurut Okie, dalam satu adegan yang memerlukan emosi tinggi, Kiesha mencengkam bahu Dimas sebagai sebahagian daripada lakonan, namun pelakon tersebut membalasnya dengan satu tendangan.

Anak Dikasari Pelakon Popular Di Set Penggambaran, Pasha Ungu Tuntut Penjelasan
Dimas Anggara antara pelakon prolifik Indonesia yang membintangi pelabagi filem terkenal.

Selepas selesai penggambaran, Dimas didakwa menghampiri Kiesha, mencabarnya dan mengajak bergaduh. “Sedangkan Kiesha tak membalas apa pun,” katanya.

Tambah Okie, Kiesha hanya berkongsi cerita itu kepada ayahnya sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kalau sampai ada apa-apa, setidaknya ayahnya sudah tahu. Tapi namanya orang tua, pasti tak terima anaknya diperlakukan seperti itu,” katanya.

Ads

Beliau juga menegaskan bahawa kejadian itu bukanlah satu gimik atau lakonan yang dirancang.

“Tak ada gimik-gimik sebab ini real terjadi depan mata saya! Rugi amat segala gimik-gimik pun, dibayar juga tak!” tegasnya lagi.

Anak Dikasari Pelakon Popular Di Set Penggambaran, Pasha Ungu Tuntut Penjelasan

Ads

 

Setakat ini, Dimas Anggara masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Sedikit info, Kiesha Alvaro merupakan anak sulung  Pasha Ungu dan dan bekas isterinya, Okie Agustina. Beliau mula dikenali sejak kecil dalam dunia hiburan Indonesia dan kini aktif sebagai pelakon remaja.

Antara karya lakonannya termasuk Siksa Neraka, Dari Jendela SMP dan Khodam . Kiesha dikenali sebagai pelakon berdisiplin dan mempunyai kemampuan membawakan watak-watak berat walaupun di usia muda.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI