Pelakon dan usahawan, Fizo Omar, memohon doa daripada orang ramai agar proses kelahiran anak keempatnya bersama isteri tercinta, Fazeera Nazri, berjalan dengan lancar.
Perkara itu dikongsikan Fizo menerusi hantaran terkininya di Instagram yang memaparkan keadaan terkini Fazeera di sebuah pusat perubatan.
“Mohon doa dari semua, semoga isteri saya selamat bersalin anak yang keempat.
“Semoga dipermudahkan urusan kami ya,” tulisnya di ruang kapsyen.
Ads
Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai warganet yang rata-ratanya menitipkan doa dan kata-kata positif agar semuanya dipermudahkan buat pasangan ini.
Permata Hati Fizo Omar
Untuk rekod, Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Wan Khaleeda, 3 tahun dan Wan Umaira, 2 tahun.
Ads
Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim, namun pasangan itu bercerai dengan talak satu pada 10 Julai 2019.
Ads
Hasil perkahwinan tersebut, Fizo dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia 8 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Selepas hampir seminggu ditayangkan di pawagam, filem Keluang Man The Movie nyata memberikan impak positif kepada penonton.
Malah disebabkan filem ini juga, makin ramai generasi baharu terutamanya golongan kanak-kanak, yang mula meminati adiwira ikonik tempatan itu.
Bersempena tayangan minggu pertama, skuad Keluang Man The Movie mengambil inisiatif untuk turun padang dan bertemu dengan peminat di tengah-tengah Kuala Lumpur!
Bertempat di beberapa lokasi tumpuan di Bukit Bintang, dapat dilihat rata-rata peminat tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan mengambil foto kenangan bersama maskot Keluang Man.
Perasaan teruja jelas terpancar di wajah kanak-kanak ini apabila mereka dapat melambai dan bersalaman dengan Keluang Man.
Para pelancong luar negara yang melalui lokasi sama juga turut teruja melihat kemeriahan sambutan Keluang Man di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, bintang utama Keluang Man The Movie, Nas-T meluahkan rasa terharu apabila watak Borhan yang dibawanya mendapat pujian dan respon positif penonton.
Menurut Nas-T, kejayaan tersebut datang hasil usaha kerasnya dalam membuat persiapan sepanjang penggambaran selain sokongan kru produksi lainnya.
“Alhamdulillah, bila orang suka dengan hasil kerja kita, itu bermakna kita berjaya buat kerja dengan betul. Saya memang berniat nak bawa watak ini dengan jayanya agar dapat menarik minat penonton.
“Bila saya terima pujian seperti ini, itu bermakna kerja-kerja dan usaha yang saya lakukan selama ini berbaloi.
“Sebelum dipilih menjadi Keluang Man, pengarah memang ingin mencari pelakon yang dekat dengan watak Borhan. Bila saya dipilih, itu bermakna saya ada ciri-ciri tersebut.
“Namun, saya akan tetap bawakannya dengan cara saya sendiri,” katanya.
Katanya lagi, dia juga tidak kisah jika watak Borhan dan Keluang Man ini terus melekat dan menjadi identitinya selepas ini.
“Ada pepatah mengatakan, lebih baik kita dikenali kerana sesuatu daripada tidak dikenali langsung.
“Jika inilah perjalanan hidup dan kerjaya yang telah ditentukan Allah SWT iaitu dengan menjadi Keluang Man sepanjang hayat saya, saya tidak akan mempersoalkannya.
“Saya tetap akan teruskan. Namun, pada masa sama, sebagai seorang pelakon, saya mahu dikenali sebagai pelakon versatil. Sekali sekala saya juga akan lari bawa watak lain,” kongsinya lagi.
Meskipun terpaksa bersaing dengan filem-filem yang lain, Nas-T akui teruja melihat perkembangan positif industri filem di negara ini.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita kena sokong karya tempatan. Itu sahaja. Kita tonton dan bagi sokongan kepada semua. Biar semua box office.
“Saya tiada perasaan risau bila filem lain lebih baik atau filem saya dibandingkan. Kalau kita faham konsep sokong produk tempatan, semua filem yang bagus boleh naik bersama-sama.
“Fokus utamanya adalah untuk menghasilkan karya yang terbaik. Jadi, karya-karya seterusnya pula akan jadi lebih baik lagi dari sebelumnya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nur Ara Elisya, anak bongsu kepada dramatis terkenal era 90-an, Ainina Ahmad B, dan bekas suaminya yang juga penyanyi terkenal era 90-an, Rahmad Mega, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 2 petang tadi.
Berita sedih tersebut dikongsikan sendiri oleh Ainina menerusi satu hantaran di Instagramnya.
“Dukacita dimaklumkan , anakanda saya, Nur Ara Elisya bte Rahmad telah kembali ke Rahmahtullah di Hospital Pakar Kanak-Kanak HUKM pukul 2 petang,22 Jun 2025,” tulisnya
Manakala, menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman Facebook, Rahmad memaklumkan berita duka itu dengan linangan air mata.
“Assalamualaikum seluruh warga Betong, saya minta maaf tak dapat hadir untuk malam ini. Saya dah berada di Kuching untuk pergi ke lokasi.
“Tapi saya dapat berita anak saya baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir. Jadi saya terpaksa bergegas balik ke Semenanjung. Saya minta maaf ya warga Betong,” katanya dalam keadaan sebak.
Jenazah Ara Elisya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah.
Imbas kembali, ada Februari lalu, Rahmad pernah berkongsi keadaan kesihatan Allahyarham Elisya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan menghidap sindrom Prader Willi iaitu sejenis penyakit genetik jarang berlaku yang menjejaskan perkembangan fizikal dan mental seseorang sejak lahir.
Difahamkan, Elisya,15, telah menjalani pembedahan tulang belakang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) sebagai usaha meluruskan tulang yang membengkok sehingga 140 darjah akibat komplikasi sindrom tersebut.
Sekadar info, Rahmad dan Ainina memiliki dua orang cahaya mata bersama sepanjang perkahwinan sebelum mengambil keputusan bercerai pada 2011.
+ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hantaran terbaharu pelakon dan penyanyi, Bella Astillah di Instagram menarik perhatian ramai apabila dia menitipkan dedikasi istimewa kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Perkongsian tersebut dibuat susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang melepaskan dan membebaskan bekas Menteri Belia dan Sukan itu daripada semua pertuduhan yang dihadapinya.
“Alhamdulillah, tahniah YB. Hari yang besar buat seorang insan yang baik.
“Bukan semua wira memakai jubah, ada yang memakai sut dan tidak pernah berputus asa. Keadilan akhirnya ditegakkan,” tulisnya ringkas.
Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang turut sama mendoakan agar segala urusan Syed Saddiq dipermudahkan selepas melalui fasa mencabar sebelum ini.
Tidak terkecuali, beberapa rakan selebriti turut meninggalkan komen usikan mesra terhadap dua figura popular ini.
“Alhamdulillah tak sabar nak makan nasi minyak,” tulis pelakon Shaza Bae disusuli dengan emoji ‘love’
“Alhamdulillah. Date dah ada dah ni,” komen pelakon dan usahawan, Ben Ali.
Namun, komen penyampai radio Radin menjadi paling mendapat perhatian selepas meraih lebih 1,000 tanda suka.
“Ada nak kena lock apa-apa date ke?,” gurau Radin yang turut sinonim menjadi mengacara bagi majlis perkahwinan selebriti.
Sementara itu, Mahkamah Rayuan pada Rabu memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan salah serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta yang dikenakan sebelum ini.
Untuk rekod, pada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman terhadap beliau atas empat pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, membuat keputusan sebulat suara membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh Syed Saddiq.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.