Pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini menetap di United Kingdom (UK), Dr. Amalina Che Bakri, berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cahaya mata keduanya menerusi satu hantaran di laman Instagram, malam semalam.
Bayi perempuan yang diberi nama Aurora Sienna itu dipercayai dilahirkan di Hospital St. Thomas, London, berdasarkan lokasi yang ditandakan pada hantaran tersebut.
“Keluarga kami kini bertambah dari tiga menjadi empat. Kenali cinta baharu dalam hidup kami, Aurora Sienna.
Ads
“Arabella sangat teruja menjadi seorang kakak. Alhamdulillah,” katanya menerusi kapsyen bersama beberapa keping gambar yang turut memaparkan suami beliau, Alexander Charles, dan anak sulung mereka, Arabella Mia.
Untuk rekod, Dr. Amalina, yang pernah mencatat sejarah sebagai pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004 apabila berjaya mencapai keputusan 17A.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Alexander Charles pada 31 Mac 2021 dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Pusat Islam London.
Ads
Anak sulung mereka, Arabella Mia, dilahirkan pada Oktober 2022, juga di Hospital St. Thomas.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Pasal duit tu, setakat RM70,000. Bukan cakap sombong ya. Tapi saya nak agongkan, junjung dan menjulang jenama yang saya usahakan.”
Demikian kata pempengaruh dan pengasas Tudung Bawal Exclusive (BE), Haliza Maysuri terhadap simbolik mengenakan tudung bawal bertatahkan batu Swarovski bernilai RM70,000 selepas menang saman terhadap bekas pengedar produknya, baru-baru ini.
Haliza menegaskan, tindakan tersebut diambil untuk menjaga maruah syarikat yang telah diusahakan bersama suami, Rosli Awang, sejak 27 tahun lalu.
“Jangan usik, jangan sentuh. Saya tak kacau orang. Sebab jenama inilah saya dikenali, mencapai dan berbagi rezeki dengan ramai orang.
“Sebenarnya saya tak pernah pakai lagi tudung harga RM70,000. Tapi berbeza dengan para pelanggan saya.
”Ada yang pakai tudung yang harganya RM30,000 atau RM50,000 tapi mereka tidaklah nak buat sidang media.
“Tapi hari ini, saya pun mahulah merasa jugalah pakai tudung RM70,000. Boleh juga kalian ‘cuci mata’ sebab mungkin kalau nak tengok tudung seperti ini perlu kunjungi butik BE dan buat temu janji,” katanya.
Haliza berkata demikian ketika ditemui pada sidang media bagi menjelaskan mengenai perkembangan kes fitnah berkaitan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Dalam pada itu, Haliza turut menjelaskan kes berkenaan tidak di bawa ke tengah secara melulu, sebaliknya mendapatkan pandangan daripada peguam terlebih dulu.
“Saya tak pernahlah mahu mencari atau ambil tahu semua komen yang dikongsikan di media sosial. Cuma untuk kes ini, bila pembantu saya beritahu ia ada menjejaskan kerugian.
“Malah saya bukan buat (bawa ke ke tengah) dengan membabi buta. Saya ada dapatkan rujukan dan nasihat peguam. Apa saja perkara yang nak buat, saya akan minta pandangannya,” katanya lagi.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kota Bharu memerintahkan bekas pengedar BE, Rosmaliza Mansor membayar ganti rugi sebanyak RM70,000 kepada syarikat itu serta dua lagi pihak atas dakwaan fitnah dan kenyataan berniat jahat di media sosial.
BE bersama Bawal Sdn. Bhd. dan pengasasnya, Haliza Maysuri, memfailkan saman pada 18 Oktober 2024 berhubung satu hantaran di Facebook Rosmaliza yang didakwa memperlekeh usaha pemasaran produk mereka di TikTok.
Turut hadir ialah Mohd. Rosli Awang selaku Pengarah Urusan Bawal Exclusive dan Datuk Adnan Seman yang mewakili firma guaman Adnan Sharida & Associates.
Selain bayaran ganti rugi, Rosmaliza turut diarahkan membayar RM570 kepada Bawal Sdn. Bhd. atas satu invois tertunggak.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nina Kho, meluahkan rasa teruja apabila berpeluang memegang watak utama dalam siri Astro Originals terbaharu, Honey Trap.
Lebih menaik, ia juga merupakan kali pertama Nina membawa watak utama dalam naskhah berbahasa Melayu, selepas bertahun-tahun bergiat dalam industri lakonan berbahasa Cina.
“Setiap naskhah mempunyai cabarannya yang tersendiri. Lagipun, ini kali pertama saya membawakan watak utama di dalam drama berbahasa Melayu.
“Sebelum ini, saya hanya aktif di dalam industri lakonan yang fokus kepada Bahasa Cina sahaja. Lalu kini mula giat memperkasakan Bahasa Melayu saya sejak dua tahun lalu.
“Apa pun, saya bersyukur rakan pelakon dan kru di set sangat membantu. Kami juga ada sesi latihan lakonan bersama Susan Lankester dan babak aksi bersama, Ayez Shaukat,” katanya kepada MH.
Nina berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala Tayangan Perdana Honey Trap di TGV KLCC pada Selasa.
Menurut Nina, cabaran utama dalam siri ini adalah membawakan watak seorang perisik yang menghidap skizofrenia, sesuatu yang sangat berat dan memberi kesan mendalam terhadap kesihatan mentalnya.
“Agak mencabar juga bawakan watak seseorang yang menghidap skizofrenia. Nak masuk ke dalam watak itu memang mudah tapi agak susah untuk dikeluarkan.
“Watak ini agak berat untuk dibawa. Mungkin juga kerana saya gunakan ‘method acting’. Ada kalanya saya rasa nak muntah dan perlu berehat seketika.
“Ketika set, adik saya yang juga pembantu agak terkejut melihat apa yang berlaku di lokasi penggambaran. Katanya, dia tidak pernah nampak saya seperti ini.
“Syarul Ezani juga banyak bantu saya. Dia tolong saya untuk bertenang dan betulkan cara pernafasan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, aktor Engku Ismail, yang sebelum ini sinonim menerusi drama cinta romantik, turut berkongsi cabarannya membawakan watak antagonis buat pertama kali.
“Saya membawakan watak antagonis. Motifnya adalah dendam tetapi bersangkut paut dengan politik, kuasa dan hipokritikal.
“Naskhah ini agak kompleks dan memeningkan bila baca skrip. Saya pula selalu berlakon drama cinta sahaja.
“Bila dapat watak jahat, saya tak nak bawa watak itu secara ‘straight forward’. Saya mahu watak ini dilihat dari perspektif yang berbeza.
“Jadi watak ‘Aziz’ ini dibawa dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. Selain antagonis, watak saya boleh dilihat dari pelbagai sisi,” jelasnya lagi.
Menurut salah seorang penulis Honey Trap, Syakir ‘Mo’ Zakii, siri ini sebagai spin-off kepada drama Kudeta yang pernah ditayangkan pada tahun 2022.
“Kudeta ialah siri thriller politik, manakala Honey Trap pula tentang perisikan. Ini merupakan kali pertama Astro Original bawakan naskhah seperti ini.
“Honey Trap banyak memberikan fokus kepada isu kesihatan mental di tempat kerja yang punyai persekitaran yang berisiko tinggi.
“Bila kita terpaksa seimbangkan emosi dan kerja yang berisiko, ia bukan mudah. Pada mada sama, siri ini turut berkisarkan tentang konflik kuasa daripada institusi berwajib yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehidupan seharian,” jelasnya.
Honey Trap boleh ditonton di platform On Demand dan sooka bermula jam 12 tengah malam setiap Jumaat, serta di Astro CITRA (saluran 108) setiap Jumaat jam 9.00 malam, dan Astro RIA (saluran 104) setiap Isnin jam 9.00 malam.
Selain Nina dan Ungku Aziz, ia turut menampilkan nama-nama hebat seperti Syarul Ezani, Irfan Zaini, Ayez Shaukat Fonseka, Michael Chen, Chazzy Nash, Amyza Aznan dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas lebih sedekad mencipta kejayaan di China, penyanyi terkenal Shila Amzah mendedahkan, dia kini kerap menerima tawaran persembahan yang meminta dia menyanyikan lagu-lagu berbahasa Mandarin.
Walaupun bersyukur, Shila bagaimanapun mengakui dia turut merindui untuk menyanyikan lagu-lagu dalam Bahasa Melayu.
“Saya bukan tidak suka dengan di mana saya berada sekarang. Namun, sebagai penyayi dan penulis lagu di Malaysia, kita punyai semangat dan jati diri yang kuat.
“Ketika ini kalau saya buat persembahan pentas seperti dinner show, jarang saya dapat menyanyikan lagu Bahasa Melayu.
“Bila hari ini (semalam) dapat perform lagu Memori Tercipta di khalayak, saya rasa rindu. Benda ini agak pelik.
“Ada kalanya manusia ini tidak pernah puas. Bila dapat ini, dia nak yang lain pula. Namun, saya akan cuba yang terbaik,” katanya kepada MH.
Shila berkata demikian ketika ditemui di acara Showcase Big Stage Alpha yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ibu kepada dua cahaya mata ini turut mendedahkan, dia ada menerima banyak tawaran untuk mengadakan konsert solo.
Namun, kebanyakannya menetapkan syarat agar ia dijalankan dalam bahasa Mandarin.
“Situasi saya kini seperti berada di tengah-tengah. Kebanyakkan penganjur mahukan saya buat konsert berbahasa Cina. Hampir 80 peratus tawaran sebegitu.
“Jauh di sudut hati, saya mahu adakan dahulu konsert berbahasa Melayu kerana lagu-lagu itu yang buat saya dikenali. Saya rindukan peminat-peminat itu.
“Namun, saya tidak akan menolak konsert berbahasa Cina tapi saya harap akan ada tawaran untuk buat konsert Bahasa Melayu juga. Biar adil dan suara peminat didengari,” ujarnya.
Shila turut meluahkan kerisauannya terhadap sesetengah pihak yang dilihat terburu-buru menawarkan projek konsert dalam jangka masa yang singkat.
“Saya nak ia berlaku secara organik dan semula jadi. Ketika ini, kebanyakkan tawaran itu seperti tidak bersedia sepenuhnya. Ada yang minta saya buat dalam masa dua bulan ini.
“Saya tak berani nak menjanjikan itu. Ketika ini juga banyak scammer. Sebagai penyanyi, wajah kita sentiasa di hadapan. Kalau apa-apa, kita kena dahulu.
“Saya juga banyak ambil pengajaran daripada rakan-rakan industri yang lain. Saya mahu lebih berhati-hati,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Beto Kusyairy terbuka dalam menerima pelbagai reaksi penonton terhadap filem komedi terbaharu lakonannya, Libang Libu, termasuk segelintir yang menonton hanya dengan tujuan mencari...